Ustaz Mustafa Umar (Masjid Kelana 5 Jan 2011)
Surah Al-An-am ayat 125 - Sesiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya DIA melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan sesiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah2 dia sedang mendaki kelangit. Begitulah Allah menimpakan seksa kepada orang2 yang tidak beriman.
Anak2 ibu, hari ini sekali lagi Ustaz Mustafa membuat ibu bermujahadah lama sekali - bagaimana kita sebagai hamba Allah boleh terkeluar dari landasan yang telah Allah tetapkan untuk kita sebagai seorang Islam. Yang utama, kita(manusia) dan jin dijadikan kebumi ini untuk beribadah pada Yang Maha Esa, tapi kita sibukkan diri dengan dunia dan banyak kali terlupa tujuan asal kita dijadikan. Memang betul kita tak boleh terus menerus duduk bersolat tanpa bekerja dan sepatutnya, tapi Allah telah tetapkan - bekerjalah dan buatlah apa saja (selagi bukan maksiat) disiang hari, tapi dimalam hari, peruntukkan untuk beribadah...ibadah dimalam hari akan menjadikan kita kebal dan kuat untuk bertahan dengan segala rintangan yang akan kita hadapi disiang hari. Ref: Surah Al-Bakarah ayat 189. - Akan ibu detailkan lagi dalam tajuk lain bab ini....balik semula ketajuk asal ...lapang dada.
Ayat diatas bukan untuk orang2 non Muslim saja, tapi lebih pada kita yang memang Islam tapi tak memahami kehendak Allah.
Masaalah paling besar dalam kehidupan manusia adalah mencari kebenaran. Kebenaran yang paling tinggi ialah mengenal Allah. Bila kita sebagai Islam, kita mengikuti kehendak Allah bukan kehendak hawa nafsu. viz-a-viz Surah Al-Bakarah ayat 189 itulah yang dikehendaki Allah.... Islam ialah menyerah diri in totally to Allah(total submission)!.
Allah melapangkan dada manusia dengan meletakkan hidayah (petunjuk) kedalam hati manusia. Dan hidayah bukan datang saja2 - hidayah mesti dicari! Cari macam mana, pergi kemajlis2 ilmu, berkawan dengan orang2 yang dekat dengan Allah, perbuatan maaruf(baik2). Nabi dalam satu hadith ulang 3X tentang ilmu - nak berjaya didunia mesti ada ilmu, nak berjaya diakhirat mesti ada ilmu, nak berjaya didunia dan diakhirat mesti ada ILMU...... to be continue......ibu kena kebook store beli buku Ayuni.....
Continue....
Didalam tafsir IBnu Katsir diriwayatkan bahawa para sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w bagaimana Allah melapangkan dada seseorang. Baginda bersabda: "Allah meletakkan cahaya (iman) kedalam hati hamba tersebut lalu dada itu pun menjadi lapang dan luas. Kemudian para sahabat bertanya pula "Apakah dada yang lapanag boleh diketahui?" Rasulullah menjawab "Ya, tanda2 adalah sentiasa suka berbekal untuk kampung yang kekal (Akhirat) menjauh dari kampung yang penuh dengan tipu daya (dunia) dan bersedia untuk kematian sebelum ajal datang menjelang".
Kata Ustaz Kamal Ashaari dalam ceramahnya tentang kematian - kita tidak akan bertempek (sorak gembira) bila datang tahun baru(new year) jika tahu yang tahun baru itu bermakna semakin pendeknya usia kita dan mati akan datang bila2 masa.
Cahaya iman saja yang akan membuat kita lapang dada atas segala ujian, sakit, rintangan yang kita tempuh didunia sementara ini. Dan ibu tekan lagi disini, iman bukan datang bergolek dari langit dari Allah untuk kita, tapi kita yang mesti cari, dengan ilmu, amal, dan cinta pada Allah Yang Maha Esa. Waullahualam.
Tuesday, January 4, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)