Semoga Allah memberkati Ustaz2 yang mana ilmu ibu dapati. Amin

Ustaz2 yang dihormati dan dikasihi:- 1. Ust. Mustafa Umar (kelas Harfiah, buku 30 Perkara Penting Dalam Hidup, Sunatullah dan banyak tajuk2 pilihan yang banyak mengentuh hati) 2. Ust. Lokeman Hazli (buku Permata Pemberian yang Indah dan Menjaga Segala Hati yang Lalai, Munyatul Musolli, dan yang memberi ibu petunjuk jalan yang patut diambil untuk selamat) 2011-Hidayatus Salikin (Petunjuk Jalan Bagi Orang Yang Takut Kepada Allah Taala), 3. Ust. Nik Bakri (buku Haqiqat Tasawuf dan Wasiat Agama & Wasiat Iman) dan yang mengijazahkan Wirdun Latiff) 4. Ust. Halim Din (Buku Hadith 40) 5. Ust.Roslan Mohamad (tajuk2 pilihan & hadith) 6. Ust.Shahril Long (ayat2 pilihan dari Al-Quran dan guru yang paling ibu tabik) 7. Ust. Firdaus Sulaiman (Harfiah and ayat2 pilihan) 8. Ust.Kamal Shaari (Buku Rahasia Kematian, Alam Akhirat & Kiamat) 9. Ust.Zulkifli Ahmad (Buku Tanbihul Ghafilin-Peringatan Bagi yang Lupa) 10. Ust.Awang Mamat (2011-Buku Minhajul Abidin (Jalan Para Abid)) 11. Ustazah Kamariah yang membimbing tajwid Al-Quran & Ustaz Shukri Hj Ali yang membimbing taranum dan banyak ustaz2 dan ustazah2 yang lain. Allah rahmatilah kesemua mereka ini.

Wednesday, June 22, 2011

Wasiat

Ustaz Firdaus

(continue dari Amalan Terbaik)
Pertanyaan Abu Zar pada Rasul dengan isi kandongan mussaf Nabi Musa -

1. Aku hairan pada orang yang akan mati tapi masih berseronok.
2. Aku hairan pada orang yang percaya takdir Allah tapi masih percaya dengan ramalan
3. Aku hairan dengan orang yang peruntukkan hidup untuk dunia sahaja
4. Orang yang percaya dengan hisab and perhitungan Allah tapi masih leka tidak beramal.

Tanya Abu Zar, ada tak dalam kitab Nabi Ibrahim dan Musa juga ada pada kitab Rasul (Quran). Rasul jawab "ada". Surah A'laa....Beruntung orang yang mensucikan diri, siapa yang ingat nama Tuhannya, orang yang solat ialah orang yang berjaya. Abu Zar minta nasihat dari Rasul dan berikut adalah wasiatnya -

1. Aku wasiatkan supaya menjaga ketakwaan pada Allah sesunggohnya ia adalah "kepala" segala urusan
2. Tilawah AlQuran
3. Berzikir - nama kamu akan disebut dilangit (oleh para malaikat) dan bercahaya dibumi
4. Hati2 dengan banyak ketawa kerana ia boleh mematikan hati dengan hilangkan cahaya dimuka.
5. Jihad dengan bersunggoh2
6. Hendaklah engkau banyak diam kecuali dlm kebajikan. Banyak diam menolak syaitan. Banyak diam membantu urusan agama.
7. Lihat orang yang dibawah jangan lihat orang diatas dengan itu engkau selamat dari memperkecilkan nikmat Allah
8. Sayangi orang2 miskin dan berkawan dengan mereka.
9. Hubungkan silatulrahim dengan kerabat walaupun mereka yang putuskan
10. Katakan yang benar walaupun pahit
11. Jangan takut celaan orang yang suka mencela kalau kamu dijalan Allah
12. Jangan sibuk dengan keburukan orang sehingga lupa dengan keburukan diri sendiri. Atau sibuk dengan kebaikan diri sendiri dan lupa kebaikan orang lain-
- tidak dikira orang berakal orang yang tidak merancang hidupnya
- tidak dikira orang warak kecuali menahan nafsu
- tidak dikira orang tinggi kedudukan melainkan yang baik ahlaknya.