Semoga Allah memberkati Ustaz2 yang mana ilmu ibu dapati. Amin

Ustaz2 yang dihormati dan dikasihi:- 1. Ust. Mustafa Umar (kelas Harfiah, buku 30 Perkara Penting Dalam Hidup, Sunatullah dan banyak tajuk2 pilihan yang banyak mengentuh hati) 2. Ust. Lokeman Hazli (buku Permata Pemberian yang Indah dan Menjaga Segala Hati yang Lalai, Munyatul Musolli, dan yang memberi ibu petunjuk jalan yang patut diambil untuk selamat) 2011-Hidayatus Salikin (Petunjuk Jalan Bagi Orang Yang Takut Kepada Allah Taala), 3. Ust. Nik Bakri (buku Haqiqat Tasawuf dan Wasiat Agama & Wasiat Iman) dan yang mengijazahkan Wirdun Latiff) 4. Ust. Halim Din (Buku Hadith 40) 5. Ust.Roslan Mohamad (tajuk2 pilihan & hadith) 6. Ust.Shahril Long (ayat2 pilihan dari Al-Quran dan guru yang paling ibu tabik) 7. Ust. Firdaus Sulaiman (Harfiah and ayat2 pilihan) 8. Ust.Kamal Shaari (Buku Rahasia Kematian, Alam Akhirat & Kiamat) 9. Ust.Zulkifli Ahmad (Buku Tanbihul Ghafilin-Peringatan Bagi yang Lupa) 10. Ust.Awang Mamat (2011-Buku Minhajul Abidin (Jalan Para Abid)) 11. Ustazah Kamariah yang membimbing tajwid Al-Quran & Ustaz Shukri Hj Ali yang membimbing taranum dan banyak ustaz2 dan ustazah2 yang lain. Allah rahmatilah kesemua mereka ini.

Tuesday, July 6, 2010

Jenjang Ma'rifah - (3) Zikir

Ustaz Mustafa Umar (Masjid Al-Hidayah 6 July 2010)

Jenjang Ma'rifah - Tangga Mengenal Allah - Zikir
Zikir adalah anak tangga yang ke tiga, (1) Uzlah (2) Taubat (3) Zikir & (4) Khusyuk. Semua tajuk2 ini ada diblog ini.

Surah Ar-Ra'du ayat 28
("(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia)

Penyelesaian hidup adalah kebersamaan Allah melalui jenjang ma'rifah. Untuk jalan kembali menenmui Allah mesti dengan amalan iaitu zikir untuk ketenangan hati. Sebab Allah memiliki kesempurnaan manakala kita, manusia ciptaan Allah adalah yang tak sempurna, dengan kekurangan, tak mungkin tenang. Yang kurang mesti dengan yang sempurna supaya tercapai matlamat. Dari itu, mesti, jangan meninggalkan Allah. Dengan berzikir, kebersamaan dengan Allah akan mendatangkan ketenangan. Menempatkan sesuatu pada tempatnya dan mendatangkan manafaat pada manusia namanya Hikmah. Zikir yag dibuat dengan hati yang beriman pada Allah dan mengharapkan redhoNya akan mendatangkan hikmah. Dalam berzikir, mesti mendatangkan sangkaan baik pada Allah kerana mesti ada hikmah disebaliknya. Ingat bila berzikir tujukan segala2nya pada Allah yang menentukan yang baik atau sebaliknya kerana Allah yang Maha Berkuasa Dia yang mengetahui segala2 untuk kita. Jangan terperangkap dengan berzikir kerana hendak sembuh dari penyakit, misalnya, dan bila tak sembuh kita kecewa dengan Allah. Kita boleh berzikir dan berharap tapi sembuh atau tidak adalah kehendak Allah. Zikirlah dengan khusyuk.

No comments:

Post a Comment