Semoga Allah memberkati Ustaz2 yang mana ilmu ibu dapati. Amin

Ustaz2 yang dihormati dan dikasihi:- 1. Ust. Mustafa Umar (kelas Harfiah, buku 30 Perkara Penting Dalam Hidup, Sunatullah dan banyak tajuk2 pilihan yang banyak mengentuh hati) 2. Ust. Lokeman Hazli (buku Permata Pemberian yang Indah dan Menjaga Segala Hati yang Lalai, Munyatul Musolli, dan yang memberi ibu petunjuk jalan yang patut diambil untuk selamat) 2011-Hidayatus Salikin (Petunjuk Jalan Bagi Orang Yang Takut Kepada Allah Taala), 3. Ust. Nik Bakri (buku Haqiqat Tasawuf dan Wasiat Agama & Wasiat Iman) dan yang mengijazahkan Wirdun Latiff) 4. Ust. Halim Din (Buku Hadith 40) 5. Ust.Roslan Mohamad (tajuk2 pilihan & hadith) 6. Ust.Shahril Long (ayat2 pilihan dari Al-Quran dan guru yang paling ibu tabik) 7. Ust. Firdaus Sulaiman (Harfiah and ayat2 pilihan) 8. Ust.Kamal Shaari (Buku Rahasia Kematian, Alam Akhirat & Kiamat) 9. Ust.Zulkifli Ahmad (Buku Tanbihul Ghafilin-Peringatan Bagi yang Lupa) 10. Ust.Awang Mamat (2011-Buku Minhajul Abidin (Jalan Para Abid)) 11. Ustazah Kamariah yang membimbing tajwid Al-Quran & Ustaz Shukri Hj Ali yang membimbing taranum dan banyak ustaz2 dan ustazah2 yang lain. Allah rahmatilah kesemua mereka ini.

Tuesday, April 26, 2011

3 Soalan kubur dan jawapannya

Ust Shahril Long Masjid Saudara Baru 26 April 2011


Setiap yang bernyawa pasti akan mati - Surah Ankabut ayat 57. Dan kita semua tahu soalan2 yang pasti ditanya bila kita pulang kekampung akhirat. Hadith Imam Abu Daud menyatakan 3 soalan yang akan ditanya -

Q1. Siapa Tuhan kamu?
Q2. Apa agama kamu?
Q3. Siapa Nabi kamu?

Mampukah kita menjawab??? Hujjah Imam Ibnu Kathir,
Surah Al Muddathir ayat 38, - Setiap diri bertanggung jawab
Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya,
Maknanya setiap amal2 yang dikerjakan didunia yang akan menjawab 3 soalan2 diatas. Kita semua tahu mulut tak akan boleh berkata2 di saat itu.

Jawapan pada soalan Q1 - Jika kita ada 2 perkara ini -
1. Sentiasa menTAUHIDkan Allah - Surah As-Sajadah ayat 4
Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)?
(a) mesti yakin kewujudan Allah

(b) Kehidupan kita ditakbir oleh Allah - Surah Al-Maidah ayat 50 - Hukum2 Allah mesti dilaksanakan
Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal – kepada orang-orang yang penuh keyakinan – tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.
Surah An-Nur ayat 4

(c) Yakin undang2 Allah yang terbaik - Surah An-Nur ayat 19
Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).
Surah Al-Ahzab ayat 58 - Allah larang fitnah
Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata.
Kekadang kita bertanya2 kenapa pemimpin2 yang zolim atau orang yang dizolimi ditimpa musibah itu terus terusan, jawapannya ialah memang Allah lakukan untuk justify kezaliman itu supaya dibalas setimpal dengan perbuatan. Sesunggohnya Allah Maha Adil
Surah Fathir ayat 43
Sambil bersikap sombong takbur di muka bumi dan berusaha merancangkan rancangan-rancangan jahat (terhadap Rasul itu), sedang rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya. (Dengan keadaan yang demikian, maka) tidak ada yang mereka tunggu selain daripada berlakunya kebinasaan menimpa mereka (sebagaimana yang telah menimpa) orang-orang kafir yang telah lalu. Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi ” Sunnatullah ” (undang-undang peraturan Allah), dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan ” Sunnatullah ” itu.
Surah An-Nur ayat 55 - Islam akan menguasai dunia suatu hari nanti
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.

- bumi akan dikuasai oleh orang2 soleh
- bumi kukoh dengan undang2 islam
- Allah ganti dengan keamanan rohani dan jasmani

2. Rezeki, hidup, mati, selurohnya yang manusia ada adalah ketentuan Allah
Surah Ar-Rahman ayat 29
Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!

Kita milik Allah secara MUTLAK - tunduk dan patuh pada Allah yang Maha Besar.
Refer Surah Yassin ayat2 terakhir. Refer Surah Al-Fathihah ayat 5

Selama kita mentauhid dan menyembah Allah, soalan Q1 boleh dijawab.

Jawapan pada Q2
Islam sebagai cara hidup kita - pendidikan, undang2, economy, politic dan segala2 untuk kehidupan ini mesti cara ISLAM. Surah Bakarah ayat 138
(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”.
Sibrah ialah celupan ia itu corak hidup yang ditentukan oleh Allah.

Jawapan Q3
Buktikan kecintaan pada Nabi, Taat dan ikut sunnah2 Rasul (ibu terpaksa pergi ambil Ayuni disekolah - akan dapat lebih info on this shortly.

Thursday, April 14, 2011

Jenjang Ma'rifah -(3) Zikir, Faedah2nya

Ibu selalu berpesan pada Amalina setiap kali balik keasrama supaya jangan tinggalkan zikir, sebab ibu yakin dan sudah dapat nikmat zikir, jesteru itu ibu ingin anak ibu juga dapat melazimi zikir. Ustaz Lokeman selalu pesan, setiap nafas kita, sentiasa zikir ALLAH (paling pendek) supaya diakhir hayat ketika malaikat maut mencabut nyawa, yang keluar dari mulut dan hati HANYA ALLAH.........subhanallah....

Berikut adalah petikan dari buku Hakikat Tasawuf bawah topic ZIKIR.

Dari Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah telah menyebut faedah zikir dengan katanya - "Pada zikir itu terdapat lebih seratus faedah :-

1. Zikir boleh mengusir syaitan, menjauh serta mengalahkannya

2. Menyebabkan Allah az redha

3. Menghilangkan dukacita dan kesedihan hati

4. Menjadikan hati riang, gembira dan lapang

5. Menjadikan wajah dan hati bercahaya

6. Menguatkan hati dan tubuh badan

7. Menarik rezeki

8. Mendatangkan kegahan, kemanisan dan cahaya yang bergemerlapan

9. Mewariskan perasaan mahabbah (kasih sayang) yang mana ia merupakan roh Islam, pusat agama dan paksi kebahagian serta kejayaan

10. Zikir mewariskan muraqabah sehingga ia memasukkaan penzikir ke pintu Ehsan, lalu dia akan menyembah Allah seolah2 dia melihatNYA.

11. Zikir mewariskan Inabah, ai itu kembali kepada ALLAH az.

12. Zikir membawa kepada dekatnya hamba dengan Tuhannya.

13. Zikir boleh membuka pintu agung yang terdapat pada ma'rifah. Semakin banyak berzikir semakin bertambah ma'rifah

14. Ia membawa kepada mengagungkan Allah az kerana zikir tersebut telah bertapak dihati dan hadir bersama Allah.

15. Menyebabkan Allah swt mengingatinya - Surah Bakarah ayat 152

16. Zikir menghidupkan hati

17. Ia mengilap hati yang karat. Karat hati ialah kelalaian dan hawa nafsu.

18. Zikir menggugurkan dan menghilangkan kejahatan

19. Menghilangkan perasaan asing diantara hamba dengan Tuhannya

20. Seseorang hamba apabila dia mengenali Allah az dengan mengingatina ketika senang nescaya dia akan mengingatiNYA ketika susah.

21. Penyelamat dari azab siksaan Allah.

22. Sebagai sebab turunnya ketenangan, datangnya rahmat dan diselubungi oleh malaikat.

23. Menjadi sebab lidah tidak mempunyai masa untuk mengumpat, mencela, berdusta, bercakap yang keji dan batil

24. Majlis zikir adalah majlis malaikat sedang lalai dan lagha adalah majlis syaitan.

25. Mengingati Allah akan membahagiakan penzikir dan juga orang yang duduk bersama sebab keberkatannya

26. Menyelamatkan hamba dari penyesalan dihari kiamat

27. Zikir sambil menangis semasa berkhalwat-bersendirian-menyebabkan Alla memayungi hamba tersebut dengan bayangan arasyNya pada hari teramat panas diakhirat nanti

28. Sibuk berzikir merupakan sebab Allah akan memberi kepada penzikir apa yang lebih baik dari yang diberikan kepada orang yang meminta daripadaNya.

29. Ia merupakan ibadah yang paling senang, paling agung dan paling afdhal.

30. Zikir adalah tanaman syurga.

31. Pemberian dan kelebihan yang ditentukan pada penzikir tidak ditentukan kepada amalan2 lain.

32. Sentiasa mengingati Rabb Tabaraka wa Ta'ala menyebabkan terselamat daripada dilupaiNya yang mana lupa kepadaNya menyebabkan derita semasa hidup dan selepas mati. S. Al-Hasyr ayat 19.

33. Zikir mudah dilakukan oleh sesiapa.

34. Zikir adalah teras, asal, jalan umum golongan sufi serta paksi wilayah. Sesiapa yang dibukakan pintu zikir nescaya telah dibukakan kepadanya pintu masuk menuju Allah az.

35. Zikir adalah pokok yang membuahkan ma'rifah serta ahwal yang menggerakkan seseorang salik untuk menuju ma'rifah.

36. Orang yang mengingati dekat dengan yang diingati dan yang diingati tetap bersamanya. S. An-Nahl ayat 128. S. Al-Anfaal ayat 66. Surah Al-Ankabutt ayat 69. Surah At-Taubah ayat 40.

37. Mahluk yang paling mulia disisi Allah dikalangan orang2 yang bertakwa ialah mereka yang lidahnya sentiasa basah mengingati Allah. Taqwa melayakkan dia memasuki syurga dan selamat dari neraka. Sementara zikir pula melayakkan nya qurbah dengan Allah az and inilah dia kedudukan yang terpuji.

38. Hati mempunyai sifat keras yang tidak mampu dihilangkan kecuali dengan zikir.

39. Zikir adalah penawar hati. Lalai adalah penyakit. Penawar pada hati yang sakit adalah zikir.

40. Berzikir merupakan asal dan juga pokok perlindungan dengan Allah az.

41. Sesunggohnya orang yang sentiasa berzikir akan memasuki syurga sambil ketawa riang - dari Abu Ad-Darda'

42. Zikir adalah penghadang diantara hamba dan neraka.

43. Semua perlaksaan amalan disyariatkan bertujuan untuk mengingati Allah Ta'ala. Maksud dari amalan tersebut ialah menghasilkan zikir atau ingatan kepada Allah SWT.

Tokoh2 sufi sentiasa berzikir mengingati Allah Ta'alla dalam semua keadaan sehingga mereka memperoleh kelebihan yang begitu banyak.

Sunday, April 10, 2011

Bekal Menghadapi Kesusahan

Ustaz Mustafa Umar (Masjid Al-Hidayah) 5 Apr 2011

Surah Al-A'raf ayat 117

Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Campakkanlah tongkatmu!" Maka tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka).
[118]
Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batalah (sihir) yang mereka telah lakukan.


Kata kunci dalam ayat diatas ialah "Na = Kami" ia itu ALLAH perkataan keempat permulaa ayat.
Dan "haq = kebenaran" dalam ayat 118.

Mukjisat tongkat Nabi Musa yang menjadi ular yang mengikut ahli tahsir ular itu memenuhi ufuk menjadi bukti yang Allah nak tunjukkan kerasulan Nabi Musa dan kebesaranNYA. Sehingga tukang2 sihir yang diupah Firaun pun mengakui yang apa Nabi Musa ada bukanlah dari sihir dan mereka terus mengaku Tuhan Nabi Musa. Dan Allah adalah "kebenaran" yang sebenarnya. Dari cerita ini, apa yang kita patut tahu ialah apa pun kesusahan yang dihadapi, seperti yang dihadapi Nabi Musa, kita mesti berpaling pada kebenaran ia itu ALLAH, insyaallah itulah bekalan untuk menghadapi apa pun kesusahan. YAKIN adalah yang utama.
Ayat 117 ini adalah antara ayat2 ru'qiyah (peyembuh), boleh digunakan, dengan penuh YAKIN. Letak tangan kanan di mana yang sakit dan baca ayat ini. Waullahua'lam.