Semoga Allah memberkati Ustaz2 yang mana ilmu ibu dapati. Amin

Ustaz2 yang dihormati dan dikasihi:- 1. Ust. Mustafa Umar (kelas Harfiah, buku 30 Perkara Penting Dalam Hidup, Sunatullah dan banyak tajuk2 pilihan yang banyak mengentuh hati) 2. Ust. Lokeman Hazli (buku Permata Pemberian yang Indah dan Menjaga Segala Hati yang Lalai, Munyatul Musolli, dan yang memberi ibu petunjuk jalan yang patut diambil untuk selamat) 2011-Hidayatus Salikin (Petunjuk Jalan Bagi Orang Yang Takut Kepada Allah Taala), 3. Ust. Nik Bakri (buku Haqiqat Tasawuf dan Wasiat Agama & Wasiat Iman) dan yang mengijazahkan Wirdun Latiff) 4. Ust. Halim Din (Buku Hadith 40) 5. Ust.Roslan Mohamad (tajuk2 pilihan & hadith) 6. Ust.Shahril Long (ayat2 pilihan dari Al-Quran dan guru yang paling ibu tabik) 7. Ust. Firdaus Sulaiman (Harfiah and ayat2 pilihan) 8. Ust.Kamal Shaari (Buku Rahasia Kematian, Alam Akhirat & Kiamat) 9. Ust.Zulkifli Ahmad (Buku Tanbihul Ghafilin-Peringatan Bagi yang Lupa) 10. Ust.Awang Mamat (2011-Buku Minhajul Abidin (Jalan Para Abid)) 11. Ustazah Kamariah yang membimbing tajwid Al-Quran & Ustaz Shukri Hj Ali yang membimbing taranum dan banyak ustaz2 dan ustazah2 yang lain. Allah rahmatilah kesemua mereka ini.

Friday, March 25, 2011

3 Tsunami

Ustaz Azhar Yakob Dewan Masjid Darul Ehsan 25 March 2011

Pagi Jumaat biasa ibu kesekolah ayuni mengajar membaca dan untuk menafaatkan masa ibu kekelas ilmu. Harapan untuk bertemu Ustazah Norfaizah yang pada pandangan ibu adalah wanita yang memang Allah beri NUR dalam seluroh anggota. Tapi hampa, yang datang ialah suami ustazah sebab ustazah diserang migraine. Tapi dalam menuntut ilmu, ustaz2 ibu yang lain selalu berpesan, tuntut ilmu kerana ALLAH, jadi tak kira siapa yang datang mengajar, duduklah dan dengar hingga habis. Dan memang benarlah, tidak sia2 apa yang ibu dengar pagi ini dan harap menjadi habuan otak tiap2 hari supaya jangan buat dosa supaya bila pulang kekampong akhirat kita tak berjumpa tsunami2 berikut -

Tsunami Pertama
Baru2 ini kita dikejutkan dengan tsunami yang amat dahsyat diJepun. Kekuatan air yang melambong hingga 10 metre (3 tingkat bangunan) menyimbah sebahagian Jepun amat menyentuh hati sesiapa pun yang melihat gambar2. Beribu2 yang hilang nyawa, habis ranap apa yang pernah ada. Jepun yang begitu maju menjadi 5 tahun mundur disebabkan tsunami ini. Yang scientist kaji hanya 1 pasak (paksi) bumi yang bergoncang, hanya 1, hanya 1 oleh tsunami kali ini.

Tsunami Kedua
Surah Az-Zalzalah ayat 1-3
[1]
Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
[2]
Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
[3]
Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?"

Surah Az-Zalzalah ialah surah yang menceritakan hari kiamat!
Ustaz Azhar kata malaikat diperintah oleh Allah supaya menggoncang dengan sekuat2 dunia ini, bermakna semua pasak2 bumi bergoncang, bukan 1 sahja, sehingga semua isi bumi, air, galian, minyak etc akan terkeluar. Di Jepun cuma air sahja. Dan pada ketika itu semua manusia akan nafsi nafsi, terlalu sibuk menyelamatkan diri masing2.Inilah tsunami didunia

Tsunami Ketiga
Surah Ad-Dukhaan ayat 43-51
[43]
(Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum, -
[44]
(Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam neraka).
[45]
(Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut, -
[46]
Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya.
[47]
(Lalu diperintahkan kepada malaikat penjaga neraka): "Renggutlah orang yang berdosa itu dan seretlah dia ke tengah-tengah neraka.
[48]
"Kemudian curahkanlah di atas kepalanya - azab seksa - dari air panas yang menggelegak".
[49]
(Serta dikatakan kepadanya secara mengejek): "Rasalah azab seksa, sebenarnya engkau adalah orang yang berpengaruh dan terhormat (dalam kalangan masyarakatmu)"
[50]
(Kemudian dikatakan kepada ahli neraka umumnya): "Sesungguhnya inilah dia (azab seksa) yang kamu dahulu ragu-ragu terhadapnya!"
[51]
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal yang aman sentosa.

Tsunami yang ketiga berlaku dineraka. Kata Ustaz, ciri2 orang assim (orang islam yang berdosa) dalam satu riwayat badannya, bahu kanan ke bahu kiri besarnya memakan masa jalan laju 3 hari, kerusi duduknya ialah dari Mekah ke Madinah, dan gusinya ialah sebesar Bukit Uhud. Bila orang2 assim ini menelan buah zaqqum, buah ini bila ditelan dari mulut ketekak tidak menjadi apa, hingga diperut, ia akan mengelegak, dan mendidih didalam perut. Oleh kerana terlalu panas membakarnya keadaan neraka, orang ini akan meminta malaikat supaya bawa keserambi neraka, tapi Allah akan perintahkan malaikat supaya meragut tak kira dari kepala atau kaki atau tangan dan membawa nya ke sumbu neraka iaitu tengah2 neraka yang paling panas. Dan bila orang ini meminta air kerana terlalu panas, malaikat akan mencurah air yang mendidih diatas kepala sambil diejek oleh malaikat kerana membuat dosa didunia. Maka, jangan fikir dosa yang dilakukan didunia tidak dibalas Allah, kita akan terlepas. Lebih teruk jika Allah balas dineraka, dahlah sakit physical, Allah torture lagi dengan sindiran dan ejekan yang amat menyakitkan hati. Itulah tsunami yang paling dahysat.

Bila dibandingkan antara tsunami diJepun atau pun Aceh, tak sebesar mana dengan tsunami kedua (kiamat) dan kiamat tak sebesar mana dengan tsunami dineraka. Sangatlah menakutkan - kata Ustaz Lokeman, untuk jalan menuju Ilahi dan dapat keshurga, doa dan takut sahja tidak akan dapat menolong kita. Kita mesti bermujahadah melawan nafsu, sentiasa berzikir, muraqabah, muhasabah serta berkhalwat (suluk). Insyaallah ibu akan write on this sikit masa lagi.

N3 April 11, 2011 - Ibu telah pun menulis tentang mujahadah, zikir, uzlah etc - refer to topic2 under Jenjang Ma'rifah, semua itu adalah jalan2 menuju Allah.

Thursday, March 3, 2011

Ringan dimulut, disukai Allah dan berat timbangannya

4 March 2011

Pagi ini seperti biasa setiap pagi Jumaat, ibu disekolah Ayuni untuk mengajar 7 murid Tahun 1 yang tak lancar membaca dan diantara 2 sessi ibu ada 45 min break dan selalunya ibu kemasjid Darul Ehsan, Subang mendengar ceramah.

Pagi ini, Ustaz Syed Norhisyam membaca buku 300 hadiths karangan Ustaz Zahazan.

Hadith ketiga dari buku ini, iaitu kewajipan sampaikanlah ilmu. "Sampaikan lah walaupun satu ayat" kata Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam.


Hadith terakhir dari buku ini yang diriwayatkan Bukhari & Muslim - Dua kalimah yang ringan dimulut, yang disukai Allah dan berat timbangannya ia lah
'SUBHANAULLAHi WABIHAMDIH'
'SUBHANAULLAHIL AZIM'

عن ابي هريرة رضي الله عنه قال النبي صلي الله عليه وسلم كلمتان حبيبتان الي الرحمن خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم

Anak2 ibu tolong istiqomah dlm setiap amalan

Wednesday, March 2, 2011

Mengikuti Rasulullah dalam ibadah

Ustaz Mustafa Umar (Masjid Al-Hidayah) 1 Mach 2011

Surah Al-A'raf ayat 158
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk".

Ibadah yang dilakukan didunia mesti tepat dan benar supaya tidak menjadi sia2 ia itu diterima Allah. Ibadah bagaimana yang diterima Allah? Jawapan: Ibadah yang dahulu pernah dilakukan Rasul shallallahu alaihi wa sallam - in mutlak! contoh, sholat kita mesti seperti yang dilakukan oleh Rasul shallallahu alaihi wa sallam, ibadah haji .

Dalam ayat diatas a 3 tingkatan yang Allah berfirman -
1. Pemberitahuan Nabi Muhamad adalah Rasulullah
2. Pengenalan sifat2 Rasul - berbeza antara Rasul dan manusia biasa
3. Perintah mengikuti Rasul.

Ayat ini dimulakan dengan "Kul" - penekanan perkara penting yang Allah hendak sampaikan. Ibnu Khatsir - tempoh jalan yang ditempoh oleh Rasulllah ia itu agama Islam. Ikuti jejak2 yang ditinggalkan oleh Rasulullah.

Apa yang disampaikan oleh Rasul shallallahu alaihi wa sallam adalah wahyu (petunjuk) dari Allah i.e. mesti belajar al-Quran dan Hadith.

Ibadah yang paling tinggi nilai nya ialah ibu2 yang mendidik anak2 dalam acuan dan bentuk islam. Apa2 yang kita lakukan mengikuti Rasulullah untuk mendapat petunjuk adalah nilai ibadah. Allah yang memiliki langit dan bumi (yang berkuasa). LIhat siapa yang mengutuskan Rasulullah - yang mengutuskan adalah yang Maha Berkuasa dari itu jangan ambil remeh! Hakikat kebenaran ialah kalimah tahlil - tiada Tuhan yang disembah melainkan DIA, yang menghidupkan dan yang mematikan. Ibadah hanya pada Engkau, Allah.
Ikuti apa yang Allah sampaikan (AL-Quran) dan ikuti apa yang Rasulullah sampaikan (Sunnah). Rasul yang menerima wahyu adalah yang maksom (tiada dosa) yang patut diikuti. Nabi yang buta huruf, bila beri petunjuk bukan dibuat2 Nabi sendiri tapi datang dari Allah. Rasulullah sendiri beriman pada firman2 Allah dan selepas itu menyuroh kita mengikuti. Tidak ada alasan tidak mengikuti Rasul. Hanya yang sombong akan rugi dan akan sesat tak sampai ketujuan.

Surah Al-Barakah ayat 285
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".