Semoga Allah memberkati Ustaz2 yang mana ilmu ibu dapati. Amin

Ustaz2 yang dihormati dan dikasihi:- 1. Ust. Mustafa Umar (kelas Harfiah, buku 30 Perkara Penting Dalam Hidup, Sunatullah dan banyak tajuk2 pilihan yang banyak mengentuh hati) 2. Ust. Lokeman Hazli (buku Permata Pemberian yang Indah dan Menjaga Segala Hati yang Lalai, Munyatul Musolli, dan yang memberi ibu petunjuk jalan yang patut diambil untuk selamat) 2011-Hidayatus Salikin (Petunjuk Jalan Bagi Orang Yang Takut Kepada Allah Taala), 3. Ust. Nik Bakri (buku Haqiqat Tasawuf dan Wasiat Agama & Wasiat Iman) dan yang mengijazahkan Wirdun Latiff) 4. Ust. Halim Din (Buku Hadith 40) 5. Ust.Roslan Mohamad (tajuk2 pilihan & hadith) 6. Ust.Shahril Long (ayat2 pilihan dari Al-Quran dan guru yang paling ibu tabik) 7. Ust. Firdaus Sulaiman (Harfiah and ayat2 pilihan) 8. Ust.Kamal Shaari (Buku Rahasia Kematian, Alam Akhirat & Kiamat) 9. Ust.Zulkifli Ahmad (Buku Tanbihul Ghafilin-Peringatan Bagi yang Lupa) 10. Ust.Awang Mamat (2011-Buku Minhajul Abidin (Jalan Para Abid)) 11. Ustazah Kamariah yang membimbing tajwid Al-Quran & Ustaz Shukri Hj Ali yang membimbing taranum dan banyak ustaz2 dan ustazah2 yang lain. Allah rahmatilah kesemua mereka ini.

Sunday, July 4, 2010

Ingat Mati

Ustaz Kamal Shaari (Masjid Al-Hidayah 1 July 2010)

Kali ini ibu amat tersentuh dengan ceramah ustaz sebab mengingatkan ibu betapa ibu lalai dalam banyak hal mengenai mati terutama bab solat. Pengalaman ustaz bersama dengan Allahyarham Ustaz Ishak Bahrom, bekas mufti negeri Selangor membawa banyak pelajaran. Ust Kamal kata semasa dia menjadi imam dimasjid negeri selangor setiap solat jemaah pasti Allahyarham akan berada ditempat yang sama kurang2 15 mins sebelum masuk waktu solat, beliau berzikir atau membaca alQuran. Betapa Allahyarham memuliakan Allah dan perintah2Nya. Dan kematian Allahyarham, bagaimana Allah memuliakan hambanya yang memuliakanNya - beliau menerima macam2 tohmahan, dilucutkan dari jawatan dan lain2 tapi beliau dimakamkan dimakam diraja. Allah tunjukkan pada kita, orang yang tawaduk akan Allah pelihara. Bottomlinenya, solat kita mesti kita pelihara dengan bersedia sebelum masuk waktu. Jika kita masih pentingkan soal dunia dahulu hingga lewat solat adakah bila kita mengangkat takbir dengan ucapan Allahu Akbar (Allah Maha Besar) kita benar2 membesarkan Allah? Atau kita main2 aje? Sunggoh2 kah kita dengan mengucapkan Allah Maha Besar?.....sepatah ustaz yang lain, ibu lupa nama ustaz tu...awak ingat Allah tu bapak saudara awak ke? Kasar bunyinya tapi itu hakikatnya....ibu yang lalai dan lupa diri. Anak2 ibu, ingat pesanan ini, pelihara dan jaga solat

Dari buku Rahasia Kematian, Alam Akhirat & Kiamat (mukasurat 8)

Sabda Rasul s.a.w - Orang yang megingati mati itu BIJAK sebab -
1. dia tahu matlamat
2. buat persiapan
3. menjadi amalan lebih bertanggong jawab. Dalam solat, Imam Al-Shafiee sebut "sengaja aku..." kerana beliau ada hujjah. Perbuatan itu dengan kesedaran akal fikiran dan perbuatan dan bukan tak sengaja.
4. cepat bertaubat pada Allah. Imam Yusuf Qardawi kata rasa umurnya panjang, itu orang yang tak bertaubat.
5. selalu muhasabah diri dan correct diri dan beramal dengan bersunggoh2. Check jika khusyuk solat hanya bila ada kepentingan didalamnya e.g. solat hajat. Solat2 wajib yang lain macammana kita?
6. Anas bin Malik kata - ingat mati supaya sikap zuhud. Ucapan sayang pada Allah mesti dibuktikan dengan perbuatan.
7. Ingat mati 20 kali sehari semalam akan dikumpulkan bersama2 para shuhada'.

Untuk khusyuk mesti rasakan diri kita hamba pada Allah.

No comments:

Post a Comment