Semoga Allah memberkati Ustaz2 yang mana ilmu ibu dapati. Amin

Ustaz2 yang dihormati dan dikasihi:- 1. Ust. Mustafa Umar (kelas Harfiah, buku 30 Perkara Penting Dalam Hidup, Sunatullah dan banyak tajuk2 pilihan yang banyak mengentuh hati) 2. Ust. Lokeman Hazli (buku Permata Pemberian yang Indah dan Menjaga Segala Hati yang Lalai, Munyatul Musolli, dan yang memberi ibu petunjuk jalan yang patut diambil untuk selamat) 2011-Hidayatus Salikin (Petunjuk Jalan Bagi Orang Yang Takut Kepada Allah Taala), 3. Ust. Nik Bakri (buku Haqiqat Tasawuf dan Wasiat Agama & Wasiat Iman) dan yang mengijazahkan Wirdun Latiff) 4. Ust. Halim Din (Buku Hadith 40) 5. Ust.Roslan Mohamad (tajuk2 pilihan & hadith) 6. Ust.Shahril Long (ayat2 pilihan dari Al-Quran dan guru yang paling ibu tabik) 7. Ust. Firdaus Sulaiman (Harfiah and ayat2 pilihan) 8. Ust.Kamal Shaari (Buku Rahasia Kematian, Alam Akhirat & Kiamat) 9. Ust.Zulkifli Ahmad (Buku Tanbihul Ghafilin-Peringatan Bagi yang Lupa) 10. Ust.Awang Mamat (2011-Buku Minhajul Abidin (Jalan Para Abid)) 11. Ustazah Kamariah yang membimbing tajwid Al-Quran & Ustaz Shukri Hj Ali yang membimbing taranum dan banyak ustaz2 dan ustazah2 yang lain. Allah rahmatilah kesemua mereka ini.

Thursday, November 11, 2010

Mati - tanda2 ada Rahmat dari Allah

Ust. Kamal Ashaari (Masjid Al-Hidayah) 4 Nov 10

Dari buku Rahasia Kematian - Imam Al-Qurthubi
Mukasurat 19.

"Perhatikan 3 hal pada orang yang AKAN meninggal dunia. Jika keningnya basah, sepasang matanya berpeluh dan hidungnya mengembang, maka itu adalah rahmat dari Allah yang turun kepadanya. Jika ia terpejam seperti anak perawan yang dicekik, kulitnya berwarna padam (hitam) dan sepasang sudut mulutnya berbuih, maka itu adalah azab dari Allah Ta'ala yang turun kepadanya."

Kata ustaz, jika kita berada disitu dan nampak tanda2 rahmat Allah, angkat tangan berdoalah supaya Allah matikan kita begitu. Jika nampak tanda2 azam, doa pada Allah minta diberi ampun pada yang sedang nazak itu.

"Jika keringat yang keluar dikening seorang mukmin saat akan meninggal dunia itu kerana ia sedang merasa malu kepada Tuhannya" - sebab Allah nampak shurga padanya sedangkan diri merasa tak layak.
Seperti dicekik -sebab Allah tunjukkan tempatnya dineraka
Kulit Hitam - disebabkan bahang dari api neraka
Air liur berbuih - tak boleh ditelan sebab terlalu takut.

Tanda2 bukan tiga2 sekali dapat dilihat - hanya 1 atau kadang2 2 - semua bergantung pada tingkat ketakwaan dan amal masing2.

Tanda2 nazak (paling lama hidup 1 minggu lagi)
1. anggota
a. hidung jatuh
b. kening jatuh
c. telinga jatuh (satu jari tak boleh muat dibelakang telinga)
d. kaki ketika baring akan mejunjur kedepan-jatuh

2. perangai
a. berubah terus dari yang biasa
b. sedang sakit, dia akan baik
c. najis - air kencing akan berbuih banyak & lama dan tahi hitam macam bayi baru lahir

3. Kulit - tak anjal, bila tekan dia akan termasuk.


Dari Ustaz lain - jika hendak dimatikan Allah pada hari Jumaat, lakukan semua amalan2 sunat hari Jumaat dengan istiqomah dan berdoa. Waullahua'lam

Monday, November 1, 2010

Korban

Ustaz Mustafa Umar (Masjid Al-Hidayah) Nov 2 2010

Surah Al-Haj ayat 54

* وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكاً لِيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَى مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ فَإِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَلَهُ أَسْلِمُوا وَبَشِّرِ الْمُخْبِتِينَ
34. Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat -
And for every nation have We appointed a ritual , that they may mention the name of Allah over the beast of cattle that He hath given them for food ; and your God is One God , therefor surrender unto Him . And give good tidings ( O Muhammad ) to the humble . *

Setiap umat dari Nabi Musa, Nabi Isa, etc Allah tetapkan Korban tapi tak diberitahu cara apa dan bagaimana. Bila Allah tetap sesuatu syariat tentu dan pasti ada kebaikan. Allah gunakan perkataan "ibadah" dalam ayat ini kerana yang tidak menunaikan Haji pun boleh beribadah dengan korban.

Tujuan berkorban ialah untuk berzikir pada Allah. Membuat sesuatu untuk menjalankan perintah Allah adalah berzikir eg berada dalam majlis ilmu.

Rezeki adalah pemberian Allah atas usaha atau tidak usaha dan rezeki adalah apa2 yang bermanafaat pada kita. Ayat ini Allah perintah kita korban atas apa2 rezeki yang Allah beri. Korban juga adalah tanda kita bersyukur dgn Allah yang memberi kita rezeki kerana korban adalah perintah walaupun sunat. Menjalankan perintah Allah (korban) adalah yang mentauhidkan Allah - dengan berserah diri ia itu IKLAS. Sesiapa yang korban sebelum jatuhnya darah sembelihan kebumi Allah sudah memberi pahala atas korban itu dan setiap bulu binatang korban adalah kebaikan untuk yang berkorban. Mereka yang berkorban adalah orang2 yang merendah diri (mohbiteen-taat) pada Allah (iklas). Untuk menjadi hamba yang istimewa disisi Allah kerjakan ibadah2 sunat. Ayat ini menyentuh 3 perkara -
1. bentuk perkhabaran (berita) - jalan yang kita patut tempoh
2. orang2 beriman - masuk dalam golongan mengikut kehendak Allah
3. Nabi Muhammad beri berita gembira pada orang2 beriman - Allah bangga dengan golongan ini.

Thursday, October 7, 2010

Ridho

Ustaz Mustafa Umar (Masjid AlHidayah Oct 4 '10


Dari ceramah ustaz, ibu dapat faham erti sebenar "ridho". Walaupun kita gunakan perkataan ini kerap, itu mungkin atas kefahaman dasar (cetek)
sahaja, erti ridho sebenar dikaitkan dalam surah At-Taubah ayat 59 - Allah tetap pembahagian harta rampasan perang (ghanimah) ).

(59. Dan (amatlah baiknya) kalau mereka berpuas hati (ridho) dengan apa yang diberikan oleh Allah dan RasulNya kepada mereka, sambil mereka berkata: "Cukuplah Allah bagi kami; Allah akan memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, demikian juga RasulNya; sesungguhnya kami sentiasa berharap kepada Allah" )


1. MENYAMAKAN kehendak Allah dengan kehendak kita itulah erti sebenar ridho. Example, sekiranya kita diberi sakit, tak kira apa sakitnya, itu kehendak Allah, jika kita terima sakit itu dengan rela hati tanpa apa2 keloh (sigh) dan didalam hati kita berkata (sangkaan) yang baik2 pada Allah, itulah ridho. Tapi sekiranya mulut kita kata ridho tapi perbuatan kita tidak melambangkan rela dengan penyakit itu seperti meraung, memberontak atau pun berkata "kenapa aku?" itu belum ridho lagi. Yang penting ridho itu datang dari hati dan ditunjukkan dengan perbuatan.

2. Kehendak Allah dengan kehendak kita sama itulah Taufik bukan ridho.

3. Tidak mahu terima kehendak Allah itu adalah SOMBONG/angkuh. Hadith shohih, orang sombong dihumban kedalam neraka.

Didalam surah diatas Allah sebut mereka yang ridho dengan hukum atau ketetapan Allah, mereka ini akan diberi karunia oleh Allah. Karunia Allah ialah -
1. Fadhilat (yang diberi pada Nabi2 dan Rasul eg. Nabi Sulaiman yang boleh pindahkan istana Ratu Balkhish)
2. Berkat (yang diberi pada orang2 beriman yang tertentu sahja eg. Imam Shafeii)
3. Nikmat (yang diberi pada orang2 beriman)
4. Rahmat (yang diberi pada semua mahluk Allah)

Ridho adalah amalan hati. Dalam bahasa arab hati itu Al-Kalbu. Hati yang dibersihkan dari nafsu dipanggil Al-Fuad.

Bekal untuk jadi insan yang ridho ialah keimanan. Disebalik apa pun kehendak Allah pasti ada hikmah sebab Allah Maha Pencipta adalah yang paling bijaksana. Ridho dengan kebijaksaan Allah untuk menetapkan hukum untuk panduan hidup kita sebagai hamba.

Dalam surah diatas Allah janjikan Allah akan memberi bila Allah ridho. Pemberian Allah adalah ridho yang kedua iaitu sebagai karunia

Ridho Allah lebih tinggi dari ciptaan Allah ai itu shurga sebab ridho itu adalah zat Allah. Nikmat ahli2 surga adalah dapat melihat Allah disurga.

Surah at-Taubah ayat 72
جَنَّاتِ عَدْنٍ وَرِضْوَانٌ مِّنَ اللّهِ أَكْبَرُ ذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
72. Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam "Syurga Adn" serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.

Monday, September 20, 2010

Rahmat Allah

Ustaz Sharir Long Masjid Saudara Baru 20 Ramadhan

Hadith dari Abu Hurairah, sabda Nabi Muhamad s.a.w - ringkasnya seseorang itu masuk syurga bukan sebab amalan yang dilakukan tapi dengan RAHMAT dari Allah. (Ibu tak dapat tulis the exact hadith, brain jam pagi tu) tetapi yang ibu catit dibawah ini sangat, sangat, sangat, mustahak. Anak2 ibu tolong ambil perhatian, sepanjang 10 hari terakhir Ramadhan kali ini, terlalu hiba, sayu, tak terkata hati ibu. Sudah beberapa kali ibu cuba catatkan ceramah ustaz ni kat blog, tapi setiap kali lebih cepat airmat yang turun dari tangan ibu menaip. Hari ini selepas 11 hari Syawal, insyaAllah, ibu boleh

Untuk RAHMAT Allah -

1. Allah hendak kita berzikir dan berdoa untuk dekat denganNYA. Ingat Allah dengan (i) lisan - memuji Allah, (ii) hati - mengagongkan Allah, (iii)anggota - ikut perintah dan tinggalkan larangan, bukan hanya dengan solat.
Surah Al-Israa' ayat 79
(Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.)

2. Rasul sendiri tak selamat dari neraka hanya dengan amalan kecuali dengan Rahmat Allah.

3. Amalan yang dikerjakan itu penyebab mendapat Rahmat Allah (ikut Al-Quran seseorang masuk syurga kerana amalan manakali ikut Hadith seseorang masuk syurga kerana rahmat Allah)

Surah Ali-Imran ayat 17 - ciri2 orang takwa
(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.

4. Jangan takjub dengan amalan2 yang banyak - kerana ini bukan jaminan masuk syurga.
Surah An-Najm ayat 32
(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.

5. Usaha2 untuk dapat Rahmat Allah -
(a) Taat pada Allah dan Rasul - Surah Ali-Imran ayat 132
(Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat.)

(b)Lakukan kebaikan - Surah An-Naml ayat 11
("Tetapi sesiapa yang berbuat salah, kemudian ia mengubahnya dengan melakukan kebaikan sesudah berbuat salah, maka sesungguhnya Aku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.)

(c) Jihad - Surah Ad-Taubah ayat 20/21 dan Surah AL-Bakarah ayat 218
(Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.
[21]
Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat daripadanya dan keredaan serta Syurga; mereka beroleh di dalam Syurga itu nikmat kesenangan yang kekal.

(Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. )

(d) Sabar ketika menerima musibah - SUrah Al-Bakarah ayat 156/157
((Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
[157]
Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya)

7 perkara kita perlu Rahmat Allah -
1. Dengan rahmat Allah, Dia terima amalan - sebagai panduan hidup refer to Surah Al- Bakarah ayat 216 - ayat ini jelas menyatakan apa yang kita suka tak semestinya itu yang baik untuk kita, vice versa
(Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

2. Diampunkan segala dosa dan kesalahan

3. Ditutupi segala aib

4. Memudahkan jalan untuk mendapat hidayah

5. Dikurnikan taufik (kekuatan) untuk menurut dan menunaikan perintah Allah

6. Dibukakan pintu taubat

7. Dimasukkan kedalam syurga

Thursday, August 5, 2010

Mati - bersedia dan Taubat

Ustaz Kamal Ashaari (Masjid Alhidayah) 5 Aug '10

Dari buku Rahasia Kematian, Alam Akhirat & Kiamat oleh Imam Al-Qurthubi.

Setiap kali ibu keluar dari kelas Ust Kamal perasaan takut mencengkam hati kerana takutnya ibu pada perkara2
1. Allah terima tak solat2 ibu?
2. Allah terima tak puasa ibu selama ini?
3. Allah terima tak zakat, sedekah, haji, ibu selama ini
4. tak cukupnya bekalan yang nak dibawa untuk Allah jika mati sekejap nanti. Allah kasihanlah ibu ini....itulah yang diharapkan pada umur yang baki ini.....

Mukasurat 10 - Ada 2 hal yang pasti akan melenyapkan kenikmatan dunia dariku. Yakni, ingat kematian, dan ingat ketika berada dihadapan Allah Ta'ala

Barangsiapa yang sering ingat kematian, ia akan dimuliakan dengan 3 hal. Yakni, lekas bertaubat, hati yang qona'ah (menerima apa adanya) dan semangat dalam beribadah.

Dalam ceramah Ustaz Mustapha semalam, dalam bab 30 perkara penting dalam hidup - Manusia yang bertaubat akan mendapat kejayaan. Kejayaan itu ialah mendapat 4 gembiraan didunia dan akhirat.
Surah At-Tahrim ayat 8
(Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan (1)menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan (2)memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari (3)Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; (4) cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".)

Nota -Cahaya yang disebelah kanan ditahsirkan sebagai tiket untuk memberi syafa'at untuk ahli keluarga

Dalam hadith yang lain. Gembira Allah bila hambanya bertaubat seumpaya seorang yang mengembara dipadang pasir yang hilang untanya yang membawa bekalan (makanan) dan bila unta itu muncul semula dengan bekalan dan kembali pada pengembara itu gembiranya Allah.

Tuesday, July 27, 2010

Istiqomah - makna yang lebih luas

Ustaz Shahril Long (Masjid Saudara Baru 27 July 2010)

Surah Al-Ahqaaf ayat 13
(Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.)

Surah Fussilat ayat 30-31 - Istiqomah
(Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.
[31]
"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya.


Makna Istiqomah
1. Sentiasa taat pada Allah dan RasulNya (Al-Quran and Sunnah), segala tindak tanduk mesti berpandukan yang dua ini sahja.

Surah An-Nisaa' ayat 69
(Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).


Surah Ali-Imra ayat 132
(Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat.)


Dalil ta'at mutlak hanya pada Allah dan Rasul sahja dan bukan pemimpin - Surah An-Nisaa' ayat 59
(Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.)

Balasan Allah pada pemimpin membabi buta - Surah Al-Ahzaab ayat 66-68
(Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah.
[67]
Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.
[68]
"Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!"

Anak tak perlu taat pada ibubapa yang langgar perintah Allah - Surah Al-Ankabuut ayat 8
(Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan

2. Sentiasa berpandukan jalan yang lurus ia itu agama Islam
Surah Al-Anaam ayat 53
( Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa)

3. Sentiasa berpegang teguh dengan ajaran agama Islam
Surah Ali-Imraan ayat 103
(Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. )

4. Teguh pendirian dalam tauhid dan tetap beramal yang solih. Dalam Islam tanggung jawab setiap individu tak boleh lepas tangan.
Surah An-Nisaa' ayat 85
( Sesiapa yang memberikan syafaat yang baik nescaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya; dan sesiapa yang memberikan syafaat yang buruk, nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu)

Surah Al-Israa' ayat 71
((Ingatlah) hari Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia dengan nama imamnya; kemudian sesiapa diberikan Kitabnya di tangan kanannya, maka mereka itu akan membacanya (dengan sukacita), dan mereka tidak dikurangkan (pahala amal-amalnya yang baik) sedikitpun.)

5. Kita mesti menunaikan hak2 Allah. Shukur atas nikmat2Nya dan bersabar dengan ujian.
Hak2 Allah (dari Dr.Hamka)
(i) Hendaklah kamu menyembahNya
(ii) Jangan sekutukan Allah.

Ujian2 Allah- Surah Al-Bakarah ayat 155
(Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: )
Surah Al-Bakarah ayat 156
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

6. Tidak ragu2 baik terhadap Al-Quran, Sunnah, janji2 Allah dan janji2 Rasul.
Surah Al-Bakarah ayat 214
(Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

Surah Al-Hujuraat ayat 15
(Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).

6. Tidak mengenal takut dan mundur dalam perjuang agama Allah
Surah Ali-Imran ayat 144
(Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).

Wednesday, July 21, 2010

Kelebihan Orang2 Fakir Miskin

Ust Wahidin (Masjid AL-Hidayah) 22 July 2010

Dari buku Tanbihul Ghafilin (Peringatan bagi Yang Lupa) Bab kelebihan orang2 Fakir(Miskin) mukasurat 315

Siapa yang mengakui empat tanpa empat maka dusta dalam dakwa pengakuannya -

1. Siapa yang mengaku cinta pada Allah tanpa meninggalkan yang haram maka ia dusta
2. Siapa yang mengaku cinta pada syurga tanpa mengeluarkan harta untuk taat pada Allah maka ia dusta
3. Siapa yang mengaku cinta pada Rasulullah tanpa mengikuti sunnah2 baginda maka ia dusta.
4. Siapa yang menginginkan derajat yang tinggi tanpa bersahabat kepada orang orang fakir miskin, maka ia dusta

Empat macam siapa yang ada didalamnya maka ia haram dari kebaikan -
1. Orang yang sombong kepada bawahannya
2. Orang yan durhaka terhadap kedua ayah bondanya
3. Orang yang menghina orang orang gharib (asing)
4. Orang yang menghina orang2 miskin kerana kemiskinannya.

Tuesday, July 20, 2010

Hadith - Hidup ini

Ustaz Roslan Mohamad (Masjid Al-Ehsan 27 Dec 08


Hadiths dari Saidina Omar r.a. - Aku telah melihat disepanjang hidup ku ini berbagai teman dan rakan taulan dan aku tidak melihat -

1. teman yang paling hebat ialah lidah aku sendiri, dan aku telah
2. melihat semua jenis pakaian tapi pakaian yang paling afdal ialah warak dalam hati. Aku telah
3. melihat banyak harta benda didunia ini, aku yang paling seronok ialah harta yang seadanya, qona'ah. Aku telah
4. melihat semua kebaikan, kebaikan yang paling besar ialah nasihat-menasihati, tegur menegur. Aku sudah tengok
5. semua makanan didunia ini tetapi masakan yang paling lazat ialah sabar kepada Allah s.w.t

1. LIDAH dijaga dengan agama dan ilmu
2. WARAK berada dalam keadaan berhati2 dengan agama. Warak dalam hati akan terjaga diri
3. QONAAH - redho dengan apa yang ada
4. TEGUR MENEGUR - amal maarul nahi mungkar
5. SABAR dengan agama

Saturday, July 17, 2010

Sedekah

Ustaz Roslan Mohamad Masjid Al-Ehsan 17 July 2010

Dari buku Sheikh Nuruddin Al-Banjari. Perkara2 yang membawa pahala sedekah -

1. Menyebarkan ilmu dan menyampaikan ilmu adalah sedekah dalam Islam

2. Mendamaikan orang Islam yang bergaduh (tak masuk syurga orang yang putuskan persaudaraan)

3. Berjalan ketempat ilmu adalah sedekah

4. Tasbih, tahmid, tahlil adalah sedekah

5. Membuang sesuatu dijalanan yang membahayakan orang lain adalah sedekah

6. Menyuroh dengan yang baik dan mencegah yang mungkar

7. Solat Dhuha adalah sedekah

8. Ucapkan istighfar adalah sedekah

9. Makanan yang lebih dari keperluan kita diberi kepada orang lain adalah sedekah

10.Tidak melakukan kejahatan

11. Membantu orang yang susah dan maka hilanglah kesusahan orang itu adalah sedekah

12. Mencari rezeki yang halal adalah sedekah

13. Bermanis muka

14. Berkata2 yang baik adalah sedekah

15. Menanam pokok untuk makanan orang lain

16. Menghalalkan hutang orang yang berhutang dengan kita adalah sedekah.

Thursday, July 15, 2010

Pesan Nabi Adam a.s.

Ustaz Wahidin (Masjid Al-Hidayah 15 July 2010


Petikan dari buku Tanbihul Ghafilin (Peringatan bagi yang Lupa) dalam bab Rakus dan Panjang Angan2, mukasurat 296

Wasiat Nabi Adam a.s.

1. Jangan merasa tenang dengan dunia ini, maka saya ketika merasa tenang dengan syurga, Allah tidak redho dan mengusir saya daripadanya

2. Jangan menurut hawa nafsu wanita, maka sesunggohnya saya telah menuruti hawa nafsu wanita sehingga makan pohon yang dilarang dan menyesal

3. Tiap amal yang akan yang hendak dilakukan harus kamu perhatikan akibatnya, sebab seandai saya memikirkan akibat maka saya tidak akan menerima akibat ini.

4. Jika hati tidak tenang (ya'ni goncang) maka hindarilah perbuatan itu, sebab saya ketika akan makan pohon larangan itu goncang hatiku tetapi tidak saya hiraukan, maka saya menyesal.

5. Bermusyawarahlah dalam semua urusan, sebab seandaikan saya musyawarah dengan Malaikat tidak akan terkena akibat ini.

Didalam buku Al-Jauhar Al-Mauhub wa Munabbiha Al-Qulub, Nabi Adam a.s. menangis 300 tahun menyesali perbuatannya yang dicampak keluar dari syurga. (mukasurat 256)

Sunday, July 11, 2010

Surah Al-Kahfi untuk sembuh dari Kanser Perut!

Dari kitab Sairus-Salikin (Perjalanan Orang yang Salik kepada Allah) karangan Syaikh Abdus-Samad Al Falimbani r.a Juzuk Pertama
Bab on Adab2 Hari Jumaat, mukasurat 218

Ibu berguru dengan Allahyarham Datuk Ishak Baharom on this book in 2002 tapi tak sampai habis....sebab tak ingat. Anyway, petang ni, Allah buka hati untuk baca bab kelebihan hari Jumaat dan jumpa hadith berikut.....sangat penting untuk diamalkan mengikut sunnah Rasul s.a.w. Swift our minda, dari baca surah Yassin malam Jumaat, baca Surah Al-Kahfi instead. Baca Yassin waktu pagi dihari2 lain.

Petikan dari buku tersebut -

Sunnat pada hari Jumaat itu membanyakkan membaca Al-Quran dan sayugianya bahawasanya menentukan pada hari Jumaat itu membaca surah Al Kahfi kerana kelebihan membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat dan malamnya itu amat banyak. Dan setengah daripadanya sesungguhnya telah diriwayatkan akan hadis Nabi s.a.w. oleh Saidina Abddulah bin Abbas dan Saidina Abu Hurairah..
"Barangsiapa membaca surah Al Kahfi pada malam Jumaat atau pada harinya nescaya -

1. diberi akan dia nur daripada tempat ia membaca akan dia hingga kenegeri Mekah
2. diampunkan baginya dosa daripada satu Jumaat kepada Jumaat yang lain
3. dilebih daripadanya tiga hari dan mengucap shalawat yakni meminta ampun baginya oleh tujuhpuluh ribu malaikan hingga waktu Subuh
4. disembuhkan akan dia daripada segala penyakit dan
5. disembuhkan daripada penyakit 'dabilah' iaitu penyakit barah yang bengkak yang memecah didalam perut dan
6. disembuhkan daripada penyakit yang didalam lembung dan
7. daripada penyakit sopak dan
8. penyakit budak (penyakit besar) dan
9. dilepaskan daripada fitnah Dajjal"

Yang ibu buat ialah baca dari malam Jumaat (hari Khamis) dan jika tidak habis sambung pagi Jumaat sebelum pukul dua belas tengahari. Ini yang diajarkan oleh Ustaz Nik Bakri (tasawuf) tentang amalan2 yang dilalukan sekiranya tertinggal pada hari tersebut lakukan keesokan hari sebelum 12pm. Dalam buku diatas Jumaat dikira bermula dari lepas waktu asar pada hari Khamis, so spread your time to read the whole surah Al-Kahfi jika tak mampu nak buat dalam satu masa.
Mencegah adalah lebih baik dari berubat!

Saturday, July 10, 2010

Sejahtera

Ustaz Ismail Abbas 28 Nov 08

Kesejahteraan - 5 didunia dan 5 diakhirat

DiDunia

1. Ilmu -> Faham -> Amal -> Istiqomah -> Istimroh (berterusan)-> Ilmu yang dituntut mesti benar

2. Ibadah - diterima atau ditolak?

3. Rezeki yang halal

4. Sabar dengan kesusahan dan kesenangan

5. Shukur dengan nikmat - shukur dihati, cinta pada Allah.

DiAkhirat
1. Malaikat maut datang dengan nada lembut dan rahmat

2, Tidak disergah oleh malaikat mungkar dan nangkir

3. Keamanan di padang mashyar

4. Keburukan dipadam oleh Allah

5. Masuk kesyurga dengan pantas kilat

Persiapan untuk Ramadhan

Ustaz Zamri

1. Wujudkan hati gembira untuk Ramadhan

2. Memperbanyakkan doa - doa untuk hati yang iklas, jauhkan sifat riak, ujub dan takkabur.

3. Menguatkan azam, semangat, kesunggohan dalam ibadat, istighfar dan berbuat baik

4. Meningkatkan amalan agar berterusan

5. Menghapuskan adat yang bertentangan dalam islam seperti membazir

6. Baca Al-Quran sekeluarga.

Perisai untuk berpuasa
1. Berhadapan dengan musuh i.e. syaitan
2. Menyelamatkan diri dari api neraka
3. Perisai dari maksiat

Sikap yang tak sedar -
1. Lalai dalam ibadat
2. Perpuasa sebagai adat
3. Meninggalkan sahor
.

Wednesday, July 7, 2010

Amalan yang Allah suka

Ust Zamri Zakaria (Masjid Al-Ehsan 15 July 06)


Surah Ali-Imran ayat 133-134
(Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
[134]
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; )

Amalan2 yang disukai Allah
1. Menahan marah
2. Memaafkan
3. Berlaku ehsan

Surah Al-Bakarah ayat 222 and 261 - Taubat dan membersihkan diri
(
[222]
Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.
[261]
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.


Doa - 4 masa doa makbul
1. Selepas sembahyang
2. dalam sujud
3. Ketika waktu senang
4. Diakhir malam

Hadith - Yang terbaik

Ustaz Roslan Mohamad (Masjid Al-Ehsan 11 Feb 06)

Dari Ibnu Abbas r.a.h (sepupu Rasul s.a.w)

Rasul bertanya, Apakah sebaik2 hari dalam seminggu, apakah sebaik2 bulan dalam setahun dan apakah sebaik2 amalan dalam hidup ini.

Jawapan Ibnu Abbas : Jumaat/ Ramadhan/ Sembahyang.

Jawapan Saidina Ali -

Sebenarnya kata Saidina Ali, hari terbaik ialah bila kamu dapat keluar dari tipu daya dunia kembali jadi orang beriman pada Allah.

Bulan terbaik - sebaik2 bulan bila kamu bertaubat dan Allah menerima taubat kamu.

Amalan terbaik - sesuatu yang kamu buat, Allah terima walaupun sekecil mana atau sebesar mana.

Dari Ka'ab (sahabat Rasul s.a.w)
Mukmin ada 3 penjaga/pengawal

1. Benteng kita, dekat dengan masjid. Nabi bersabda ada 7 golongan dibawah Aras Allah - antaranya masa hidup hatinya terpahat dimasjid. Sebaik2 tempat dimuka bumi ialah masjid. Tempat yang Allah benci ialah tempat yang hiruk pikuk oleh orang2.

2. Benteng kita dengan zikirullah.

3. Benteng kita dengan baca Al-Quran

Tuesday, July 6, 2010

Jenjang Ma'rifah - (1) Uzlah

Ustaz Mustafa Umar (Masjid Al-Hidayah

Uzlah secara bahasa bermakna "penjauhan' Adapun yang dimaksud dalam kajian pensucian hati adalah penjauhan diri dari manusia dan kesibukan dunia untuk mengosongkan hati daripada selain Allah dan tumpuan 100% untuk bersama Allah dengan fikir dan zikir.

Surah Maryam ayat 48-49
(Dan aku akan membawa diri meninggalkan kamu semua serta apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; dan aku akan beribadat kepada Tuhanku dengan ikhlas; mudah-mudahan aku dengan ibadatku kepada Tuhanku itu tidak menjadi hampa (dan derhaka seperti kamu)".
[49]
Maka apabila ia berhijrah meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah yang lain dari Allah kami kurniakan kepadanya: Ishak (anaknya), dan Yaakub (cucunya); dan kedua-duanya Kami jadikan berpangkat Nabi.)

Dalam ayat diatas Nabi Ibrahim beruzlah (menjauh diri) dari kaum nya yang tidak mahu beriman pada Allah.

Empat(4) musuh utama dalam menjalani hidup ialah -
1. Syaitan, senjatanya yang paling utama adalah kenyang, maka cara menghadapinya ialah dengan berpuasa

2. Nafsu senjatanya yang paling utama adalah tidur, cara menghadapinya adalah dengan bangun malam

3. Hawa (keinginan) senjatanya yang paling utama adalah bercakap, cara menghadapinya adalah dengan diam.

4. Dunia senjatanya yang paling utama adalah kemegahan dan kecantikan yang menyibukkan, maka cara menghadapinya adalah dengan UZLAH.

Uzlah mesti dilakukan dengan badan dan hati dengan tujuan untuk beribadah kepada Allah sahja dan tidak dengan yang lain2 perkara.

Kelebihan uzlah adalah -
1. Terpelihara lidah daripada berkata sia2
2. Terpelihara mata daripada melihat yang boleh mengganggu jiwa
3. Terpelihara hati daripada riak
4. Zuhud
5. Terselamat daripada orang2 tercela
6. Fokus kepada ibadah, zikir, munajat dan doa
7. Bantu untuk mendapat kemanisan iman
8. Ketenangan badan, fikiran dan jiwa
9. Terpelihara diri dan agama dari sebarang malapetaka
10. Peluang untuk berfikir dengan lebih banyak, mujahadah, muhasabah.

Jenjang Ma'rifah - (3) Zikir

Ustaz Mustafa Umar (Masjid Al-Hidayah 6 July 2010)

Jenjang Ma'rifah - Tangga Mengenal Allah - Zikir
Zikir adalah anak tangga yang ke tiga, (1) Uzlah (2) Taubat (3) Zikir & (4) Khusyuk. Semua tajuk2 ini ada diblog ini.

Surah Ar-Ra'du ayat 28
("(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia)

Penyelesaian hidup adalah kebersamaan Allah melalui jenjang ma'rifah. Untuk jalan kembali menenmui Allah mesti dengan amalan iaitu zikir untuk ketenangan hati. Sebab Allah memiliki kesempurnaan manakala kita, manusia ciptaan Allah adalah yang tak sempurna, dengan kekurangan, tak mungkin tenang. Yang kurang mesti dengan yang sempurna supaya tercapai matlamat. Dari itu, mesti, jangan meninggalkan Allah. Dengan berzikir, kebersamaan dengan Allah akan mendatangkan ketenangan. Menempatkan sesuatu pada tempatnya dan mendatangkan manafaat pada manusia namanya Hikmah. Zikir yag dibuat dengan hati yang beriman pada Allah dan mengharapkan redhoNya akan mendatangkan hikmah. Dalam berzikir, mesti mendatangkan sangkaan baik pada Allah kerana mesti ada hikmah disebaliknya. Ingat bila berzikir tujukan segala2nya pada Allah yang menentukan yang baik atau sebaliknya kerana Allah yang Maha Berkuasa Dia yang mengetahui segala2 untuk kita. Jangan terperangkap dengan berzikir kerana hendak sembuh dari penyakit, misalnya, dan bila tak sembuh kita kecewa dengan Allah. Kita boleh berzikir dan berharap tapi sembuh atau tidak adalah kehendak Allah. Zikirlah dengan khusyuk.

Sunday, July 4, 2010

Ingat Mati

Ustaz Kamal Shaari (Masjid Al-Hidayah 1 July 2010)

Kali ini ibu amat tersentuh dengan ceramah ustaz sebab mengingatkan ibu betapa ibu lalai dalam banyak hal mengenai mati terutama bab solat. Pengalaman ustaz bersama dengan Allahyarham Ustaz Ishak Bahrom, bekas mufti negeri Selangor membawa banyak pelajaran. Ust Kamal kata semasa dia menjadi imam dimasjid negeri selangor setiap solat jemaah pasti Allahyarham akan berada ditempat yang sama kurang2 15 mins sebelum masuk waktu solat, beliau berzikir atau membaca alQuran. Betapa Allahyarham memuliakan Allah dan perintah2Nya. Dan kematian Allahyarham, bagaimana Allah memuliakan hambanya yang memuliakanNya - beliau menerima macam2 tohmahan, dilucutkan dari jawatan dan lain2 tapi beliau dimakamkan dimakam diraja. Allah tunjukkan pada kita, orang yang tawaduk akan Allah pelihara. Bottomlinenya, solat kita mesti kita pelihara dengan bersedia sebelum masuk waktu. Jika kita masih pentingkan soal dunia dahulu hingga lewat solat adakah bila kita mengangkat takbir dengan ucapan Allahu Akbar (Allah Maha Besar) kita benar2 membesarkan Allah? Atau kita main2 aje? Sunggoh2 kah kita dengan mengucapkan Allah Maha Besar?.....sepatah ustaz yang lain, ibu lupa nama ustaz tu...awak ingat Allah tu bapak saudara awak ke? Kasar bunyinya tapi itu hakikatnya....ibu yang lalai dan lupa diri. Anak2 ibu, ingat pesanan ini, pelihara dan jaga solat

Dari buku Rahasia Kematian, Alam Akhirat & Kiamat (mukasurat 8)

Sabda Rasul s.a.w - Orang yang megingati mati itu BIJAK sebab -
1. dia tahu matlamat
2. buat persiapan
3. menjadi amalan lebih bertanggong jawab. Dalam solat, Imam Al-Shafiee sebut "sengaja aku..." kerana beliau ada hujjah. Perbuatan itu dengan kesedaran akal fikiran dan perbuatan dan bukan tak sengaja.
4. cepat bertaubat pada Allah. Imam Yusuf Qardawi kata rasa umurnya panjang, itu orang yang tak bertaubat.
5. selalu muhasabah diri dan correct diri dan beramal dengan bersunggoh2. Check jika khusyuk solat hanya bila ada kepentingan didalamnya e.g. solat hajat. Solat2 wajib yang lain macammana kita?
6. Anas bin Malik kata - ingat mati supaya sikap zuhud. Ucapan sayang pada Allah mesti dibuktikan dengan perbuatan.
7. Ingat mati 20 kali sehari semalam akan dikumpulkan bersama2 para shuhada'.

Untuk khusyuk mesti rasakan diri kita hamba pada Allah.

Tuesday, June 29, 2010

Amalan untuk keselamatan diri dan harta benda

Ustaz Shahril Long (Masjid Saudara Baru 29 Jun 2010)

Amalan untuk keselamatan diri dan harta benda

1. Sebelum tidur baca Fatihah 1 kali
2. Baca 21 kali -ayat 58 dari Surah Yassin

سَلاَمٌ قَوْلاً مِّن رَّبٍّ رَّحِيمٍ


3. Kemudian baca 3kali- rangkaian ayat 59 dan 60 dari Surah Yassin

وَامْتَازُواْ الْيَوْمَ أَيُّهَا الْمُجْرِمُونَ

أَلَمْ أَعْهَدْ إِلَيْكُمْ يبَنِى ءَادَمَ أَن لاَّ تَعْبُدُواْ الشَّيطَـنَ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

InsyaAllah mudah mudahan mendapat perlindungan Allah s.w.t

Hadith - Bala

Ustaz Shahril Long (Masjid Saudara Baru 29 Jun 2009

Hadith dari Imam Tarmizi - Sabda Rasul s.a.w., Apabila umatku melakukan 15 perkara maka halallah bala menimpa -

1. Apabila kekayaan sebuah negara beredar dikalangan orang2 tetentu sahja.
Contoh penswasta air dinegara kita ini adalah ikutan ajaran Yahudi dan Nasrani. Air adalah sumber alam dari Allah tidak patut dimonopoli oleh seseorang hanya kerana dia banyak duit untuk manage sumber ini.
Refer surah Hashr ayat 7
(Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).

2. Apabila amanah dijadikan sumber keuntungan
Surah Al Anfaal ayat 27
(Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).
Al-Anfaal ayat 27

3. Apabila zakat dianggap sebagai denda
Hadith 40 mukasurat 201 - murtad kalau kata zakat tak wajib
Surah Al-Maarij ayat 15-18 - masuk nerak lazho orang2 yang engkar bayar zakat.
Surah Taubah ayat 60

Tidak sekali-kali (sebagaimana yang diharapkannya)! Sesungguhnya neraka (yang disediakan baginya) tetap menjulang-julang apinya,
[16]
(Membakar serta) menggugurkan kulit ubun-ubun dan anggota anggota tubuh badan,
[17]
Neraka itu juga memanggil dan menarik orang yang membelakangi serta berpaling (dari kebenaran),
[18]
Dan yang mengumpulkan harta kekayaan lalu menyimpannya (dengan tidak membayar zakatnya).

Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

4. Apabila suami mengikut kehendak isteri.

5. Anak2 menderhaka ibunya

6. Anak2 diakhir zaman lebih mempercayai kawan2 dari ibubapa sendiri.
Hadith: Manusia suka ikut kawan, jadi pastikan dengan siapa dia berkawan.

7. Anak2 diakhir zaman menjauh diri dari bapa

8. Apabila masjid bertukar menjadi gelanggang pergaduhan
Surah At-Taubah ayat 18
(Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. )
Surah Al-Bakarah ayat 114
(Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar.

9. Pemimpin yang rendah ahlaknya
Surah Al-Maidah ayat 55
Sesungguhnya Penolong(Pemimpin) kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).

10. Apabila seseorang itu dimuliakan kerana takut kejahatannya

11. Orang lelaki diakhir zaman memakai sutera - walaupun sutera campur, diharamkan.

12. Arak berluasa


13. Artis disanjung

14. Muzik banyak dimain2kan


15. Apabila umat diakhir zaman menghina umat2 terdahulu.

Mereka akan ditimpa dengan 3 perkara -

1. Angin akmar
2. Gempa bumi
3. Cuaca yang tidak menentu

Monday, June 28, 2010

Jaga Diri

Ustaz Kamaruddin Zakaria 7 Jan 06

Rasul bersabda - harta pada manusia ialah -

1. Makanan yang halal lagi baik -> badan yang sihat -> beramal ibadah.

2. Pakai pakaian yang disyariatkan oleh Allah

3. Melakukan sedekah - melalui percakapan yang baik

Rasul kata jaga 4 perkara -

1.Masa mati mudah dengan iman, insyaallah tak ada siksa kubur
2. Harta dari mana dan kemana dibelanjakan
3. Jaga diri, kaki, tangan untuk mendapat redho Alla
4. Ilmu yang baik - beramal dengan nya.

Manusia

Ustaz Ismail Abbas 10 Dec 05

Allah sebut ada 4 perkara status kita sebagai manusia

1. Kita dimuliakan Allah didarat atau dilautan

2. Diberi rezeki yang baik2

3. Perbandingan dengan mahluk yang lain, manusia lebih baik

4. Allah tundukkan mahluk lain pada manusia.

Dari itu, kewajipan orang2 yang dimulia -

(a) Jaga tata susila - memuliakan Allah

5 perkara yang menyelamatkan manusia yang dimuliakan -
(1) Cari ilmu - kenal Allah, tauhid (magrifatullah)
Nabi sebut -
(2) Menerima takdir - redho
(3) Jaga takwa
(4) Yakin
(5) Rasa cukup (qonaah?)
(6) Cinta pada Allah (mahabbah)
- menetapkan kata2 Allah (kalam Allah) yang utama dan yang lain2
- Mengutamakan majlis Allah
- Utamakan redho Allah dari yang lain2
(semua disebut magrifah)

Doa - Makbul

Ust Shihabudin Mat Piah (Masjid AL-Hidayah 29 Jun 2010)

Oang2 yang doanya makbul -

1. Orang yang sedang mengerjakan haji
2. Orang yang sedang sakit
3. Orang yang sedang berperang - jihad
4. Orang yang mendoakan untuk orang yang berada jauh
5. Ibubapa untuk anak
6. Orang yang sedang berpuasa
7. Musafir
8. Orang yang terniaya
9. Pemimpin yang adil

Saturday, June 26, 2010

Mustahak - Mesti Baca - Nasihat Imam Syafie

Ustaz Hj. Yusri Masjid Al-Ehsan 26 Jun 2010)

Pesan Imam Syafie barang siapa hendak keluar dari dunia ini dengan selamat maka hendaklah bersunggoh-sunggoh pada mengerjakan 10 perkara -

1. Haluan pada malaikat Izrail - malaikat yang mencabut nyawa.
(a) Taubat daripada segala dosa2
(b) Menyukakan hati orang mukmin
(c) Qada' amalan yang ditinggalkan
(d) Cinta/Berahi pada Allah

2. Haluan pada kubur
(a) Meninggalkan mengumpat
(b) Meninggalkan dengki
(c) Meninggalkan emas dan perak
(d) Suci daripada dua qada' hajat

3. Haluan pada Mungkar Nakir
(a) Mengucap dua kalimah shahadah
(b) Memberi sedekah
(c) Berkata kata dengan perkataan benar
(d) Membaik segala hati orang mukmin

4. Haluan pada timbangan
(a) Belajar atau mengajar
(b) Suci perkataan dan pakaian
(c) Syukur dengan nikmat
(d) Redho dengan Allah

5. Haluan pada suratan
(a) Jangan bebanyak kata perkataan yang sia2
(b) Pendekkan cita2 - angan2
(c) Membanyakkan puji pada Allah
(d) Membanyakkan sedekah

6. Haluan pada titian sirat
(a) Berkasihan dengan sahabat
(b) Berbuat bakti kedua ibubapa
(c) Berpegang pada perkataan syarak
(d) Membaik perkataan pada mahluk

7. Haluan pada neraka
(a) Membaca Al-Quran
(b) Menangis dengan dosa yang lalu
(c) Meninggalkan maksiat
(d) jauh perkara yang haram

8. Haluan pada syurga
(a) Mengerjakan kebajikan
(b) Kasih wali Allah
(c) Mengerjakan suruhan Allah
(d) Merendah diri pada mahluk

9. Haluan pada Nabi
(a) Kasih pada Nabi
(b) Kasih pada Allah
(c) Bersalawat
(d) Melakukan segala yang fardhu

10. Haluan pada Allah
(a) Menyerah diri pada Allah
(b) Melarang berbuat haram
(c) Beriktikad yang baik2
(d) Benci akan yang haram

Friday, June 25, 2010

Sifat Shukur

Ustaz Roslan Mohamad 20 Aug 05


Surah Saba' ayat 13
(Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): "Beramalah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!" Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur. )

Shukur adalah satu pujian dari seorang hamba pada Allah s.w.t kerana nikmat yang diberi Allah walaupun sekecil hingga sebesar2nya. Nikmat yang kechil tak ada cuma yang paling besar adalah nikmat Islam dan Iman.

Shukur ada 3 rukun

1. Iktiraf nikmat yang Allah beri secara batin - iman, perkasakan iman walaupun diuji dengan kekayaan atau pun kemiskinan.

2. Tunjukkan secara zahir - buat amal kebajikan. Jangan takabur. Jauhi sifat suka orang puji. Pejamkan mata dalam membuat amal dan -
(a) tanya diri siapa yang beri nikmat untuk membuat amal?
(2) jika boleh tanggoh supaya hati betul2 bersoh
(3) batal jika harapkan pujian orang

3. Jadikan landasan untuk taat pada Allah. Ilmu yang dipelajari diberikan pada orang lain untuk amalan. Ilmu yang dipelajari dijadikan dakwah untuk beramal.

Shukur ada hubung kait dengan hati, lidah dan anggota badan. Dengan hati perasaan sayang dan cinta pada Allah dengan menebal, iman dan takwa. Dengan lidah, sentiasa berzikir. Dengan anggota, jaga anggota dengan kerja yang makruf sahja, jauhkankan dari yang mungkar.

Majlis Ilmu

Ustaz Mohd Khairuddin 13 Aug 2005


Dari Imam Al-Ghazali -

Kelebihan hadir dan mendengar majlis ilmu -

1. Malaikat datang melebarkan sayap dan mendoakan orang2 yang berada didalam majlis ilmu - walaupun yang datang tu tertidor!

2. Majlis dilitupi oleh rahmat Allah

3. Allah sebut nama2 orang yang hadir bersama orang2 yang Allah sayang, ia itu para shuhada'

Thursday, June 24, 2010

Diam

Ustaz Wahideen (Masjid Al-Hidayah 24 Jun 2010)

Petikan dari buku Tanhibul Ghafilin)

Diam mengandungi tujuh ribu kebaikan, dan tersimpul tujuh khalimat dalam tiap2 khalimat seribu -

1. Diam itu ibadah tanpa susah payah

2. Perhiasan tanpa perlu berhias

3. Kehebatan tanpa kerajaan

4. Benteng tanpa pagar

5. Kekayaan tanpa minta maaf pada orang

6 Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.

7. Menutupi segala aib (cacat)

Juga diam disebutkan sebagai keindahan bagi orang alim dan penutup bagi orang yang bodoh.

Wednesday, June 23, 2010

Tanda tanda berkat

Ustazah Siti Nor Bahiyah (Masjid AL-Ehsan 23 Oct 05)

Tanda2 berkat pada manusia -

1. Ada ketenangan
2. Duit sikit tapi cukup, duit banyak lagi cukup
3. Dapat dimanafaat pada orang lain
4. Bertambah iman dihati
5. Ilmu bertambah
6. Tambah amalan
7. Dapat redho ibubapa

Surah Luqman ayat 14
(Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

Anak yang berbakti pada ibubapa
1. Dua pintu syurga dibuka
2. Pahala jihad
3 Panjang umur
4. Murah rezeki
5. Selamat dari api neraka
6. Makbul doa

Hadith dan amalan mudah

Ustaz Roslan Mohamad (Masjid Al-Ehsan 24 Aug 05)

1. Sentiasa berwuduk, kunci shurga.
Hadith dari Imam Muslim - mana2 orang Islam yang sentiasa berwuduk dan kerjakan sembahyang sunat, Rasul bersabda, orang begini Allah akan terima dia dengan senang dan dia akan jadi ahli shurga.

2. Sentiasa beri ketenangan dalam hati - zikir "Yaa Latiff, Yaa Khobirr
Hadith riwayat Saidina Aisyah

3. Sembahyang sunat - dimashyar kita bergantung pada amalan2 yang mutlak. Tidak ada pertolongan orang lain. Sembahyang2 sunat yang dituntut akan menolong kita dalam pertimbangan mizan.

Baca Surah An-Nasr 3 kali dan selawat 7 kali untuk permudahkan kerja.

[1]
Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), -
[2]
Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, -
[3]
Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat

Yakin

Ustaz Ismail Abbas (Masjid Al-Ehsan 6 AUg 05)

Surah Al-Hujaraat ayat 13 & 14
(Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
[14]
Orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam '. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". )

Buah Keyakinan -

1. Kekuatan rohani ia itu jiwa tahan diuji

2. Ketenangan jiwa.

3. Sentiasa dapat perlindungan dari Allah s.w.t

4. Orang yang yakin selalu taat pada Allah

5. Usaha2 dilakukan untuk mendapat redho Allah

Tingkatan dalam iman -

(a) Ashabulyamin - orang2 yang percaya dan berterusan tetapi ada saat2 jiwa digoncang.

(b) Almuqar'abin - orang2 yang benar mantap dengan keyakinan dan mampu mengawal hatinya bermodalkan takwa dan iman
- cepat2 taubat
- sentiasa memuji Allah
- jaga ibadah
- orang yang sentiasa mencari ilmu
- sentiasa sujud dan rukok
- buat makruf dan cegah mungkar
- sentiasa jaga batas2 Allah
Orang2 begini nampak yang ghaib melalui mata hati.

(c) Nabi2 dan ulama' - makam tertinggi.

Tuesday, June 22, 2010

Kata2 hikmah #2

Ustaz Roslan Mohamad (Masjid Al-Ehsan 5 March 05)


1. Hiduplah tapi kamu akan mati

2. Cintalah sesiapa pun tapi kamu akan berpisah

3. Buatlah apa yang kamu nak buat, kamu akan dibalas pada hari perhitungan!

Kata Imam Al-Ghazali - Nikmat sebesar2nya nya ia lah Allah terima taubat dan ampunkan kita...........................

Yakin ia itu Teguh Iman

Ustaz Ismail Abbas

Keyakinan dikaitkan dengan hati. Yakin adalah teguh iman. Orang2 yang benar2 beriman hanya beriman pada Allah dan Rasul dan mereka tak dihinggap penyakit ragu.

Tindakan orang yang benar2 yakin -

1. Berpuasa dan amalan sunat untuk jauhkan diri dari syaitan

2. Telinga selalu mendengar Al-Quran dan merenung kebesaran Allah. Baca Al-Quran 40 ayat sehari. Ingatlah Allah yang memelihara kamu. Ingat Allah dan sebut Allah pagi dan petang. Wirid dan baca ayat Khursi.

3. Renungkan azam api neraka dan janji2 Allah -
- banyak bertaubat
- banyak puji Allah
- tambah ilmu
- banyak rukuk dan sujud dan patuh perintah Allah
- jauhkan yang mungkar dan buatlah yang maaruf
- sentiasa memelihara batasan2 Allah.

4. Kembali pada Allah - baca Al-QUran untuk kembali pada penyelesaian

5. Perhatikan ciptaan Allah

6. Bersunggoh2 kerjakan amalan dan tetapkan iman dan takwa.

Surah Al-Ankabuut ayat 69
(Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.)


Surah At-Taubah ayat 129
(Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar." )

Sunday, June 20, 2010

Ayat2 syifaq - Imam Al-Ghazali

Ustaz Shahril Long (Masjid Saudara Baru 4 Ramadhan)

Untuk selamat dari syirik, pastikan -
1. Guna ayat2 dari Al-Quran
2. Dalam bahasa yang difahami
3. Yang menyembuh Allah sahja

Kaedah dibawah baca pada air, seelok2nya air zam-zam atau air mineral, brand "Ghau" yang baik, selepas dibaca ayat2 syifaq minum air sebelum sarapan pagi.

1. Baca Al-Fathihah
2. Selawat 11 kali
3. Baca rangkaian ayat2 dibawah 3 kali (maksudnya dari Surah Ar-Rahman, Surah Qiamah, Surah Al-Buruuj habis baca, kemudian ulang dari Surah Ar-Rahman, dan seterusnya sekali lagi hingga 3 kali)
- Ayat 1 hingga 6 dari Surah Ar-Rahman
- Ayat 16 hing 19 dari Surah Al-Qiamah
- Ayat 21 hing 22 dari Surah Al-Buruuj

Rahmat dan Ramadhan

Ustaz Shahril Long (Masjid Saudara Baru 4 Ramadhan)

Ustaz menjelaskan perkataan "Ramadhan"

A. Rahmat Allah pada huruf "RO"
1. Surah An-Nuur ayat 56- solat, zakat, taat pada Rasul
(Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Rasul Allah; supaya kamu beroleh rahmat.)

Surah Al-Bakarah ayat 152 - Solat ingat pada Allah. Allah akan limpah rahmat dan keampunan
(Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).

2. Surah Al-Anaam ayat 155 - ikut Al-Quran, syariat dan bertakwa
(Dan ini sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya). Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya; dan bertaqwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat. )

3. Surah AL-Bakarah ayat 218
(Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani

Rangkuman semua diatas dalam satu ayat - Surah Ali-Imran ayat 132 - Kita wajib taat pada Allah dan Rasul supaya dapat rahmat
(Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat. )

B. Huruf "Mim"
1. Surah Ali-Imran ayat 133 - Segera bertaubat dapat keampunan Allah
(Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;)

Surah Yusof ayat 106 - Syirik
(Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.)

C. Huruf "Dod"
1. Surah Ali-Imran ayat 139 - jaminan Allah pada orang2 beriman
(Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. )

D. Huruf "Nun" - Nikmat Allah
Surah An-Nahl ayat 18
(Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.)

Bertemu Allah s.w.t

Ustaz Mohd Fauza (Masjid Al-Ehsan 12 Jun 2010)

Dua syarat untuk bertemu dengan Maha Pencipta
Surah Al-Kahfi ayat 110
( Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya". )

(1) Amal Soleh
(2) Jangan syirik dengan ibadah

Diharamkan 3 golongan untuk masuk shurga -

1. Orang yang bakhil
2. Orang munafik
3. Orang yang buat amal dengan riak

Thursday, June 17, 2010

Dua kumpulan dimashyar

Ustaz Ismail Abbas (Masjid Al-Ehsan 20 July 03)

Surah Az-Zumar ayat 71-73
(Dan orang-orang kafir akan dihalau ke neraka Jahannam dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakan pintu-pintunya dan berkatalah penjaga-penjaganya kepada mereka: Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Tuhan kamu dan memperingatkan kamu akan pertemuan hari kamu ini?" Mereka menjawab: "Ya, telah datang! Tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas orang-orang yang kafir.
[72]
(Setelah itu) dikatakan kepada mereka: "Masukilah pintu-pintu neraka Jahannam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur ialah neraka Jahannam.
[73]
Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:" Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya" (mereka pun masuk) -

Kita akan menghadap Allah dalam 2 kumpulan.
(a) Satu kumpulan menuju kekiri, iaitu neraka. Manusia yang engkar dengan Allah. Sampai dipintu neraka, malaikat buka pintu dan hairan melihat orang2 Islam boleh sampai ke pintu neraka. Mereka ini yang Engkar dalam akidah, ibadah, syariat dan muamalat.

1. Allah wajib ditaati - buat yang disuroh tinggal yang dilarang. Jangan maksiat.

2. Allah wajib diingati - tak boleh lupa. Dirikan sholat

3. Allah wajib dishukuri. (Surah Ali-Imran. Orang yang tak menerima panggilan dan ayat2 Allah itu takabbur, sombong.

(b) Kumpulan kedua yang menuju keshurga - orang yang banyak beramal.

Zikir Dalam Perjalanan

Ustaz Mustafa Umar

NOTE : PLEASE REFER TO THE ACTUAL ZIKIR IN IBU'S FOLDER

1. Apakah makna dan hakikat perjalanan? Ketakwaan mudahkan perjalanan. Allah yang menetapkan perjalanan. (Surah AL-Bakarah ayat 185)

2. Siapakah yang memudahkan perjalanan?
Surah Ibrahim ayat 32)
Surah Al-Jaathiyah ayat 13

3 Siapakah yang memberikan keselamatan dalam perjalanan?
Surah Al-Ankabut ayat 65)

4. Apakah yang perlu dilakukan dalam perjalanan?
(a) Berserah diri (Surah at-Taubah ayat 51)
(b) Berzikir (Surah Az-Zukhruf ayat 13)

Rahmat

Ustaz Kariman (Perkim SS5 15 July 02)

Apa itu Rahmat Allah?

1. Cahaya didalam hati ia itu iman.

2. Mudah urusan dunia

3. Disukakan anggota tuboh pada yang baik.

4. Dimudahkan didalam kematian - sakarattulmaut.

5. Diberi kemampuan untuk menjawab soalan kubur.

6. Dihapuskan dosa, diberatkan timbangan dan masuk kedalam shurga.

Zikir Menolak Sihir

Ustaz Mustafa Umar

NOTE : PLEASE REFER TO THE ACTUAL ZIKIR IN IBU'S FOLDER

1. Benarkah sihir itu ada (Surah Al-Bakarah ayat 102)

2. Bagaimana sihir itu terjadi?
Surah Al-Falaq ayat 4
Surah Al-Jin ayat 6
Surah Al-A'raf ayat 116

3. Mestikah kita takut kepada sihir?
Surah Yunus ayat 79-82

4. Apakah yang patut kita lakukan untuk menolak sihir? -
(a) Minta tolong pada Allah (Surah Al-Fathiah ayat 5)
(b) Berzikir/membaca Al-Quran (surah Al-Bakarah ayat 152, Surah Al-Israa' ayat 82)

Wednesday, June 16, 2010

Hadith

Ustaz Roslan Mohamad (Masjid Al-Ehsan 12 July 02)

Hadith dari Abu Hurairah - Rasul s.a.w bersabda: 'Bersegeralah berbuat amal solih, jangan tunggu datang 7 perkara -
1. jadi orang yang fakir
2. jadi orang kaya - bimbang jadi orang kaya melampaui batas
3. kamu tiba2 ditimpa sakit yang boleh membinasakan kamu
4. kamu dah jadi orang tua nyayok
5. kamu mati tiba2
6. lahirnya dhajal - tanda kiamat
7. berlaku hari kiamat

Hadith diriwayatkan oleh Anas bin Malik.- Rasul s.a.w berkata, Allah berfirman,
'Apabila seorang hambaku mendekat pada Ku sejengkal, Aku akan dekatinya sehasta. Dan bila hambaKu datang sehasta, Aku dekatinya sedepa. Dan bila hambaKu datang berjalan, Aku akan datang berlari anak.
Dari Imam Bukhari -
- pahala datang hanya dengan niat baik
- jangan putus asa
- ingat Allah, dekati Allah, sentiasa berwudhu, berzikir.

Hadith diriwayatkan oleh Imam Tarmizi dari Abi Barzah
Nabi s.a.w. bersabda "Akan tetap tengak tapak kaki manusia dihadapan Allah sehingga ditanya 4 perkara -
1. Umur manusia kemana kita habiskan
2. Ilmu kita belajar dah amal tak?
3. Harta benda dari mana sumber dan belanja kemana?
4. Tenaga kemana dihabiskan

Kewajipan Seorang Muslim

Ustaz Annuar Hamzah (Masjid Al-Ehsan 7 Jun 02)


Kewajipan Seorang Muslim

1. Muslim yang beriman mesti kasih sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri. Sokong menyokong antara satu sama lain - silatulrahim.

2. Jangan menyakitkan orang beriman sama dengan perkataan atau perbuatan - jaga lidah dan tangan

3. Merendahkan diri ketika berbicara - jangan takabbur

4. Jangan terus mempercayakan berita2 tentang sahabat - siasat dulu

5. Jangan bermsam muka atau tak bertegur sapa lebih dari 3 hari.

6. Hendaklah berbuat baik bersunggoh2 dan sekadar termampu. Sedekah yang baik dan sesuatu yang paling kita sayang. Had muslim terhadap muslim yang lain -
(a) bagi salam
(b) ziarah orang yang sakit
(c) ziarah orang meninggal dunia
(d) menerima jemputan, kenduri
(e) menjawab orang yang bersin (yarhakumullah pada lelaki dan yarhakillah pada perempuan)

7. Jangan masuk tanpa izin kerumah orang

8. Menghormati orang tua - vice versa

9. Setiap muslim hendaklah bermanis muka - kata2 yang indah

10.Setiap muslim hendaklah tunaikan janji dengan muslim yang lain

11.Hendaklah berkeadaan baik dihadapan orang lain - kemas dirumah

12.Setiap muslim mesti bergaul dengan baik

13. Setiap muslim mesti bertindak sebagai pendamai

14. Menutup keburukan orang lain.

Kata2 hikmah

Ustaz Ghazali Ibrahim (Masjid Kelana Putra 16 Jun 2010)

Ini kali kedua ibu didalam majlis Ust. Ghazali, dia adalah adik kepada Allahyarham Ust. Asri dari kumpulan nasyid Rabbani. Yang tertarik tentang ust Ghazali ni, dia baca kata2 hikmah yang mudah tapi mendalam maknanya. Antara kata2 hikmah -

1. SABAR ialah ilmu yang tak boleh diajar tapi ia boleh dipelajari.

2. Dari Luqman Al Hakim - Aku boleh belajar dari orang yang bodoh. Semua orang adalah guru. Jika kita dengar sekali mungkin susah nak faham, tapi bila direnung, memang benar. Attitude kita sendiri mesti betul, look at the positive side baru boleh faham kata2 LuqmanAl Hakim.

3. Dari Imam Malik, tanda2 amalan kita diterima Allah
(a) Seseorang dapat hidayah dari Allah bila Allah buka pintu kebaikan seluas luas untuk nya dan
(c) Allah tutup pintu kejahatan serapat rapatnya. Bermakna orang ni nak buat kebaikan dan kebajikan, Allah mudahkan untuk nya.

Dan tanda orang tak dapat hidayah Allah is the reverse of above -
(a) Allah tutup pintu kebaikan serapat rapatnya dan
(b) Allah buka pintu kejahatan seluas luasnya....nauuzubillah minzalik...

Shurga untuk wanita hanya buat 2 perkara -
1. Ikut perintah/larangan Allah
2. Ta'at pada suami (yang tak bersuami, taat pada ibubapa)

Tuesday, June 15, 2010

Zikir Mohon Ilmu dan Kecerdasan

Ustaz Mustapha Umar (Masjid Al-Hidayah 10 Apr 02)

NOTE : PLEASE REFER TO THE ACTUAL ZIKIR IN IBU'S FOLDER

Hakikat -
1. Daripada manakah ilmu itu datang? Ilmu datang dari Allah s.w.t
Surah Al-Bakarah ayat 31, 32, 247, 255)
Surah Ar-Rahman ayat 2,4
Surah Al-A'laq ayat 4, 5
Surah Yusuf ayat 6, 101

2. Dimanakah letaknya ilmu itu pada manusia?
Surah Ali-Imran ayat 191

3. Bagaimana cara mendapatkan ilmu dan kecerdasan?
(a) Belajar dari guru (Surah Al-Bakaroh ayat 11)
(b) Mengunakan panca indera (Surah Al-Araf ayat 179)
(c) Berdoa (Surah An-Nahl ayat 70, Al-Kahfi ayat 10)

4. Mengapa kita mesti berilmu?
(a) Untuk bersaksi pada Allah (Surah Ali-Imran ayat 18)
(b) Untuk beriman pada Allah (Surah Ali-Imran ayat 7)
(c) Untuk takut pada Allah (Surah Al-Faathir ayat 128)

Tiga Ciri2 khas seorang Guru
(a) Guru mesti berilmu
(b) Guru mengamalkan ilmu
(c) Guru yang pengalaman dalam mengamalkan ilmu

Ilmu yang ditangkap oleh akal - ilmu hukum sebab akibat letaknya diotak melalui panda indera dinamakan ilmu kauni, ilmu tabii
Ilmu yang ditangkap oleh hati - keimanan pada Allah, sedar yang terjadi dibumi adalah Allah. Ilmu dihati, farhdu ain, ilmu diakal fardhu kifayah

Selawat

Ustaz Mustapha Saidin (Masjid Al-Ehsan Jun 1, 02)

'Wahai orang2 beriman selawatlah pada Rasul s.a.w dan ucapkan salam'

Tujuan dan maksud selawat
1. Mematuhi perintah Allah supaya selawat pada Rasul s.a.w
2. Menunaikan maksud sepotong ayat dalam Surah Al-Kasas ayat 77
("Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".)
3. Mengenang jasa dan budi Rasul s.a.w.
4. Mengamal hadith2 Rasul s.a.w

Hukum Berselawat

1. Wajib - tiap2 sholat dalam tahyat dibaca
2. Wajib selawat bila mendengar nama2 Rasul disebut - dosa besar jika tidak

Faedah Berselawat
1. Berganda2 rahmat dilimpah
2. Ditempatkan dekat dengan Rasul s.a.w diakhirat
3. Dapat syafa'at -
(a) Bebas dari dahsyat padang mashyar
(b) Masuk shurga tanpa dihisab
(c) Nabi menolong pada yang berselawat sekiranya timbangan nya lebih keneraka untuk masuk kesyurga
(d) Ketika berselawat, malaikat mendoakan kita
(e) Dapat menyelesaikan masaalah dengan tenang jika berselawat.

BANYAK2 BERSELAWAT!

Zikir Ketika Mengandung

Ust. Mustapha Umar (Masjid Al-Hidayah

NOTE : PLEASE REFER TO THE ACTUAL ZIKIR IN IBU' FOLDER

1. Mengandung menunjukkan kekuasan Allah
(a) Nabi Ibrahim (Surah Hudd ayat 69-73)
(b) Nabi Zakaria (Surah Al-Anbiyaa' ayat 89-90)
(c) Maryam (Surah Ali-Imran ayat 45-47)

2. Mengandung adalah ujian berat
Surah Al-Mukminuun ayat 12-14
Surah Luqman ayat 14

3. Yang mesti diperhatikan ketika mengandung
(a) Kerendahan hati (Surah Ar-Rad ayat 8)
(b) Kesabaran (Surah Maryam ayat 22-25)
(c) Redho dengan yang dikandung (Surah Ali-Imran ayat 6)
(d) Berzikir dan berdoa (Surah Al-A'raf ayat 189)

Bersihkan Hati

Ust. Dato' Hj Mohd Murtadza

Cara-Cara

1. Istigfar
2. Baca Al-Quran
3. Selawat pada Rasul s.a.w
4. Bangun malam - kiamuulail
5. Jaga makanan - yang halal, bersih,
6. Sebarkan Salam

Additional -
(a). Iqtikaf dimasjid (bagi kaum hawa, menurut Ust Wahidin, dirumah ditempat yang biasa ibu buat ibadah, diconsider sebagai tempat iqtikaf cuma ibu perlu pasang niat iqtikaf bila mula ibadah.
Ada beberapa2 Ustaz yang syorkan bila ada masaalah, tak kira apa pun masaalah yang merungsingkan kepala, pergilah kemasjid dan iqtikaf, disitu Allah akan beri ketenangan untuk berfikir dengan waras.

(b). Zikir.... Yaa Allah, Yaa Latiff

Lima perkara jadi ibadah Rasul s.a.w

1. Baca Al-Quran, tak dapat baca tengok aje.
2. Tengok muka ibu bapa
3. Tengok laut - puji kebesaran Allah, Maha Pencipta
4. Tengok orang minum air zam-zam
5. Tengok guru yang mengajar
6. Sedekah dan berdoa
7. Hadiah Al-Fathiah untuk ibubapa pada setiap langkah kemasjid.

Friday, June 11, 2010

Zikir Mohon Perlindungan

Ust Mustafa Umar (Masjid Al-Hidayah 13 Feb 2002)

PLEASE REFER TO THE ACTUAL ZIKIR IN IBU'S FOLDER


1. Apakah makna perlindungan?

2. Mengapa kita mesti mohon perlindungan?
(Surah Al-Baqorah ayat 286)

3. Daripada siapa kita minta di-lindungi?
- Orang2 Yahudi dan Nasrani.
Surah Al-Baquorah ayat 120
- Siapa sahja yang berniat mendengki.
Surah Al-Nasad ayat 5 - Jin dan syaitan.

4a. Kepada siapa kita mohon perlindungan?
Surah AL-Baqorah ayat 257
Surah Yusof ayat 101
Surah Ali-Imran ayat 68
Surah Al-Kahfil ayat 20.

b. Ada manusia berlindung kepada selain Allah?
- kepada syaitan (Surah An-Nisaa' ayat 119)
- kepada orang2 kafi (Surah An-Nisaa' ayat 139)

c. Permisalan mereka yang berselindung kepada selain Allah.
Surah Ankabut ayat 41

d. Alasan mereka yang berselindung kepada selain Allah
Surah Az-Zumar ayat 3

Thursday, June 10, 2010

Zikir Pelembut Hati

Ust Mustafa Umar (Masjid Al-Hidayah) 8 April 02

PLEASE REFER TO THE ACTUAL ZIKIR IN IBU'S FOLDER

Hakikat Hati Manusia
1. Bagaimana hakikat awal hati manusia?
- Lunak/Lembut (Surah Al-Hadid ayat 16)
- Bersih (Surah Al-Muthafifin ayat 14)
- Terbuka (Surah Muhammad ayat 24)

2. Apa yang menyebabkan hati menjadi keras?
(a) Kerana tidak menepati janji Allah (Surah Al-Maidah ayat 13)
(b) Tidak mahu mengambil pelajaran daripada apa yang berlaku (Surah Al-Anaam ayat 43)
(c) Tidak mahu beriman pada hari akhirat (Suran An-Nahl ayat 22)

3. Bagaimana cara melembutkan hati?
a. Minta Rahmat dari Allah (Surah AliImran ayat 159)
b. Baca Al-Quran (surah Az-Zumar ayat 23)
c. Berzikir (surah Ar-Ra'du ayat 28)

Wednesday, June 9, 2010

Zikir Cinta Kasih/Kasih Sayang

Ustaz Mustafa Umar (Masjid Al-Hidayah 28 August 02)

PLEASE REFER TO THE ACTUAL ZIKIR IN IBU'S FOLDER


1. Apakah makna cinta kasih?
- (i) Yang menghiasi kecintaan adalah Allah. Dia yang meletakkan di hati manusia - dinamakan cinta sejati. (ii) Yang menghiasi adalah syaitan - menjadikan maksiat, hawa nafsu.
Surah Ali-Imran ayat 14
(Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

2. Siapakah yang memberi cinta-kasih? - Dijadikan isteri2/suami2 untuk ketenangan dan kasih
Surah Huud ayat 90
(Dan mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengasihani, lagi Maha Pengasih".)

Surah Ar-Ruum ayat 21
(Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.)

3. Sebutkan bukti2 yang menerangkan Allah telah memberi cinta kasih? Apabila Allah beri cinta kasih pada kita - ia akan membuah cinta kasih yang lain.
Surah Taha ayat 39 - Nabi Musa
("Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya; dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.)

Surah Al-Anfal ayat 63
(Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Surah Al-Hasyr ayat 9 - orang2 Muhajirin dan Ansar
(Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.

Surah Al-Fath ayat 29 - Rasul dan para sahabat
(Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar. )

4. Bagaimana cara mendapat cinta kasih?
(a) Beriman dan beramal solih

Surah Maryam ayat 96
(Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang. )

(b) Mengikuti Rasul
Surah Ali-Imran ayat 31
(Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(c) Berdoa dan berzikir
Surah Al-A'raf ayat 23 dan 51
Doa (Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi". )

((Tuhan berfirman: Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara ugama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya). Oleh itu, pada hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak hiraukan persiapan-persipan untuk) menemui hari mereka ini, dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami.

Surah Ali-Imran ayat 8
Doa (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. )

Thursday, June 3, 2010

Istiqomah

Ustaz Roslan Mohamad (Masjid Al-Ehsan 27 Sept 2002)

Hadith dari Abi Amrah Sofian bin Abdullah Ashahaf -
Aku telakh bertem Rasul saw. Tolonglah berikan saya satu kalimah yang mudah. Jawapan dari Rasul - Katakan aku beriman dengan Allah dan aku istiqomah.
Imam Muslim r.a. mentahsirkan; Kita diminta berusaha dalam membuat kerja yang baik2 dan istiqomah (berterusan).
Surah Fusilat ayat 30-32
(Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.
[31]
"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya.
[32]
"(Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani!)


Hadith dari Abdullah bin Masood -
Aku mendengar Nabi bersabda - Shurga itu lebih hampir pada kau dari selipar tapak kaki kamu pakai begitu juga neraka.
Imam Bukhari dalam tahsirnya - Rasul mengingatkan kita supaya berhati2 kerana setiap langkah kita adalah dosa atau pahala, halal atau haram.
Imam Al-Ghazali dalam tahsirnya - Langkah kita samada ia keshurga atau keneraka. Amal kita yang akan bangkit diakhirat nanti.

Hadith dari Thauban (budak surohan Rasul).
Nabi bersabda : Hendaklah engkau memperbanyakkan sujud sesunggohnya Allah akan angkat satu darjat dan hapus satu dosa.

Wednesday, June 2, 2010

Empat Pekara yang disukai Saidina Ali

Ustaz Kamaruddin Zakaria (Masjid Al-Ehsan 17 April 2002)

Saidina Ali suka 4 perkara:-

1. Baca Al-Quran dan terus tamat (khatam)

2. Bagi Salam pada orang dahulu kerana dapat 3 perkara penting - Selamat dan 3 rahmat.

3. Apa yang aku makan itu yang aku beri pada orang

4. Ketika orang lain tidur, aku bangun beribadah kerana doa ditengah malam pasti akan dimakbulkan Allah.
Munajat - dalam sujud dan dalam menadah tangan doa yang sama.

Dari Abu Zhar - 3 perkara yang disukai.
1. Aku suka sakit - kalau aku sakit aku sabar, selagi sakit Allah mengangkat darjat, redho dengan kesakitan.
2. Aku suka lapar - lapar beri keinsafan
3. Aku suka mati - aku boleh bertemu Allah lebih awal.

Bekalan untuk Pulang

Ustaz Roslan Che Ros (Majlis Agama Pulau Pinang) Masjid Al-Ehsan 18 April 2003

Tiga golongan yang kumpulkan bekalan untuk pulang ke Akhirat.

1. Yang gunakan setiap masa dalam kehidupan untuk beramal soleh - ikhlas dan jangan bercanggah dengan shariat Allah.

2. Bekalan yang sedikit kerana leka dengan dunia - kumpulan yang rugi

3. Tak sempat ambil bekalan sehingga nyawa dihalkum - nauuzubillah

Untuk jadi orang yang baik, Allah akan bagi kefahaman untuk mengenal ilmu Allah.

Dalam soal ilmu Rasul berpesan supaya mencari ilmu dari buaian.

Dua nikmat yang dilupa - 1. Nikmat sihat dan 2. Nikmat masa lapang

Jiran

Ustaz Mat Jais Kamus (Masjid Al-Ehsan 1 Mar 2003

Jiran yang baik

1. Kenal - ta'aruf
2. Hubungan akrab - tafahum
Hadith - Hubungan dengan jiran seperti boleh mewasiatkan harta. Jangan sekutukan Allah. Hati mesti bersih serta ikhlas dalam setiap amalan. Jangan fikirkan apa2 balasan.
3. Ikhlas
4. Ehsan - kepada ibubapa, kaum kerabat, anak2 yatim, orang miskin, jiran berdekatan, jiran yang jauh, sahabat handai, orang yang musafir.
Jiran yang mempunyai satu hak - hak jiran
Jiang yang mempunyai dua hak - orang Islam dan orang kafir
Jiran yang mempunyai tiga hak - orang Islam, kerabat, jiran

Hak Jiran
1. Jika meminta tolong, tolonglah.
2. Jika meminta pinjam - mesti beri
3, Jika dia memerlukan sesuatu - usahakan untuk nya
4. Jika sakit mesti tengok. Jika mendapat kejayaan, ucapkan tahniah dan jika dapat musibah, ucapkan takziah
5. Jika kematian hantarkan kekubur

Tuesday, June 1, 2010

Jenjang Ma'rifah - (4) Khusyu'

Ustaz Mustafa Umar (Masjid Al-Hidayah SS3 1 June 2010

Surah Al-Hadiid ayat 16

(Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka)

Khusyu maknya lembut, rendah, lemah - berkaitan dengan hati.

Makam Ibrahim dekat Kaabah adalah lambang khusyu'nya Nabi Ibrahim ketika berzikir pada Allah ketika meninggikan Kaabah. Khusyu'nya hingga batu yang dipijak menjadi lembut dan meninggalkan kesan tapak kaki Nabi Ibrahim.

Surah Al-Hasyr ayat 21 - Gunung menjadi lembut kerana khusyu
(Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. )

Hati yang khusyu' adalah hati yang takut pada Allah.

Keadaan dalam berzikir yang membezakan antara satu dengan yang lain. Lembut, lemah dan menunjukan sifat2 kurang dihadapan Allah yang Maha Esa, Maha Berkuasa, Maha Tinggi akan mendatangkan khusyu' ia itu kehadiran Allah bersama kita.

Tak mungkin mendapat khusyu' kalau tak beriman.

Bila khusyu' kenikmatan yang dirasakan tak menjadi berat.

Sesiapa yang berserah diri pada Allah cukuplah Allah yang menyelesaikan apa2 pun perkara sesunggohnya Allah akan menyelesaikan tanpa terkecuali segala2. Bergantung pada Allah dalam apa pun. Usaha mesti tapi jika bergantung pada usaha, ketika gagal kita akan berasa kecewa. Jika bergantung pada Allah kita akan terima sebagai ketetapan Allah

Muhasabah

Ustaz Mustafa Umar (Masjid Kelana Petra SS7 2nd June 2010)

Surah Al-Hasyar ayat 18
(Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan. )

Muhasabah sebagai Pemangkin untuk kemajuan.
Ayat diatas adalah perintah/seruan Allah pada orang2 beriman supaya memperhatikan atau muhasabah apa yang telah diperbuat. Allah menyeru hanya orang2 beriman kerana hanya orang2 beriman sahja yang akan menyahut seruan Allah. Orang2 tak beriman tidak akan pandang pun apa yang terkandung dalam Al-Quran.

Dalam tahsir Ibnu Khatshir, "huruf lam" yang di gunakan Allah pada perkataan "memerhatikan" ia itu 'wal tan zuur' bermakna perintah. Dan bila perintah daripada Allah maka ia menjadi wajib untuk ditaati. Dari taat ini lah pula datang takwa dalam diri pada Allah. Muhasabah-->taat-->takwa. Takwa itu memelihara diri daripada murka Allah dengan menuruti segala perintah Allah dan tinggalkan segala larangan Allah. Bottomline, ikut perintah Allah, muhasabah diri, ayat diatas nas nya.

Dalam ayat ini juga Allah gunakan hari esok untuk menerangkan hari akhirat itu dekat pada orang yang memerhatikan (beriman). Jadi, ibadah yang dilakukan mesti betul2, sunggoh2, ikut piawai Allah supaya bekalan yang dibawa kenegeri akhirat cukup untuk kita masuk kesyurga, insyaAllah.

Dipenghujung ayat ini Allah gunakan perkataan 'ho bi rum bima takmalun". Allah repeat perkataan 'takwa' dua kali dalam ayat ini untuk tunjukkan pentingnya takwa pada seseorang dan Allah yang Maha Mengetahui dalam ayat ini juga bermaksud yang lebih dari mengetahui (berilmu) dan akan menyampaikan kembali pada manusia apa2 yang pernah dikerjakan didunia dalam bentuk catatan amalan dan balasan yang setimpal.

Sunday, May 30, 2010

Fakir

Ustaz Abdullah Salleh Sulaiman (masjid Al-Ehsan) 2 August 2003

Kelebihan orang2 miskin
Doa Rasul - Ya Allah hidupkan aku dalam miskin dan matikan aku miskin dan kumpulkan aku dengan orang2 miskin.

Apa yang kita sayang didunia tak jamin kita diakhirat. Orang miskin yang ingin kaya lebih dulu 40 tahun dari orang kaya masuk shurga.

Wasiat Rasul pada Aishah - Kasih pada orang miskin.

Hadith - Masuk dulu orang miskin 500 tahun lebih dari orang kaya.
Allah pandang mulia orang fakir. Orang yang jauh dari orang miskin tanda2 orang munafik.

Fakir - 1. Pahala yang diberi Allah. 2. Yang diseksa Allah.

1. Tanda2 yang diberi pahala - redho dengan kemiskinan
2. Tanda2 yang diseksa - sombong dengan kemiskinan

Hamba Allah yang Soleh

Ustaz Omar Johari (Masjid Saudara Baru 16 August 2003)

#Untuk jadi hamba yang lebih sempurna :-
1. Banyak minta ampun pada Allah dan kepada mahluk (manusia)
2. Banyak istighfar - pada yang dilarang Allah. Dosa pada ibubapa, kawan2
3. Buat yang Allah redho - yang wajib dilaksanakan dan yang larang ditinggalkan.
4. Tambah kerja2 kebaikan/kebajikan, yang wajib, sunat, zikir, baca Quran. Harta digunakan untuk kebajikan cari pahala. Senyuman itu sedekah.
5. Jangan sakiti orang.
6. Tinggalkan yang makruh.
7. Tinggalkan yang subhat/curiga untuk jadi warak
8. Tinggalkan perkara2 yang tak berfaedah
9. Kurangkan benda2 yang harus
10. Jangan melampau dengan apa2 pun
11. Bergaul dalam majlis ilmu
12. Ziarah kubur - ingat mati

#Ingat dari Allah kita datang dan pada Allah kita akan kembali.

#Bershukur dengan nikmat yang Allah beri -
* Ucap Alhamdulillah
* Doa
* Gunakan dengan betul
* Guna ikut kesukaan Pemberi (Allah)
* Guna untuk yang mendatangkan manafaat
* Balas budi - jika kamu diucapkan dengan salam yang baik, kembalikan dengan yang lebih baik.

#Bersihkan hati

#Taat pada syarak untuk jadi warak

#Yakin 100% dengan shahadah.

Friday, May 28, 2010

Takwa - tingkatkan

Ustaz Wan Mazlan (Masjid Al-Ehsan 7 Feb 2004)

Dua Nikmat yang melalaikan manusia :-
1. Sihat - payah nak sebut kalimah Allah.
2. Masa lapang
- Surah Sa'ba ayat 15 & 16.
(Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!.
[16]
Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan, dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan dua kumpulan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya, dan pohon-pohon yang jarang berbuah, serta sedikit pohon-pohon bidara. )

Allah uji dengan fakir, kematian, kesusahan sebagai balasan, sesiapakah yang terbaik amalannya dan tanda sayang Allah pada yang diuji.

Untuk tingkatkan iman dan takwa :-
1. Sifat nak berubah mesti ada. Tiru yang baik2 sahja. Kita jangan berubah sebab keadaan. Tapi kita yang merubah keadaan.

2. Sedar dengan keadaan semasa - tingkatkan ilmu

3. Banyak berlaku Ehsan dam banyak perkara - buat baik. Ehsan pada Allah, abdikan diri pada Allah. Sesunggohnya Allah sentiasa melihat kita. Ehsan pada sesama manusia. Ehsan pada binatang.

4. Letakkan iman dan keta'atan sebagai yang utama dalam hidup. Taat isteri pada suami yang bertakwa. Taat anak pada ibubapa

Orang yang menafaat didunia :-
1. Menyelamatkan mereka dari kelaparan
2. Keluarkan mereka dari kesulitan hidup.


(

Halalnya harta

Ustaz Shahibudeen (Masjid Saudara Baru 24 Feb 2009

Halalnya harta :-
1. Cara pendapatan/kerja
2. Cara memperolehi harta
3. Cara menyimpannya
4. Cara membelanjakannya.

Menerima dan membelanjakan harta dalam Islam :-
1. Di ambil jalan/cara haram dan dibelanjakan cara haram - hukumnya haram.
2. Diambil jalan haram dan dibelanjakan cara halal - hukumnya haram.
3. Diambil cara halal dan dibelanjakan cara haram - hukumnya haram.
4 Diambil cara halal dan dibelanjakan cara halal - hukumnya halal.

Wednesday, May 26, 2010

Iklas dan Tawaduk - ciri2

Ustaz Wahidin (Masjid Al-Hidayah) 27 May 2007


Ciri2 orang yang iklas -

1. Tidak kenal erti putus asa.

2. Tidak kenal erti derita, susah dan sengsara.

3. Tidak mudah terlibat dengan maksiat walaupun maksiat disekelilingnya.

4. Tidak suka menyalahkan orang lain.

Ciri2 orang yang tawaduk -

1. Memberi salam sesama muslim

2. Duduk dengan sesiapa2 aje dimana2

3. Tidak suka disebut2 amal kebajikannya.

Tuesday, May 25, 2010

4 halangan kita gagal jadi Hamba Allah yang baik

Ustaz Shahril Long (Masjid Saudara Baru SS4B) 25 Mei 2010

Dari Imam Al-Ghazali - 4 halangan yang menyebabkan kita gagal menjadi hamba Allah yang baik.
Surah Adz-Dzaariyaat ayat 56 - matlamat manusia dicipta Allah
(Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.)


1. DUNIA - kekayaan, kedudukan dan kekuasaan.
Nikmat yang Allah beri disalah gunakan - manusia gagal. Hadith - Dunia ibarat sebagai penjara orang2 yang beriman dan shurga bagi orang2 fasik.
Dari Imam Ahmad - jika didunia ada orang2 yang tak taat yang mendapat banyak kesenangan ia adalah sebagai "istridraj" (pemberian yang Allah tak redho), Allah akan tarik balik sedikit2 dari arah yang tak kita tau.
Surah Al-A'raaf ayat 182
(Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya.)

Surah A-li Imran ayat 196-197 - turun ayat bila sahabat2 susah dalam hidup sedangkan orang tak beriman senang
(Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka).
[197]
(Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap), kemudian tempat kembali mereka neraka Jahannam: dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan.)

Hadith dari Bukhari - Jadikan diri sebagai pedagang/musafir didunia.
Kekayaan adalah kaya hati dan redho dengan pemberian Allah
Ambil dunia tapi utamakan akhirat.

2. Mahluk

Hadith Tarmizi dan Bai Hadqi - Manusia suka ikut kawan2 jadi berhati2 dengan siapa kita berkawan.
Surah Az-Zukhruf ayat 36&37 - syaitan2 manusia
(Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.
[37]
Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk)

Nak jadi baik makan masa tapi nak jadi jahat sekelip mata.

3. Syaitan
Surah Yaasiin ayat 60 - musoh yang nyata.
(Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu! )

Surah Al-Bakarah ayat 268 - janji syaitan atas manusia -takut miskin, papa dan kedekut.
( Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.


Surah Al-Maaidah ayat 90 - Syaitan suka 4 perkara -
(Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.)

Islam dijaga oleh 5 perkara -
1. Agama
2. Keturunan
3. Akal
4. Harta
5. Nyawa

Surah Al-Bakarah ayat 208 - terima islam keselurohan
(Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. )

Surah Yunus ayat 59
(Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum): "Sudahkah kamu nampak baik-buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram, dan sebahagian lagi halal?" Katakanlah lagi (kepada mereka): "Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian, atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah?". )

Surah Saad ayat 82&83 - Allah izinkan iblis menyesatkan manusia kecuali orang2 yang ikhlas.
(Iblis berkata: " Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, -
[83]
" Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan ". )

4. Hawa Nafsu
Surah Yunus at 59 - atas (membelakangkan undang2 yang ditetapkan Allah)

Surah Al-Maaidah ayat 30 - contoh
(Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi. )

Surah Al-Araaf ayat 176 - contoh
(Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. )

Surah Yunus ayat 90-92 - contoh
(Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): "Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)".
[91]
(Allah berfirman): "Adakah sekarang (baharu engkau beriman), padahal sesungguhnya engkau dari dahulu telah kufur derhaka, dan engkau telahpun menjadi dari orang-orang yang melakukan kerosakan?.
[92]
"Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil itibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!". )

Surah An-Nazi ayat 40-41 - Ganjaran yang menanti pada yang taat
(Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, -
[41]
Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.)