Semoga Allah memberkati Ustaz2 yang mana ilmu ibu dapati. Amin

Ustaz2 yang dihormati dan dikasihi:- 1. Ust. Mustafa Umar (kelas Harfiah, buku 30 Perkara Penting Dalam Hidup, Sunatullah dan banyak tajuk2 pilihan yang banyak mengentuh hati) 2. Ust. Lokeman Hazli (buku Permata Pemberian yang Indah dan Menjaga Segala Hati yang Lalai, Munyatul Musolli, dan yang memberi ibu petunjuk jalan yang patut diambil untuk selamat) 2011-Hidayatus Salikin (Petunjuk Jalan Bagi Orang Yang Takut Kepada Allah Taala), 3. Ust. Nik Bakri (buku Haqiqat Tasawuf dan Wasiat Agama & Wasiat Iman) dan yang mengijazahkan Wirdun Latiff) 4. Ust. Halim Din (Buku Hadith 40) 5. Ust.Roslan Mohamad (tajuk2 pilihan & hadith) 6. Ust.Shahril Long (ayat2 pilihan dari Al-Quran dan guru yang paling ibu tabik) 7. Ust. Firdaus Sulaiman (Harfiah and ayat2 pilihan) 8. Ust.Kamal Shaari (Buku Rahasia Kematian, Alam Akhirat & Kiamat) 9. Ust.Zulkifli Ahmad (Buku Tanbihul Ghafilin-Peringatan Bagi yang Lupa) 10. Ust.Awang Mamat (2011-Buku Minhajul Abidin (Jalan Para Abid)) 11. Ustazah Kamariah yang membimbing tajwid Al-Quran & Ustaz Shukri Hj Ali yang membimbing taranum dan banyak ustaz2 dan ustazah2 yang lain. Allah rahmatilah kesemua mereka ini.

Wednesday, June 2, 2010

Bekalan untuk Pulang

Ustaz Roslan Che Ros (Majlis Agama Pulau Pinang) Masjid Al-Ehsan 18 April 2003

Tiga golongan yang kumpulkan bekalan untuk pulang ke Akhirat.

1. Yang gunakan setiap masa dalam kehidupan untuk beramal soleh - ikhlas dan jangan bercanggah dengan shariat Allah.

2. Bekalan yang sedikit kerana leka dengan dunia - kumpulan yang rugi

3. Tak sempat ambil bekalan sehingga nyawa dihalkum - nauuzubillah

Untuk jadi orang yang baik, Allah akan bagi kefahaman untuk mengenal ilmu Allah.

Dalam soal ilmu Rasul berpesan supaya mencari ilmu dari buaian.

Dua nikmat yang dilupa - 1. Nikmat sihat dan 2. Nikmat masa lapang

No comments:

Post a Comment