Semoga Allah memberkati Ustaz2 yang mana ilmu ibu dapati. Amin

Ustaz2 yang dihormati dan dikasihi:- 1. Ust. Mustafa Umar (kelas Harfiah, buku 30 Perkara Penting Dalam Hidup, Sunatullah dan banyak tajuk2 pilihan yang banyak mengentuh hati) 2. Ust. Lokeman Hazli (buku Permata Pemberian yang Indah dan Menjaga Segala Hati yang Lalai, Munyatul Musolli, dan yang memberi ibu petunjuk jalan yang patut diambil untuk selamat) 2011-Hidayatus Salikin (Petunjuk Jalan Bagi Orang Yang Takut Kepada Allah Taala), 3. Ust. Nik Bakri (buku Haqiqat Tasawuf dan Wasiat Agama & Wasiat Iman) dan yang mengijazahkan Wirdun Latiff) 4. Ust. Halim Din (Buku Hadith 40) 5. Ust.Roslan Mohamad (tajuk2 pilihan & hadith) 6. Ust.Shahril Long (ayat2 pilihan dari Al-Quran dan guru yang paling ibu tabik) 7. Ust. Firdaus Sulaiman (Harfiah and ayat2 pilihan) 8. Ust.Kamal Shaari (Buku Rahasia Kematian, Alam Akhirat & Kiamat) 9. Ust.Zulkifli Ahmad (Buku Tanbihul Ghafilin-Peringatan Bagi yang Lupa) 10. Ust.Awang Mamat (2011-Buku Minhajul Abidin (Jalan Para Abid)) 11. Ustazah Kamariah yang membimbing tajwid Al-Quran & Ustaz Shukri Hj Ali yang membimbing taranum dan banyak ustaz2 dan ustazah2 yang lain. Allah rahmatilah kesemua mereka ini.

Wednesday, May 8, 2013

Memahami Makna CAHAYA (Nur)

Ustaz Mustafa Umar Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya 3 May 2013 Anak2 ibu, ini post pertama ibu untuk tahun 2013 ini. Diharap anak2 ibu menggarab buku2 tek ibu gunakan untuk pengajian selama ini. Cuma activity ibu ke kelas2 telah ibu kurangkan untuk tumpuan pada practical apa yang ibu dapati dari kelas2 yang telah ibu ikuti. Ilmu segunung mana pun jika tidak diamalkan tak ada makna nya. Ingat anak2 ibu walau sedikit mana pun ilmu yang ada, mesti dipractikkan supaya ia menjadi amalan. Semoga Allah terima amalan2 yang dikerjakan selama ini. Amiin Surah Al-Taghabun ayat 8. "Oleh itu, hendaklah kamu beriman kepada Allah dan kepada RasulNYA serta kepada CAHAYA (al-Quran) yang Kami turunkan. Ingatlah Allah Maha Mendalam PengetahuanNYA akan segala yang kamu kerjakan." Dalam Al-Quran kata "nur" di gunakan pada Allah, pada Nabi Muhamad s.a.w., pada ilmu, pada agama Islam, dll. Doa Nabi Muhamad s.a.w dalam solat fajarnya - Rasul meminta cahaya di mata (penglihatan), ditelinga (pendengaran) dan di hati, nur disebelah kiri, kanan, atas, bawah, hadapan dan belakang dan minta diberikan pada Ku cahaya dan besarkanlah (azim) cahaya untukKu. Nabi baca doa ini didalam solat, dalam sujud, melangkah ketempat solat. Mengapa Allah memilih "cahaya" dlm ayat ini dan bukan perkataan kitab? Apa makna 'cahaya'? Answer- yang menampakkan sesuatu yang tak nampak sebelum ini. Al-Quran yang diturunkan menampakkan kebenaran -ia itu kebesaran Allah s.w.t. Tanpa Al-Quran kita tidak akan sampai ke tujuan ia itu shurga. Perjalanan hidup kita perlu cahaya untuk sampai tujuan. Allah gunakan 'nur' untuk menjelaskan Al-Quran sebagai 'nur' datang dari Allah yang pemilik cahaya, melalui Rasul yang juga dipanggil cahaya melalui malaikat Jibrail yang dibuat dari cahaya untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya Surah Al-An'am ayat 122 "Adakah orang yang mati hatinya dgn kufur kemudian Kami menghidupkan semua dengan hidayah lalu Kami jadikan baginya CAHaYA IMAN yang menerangi (sehingga dapat membezakan antara yang benar dgn yang salah) dia berjalan dengan suluhan cahaya itu dlm masyarakat manusia sama seperti yang tinggal tetap didalam gelap gelita (kufur) yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah Kami jadikan orang yang kafir itu memandang baik apa yang mereka kerjakan." Surah Al-Maidah ayat 15 "Wahai Ahli kitab. Sesunggohnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad) dgn menjelaskan kepada kamu banyak hal daripada isi isi kandungan kitab suci yang telah kamu sembunyikan dan dia memaafkan kamu banyak perkara. Sesunggohnya telah telah datang kepada kamu CAHAYA KEBENARAN (MUHAMMAD) daripada ALLAH dan sebuah kitab (AL-Quran) yang jelas" Ustaz kata berdoalah dengan doa yang Nabi buat diatas supaya kita mendapat nur, cahaya dari ALLAH.

Wednesday, March 7, 2012

Orang2 yang Beruntung

Ustaz Shahril Long Masjid Saudara Baru 28 Feb 2012

Surah An-Nur ayat 51
- Yang kembali kepada Al-Quran dan Sunnah adalah orang2 yang beruntung didunia dan akhirat (refer to previous note from Ust on makna beruntung)

5 perkara pokok untuk jadi orang2 yang beruntung -

1. Orang2 yang pegang pada akidah - Hadith Imam Muslim , Sesunggohnya sebenar2 perkataan adalah dari Quran.

Surah Al-Israa' ayat 85 - Ilmu kita terbatas
Surah Al-Khafi ayat 109 - Ilmu Allah
Surang An-Nisaa ayat 59
Surah Al-Gujerat ayat 19

2. Menjadikan manusia yag memberi manafaat pada orang lain.
Hadith - sebaik2 manusia yang memberi manafaat pada orang lain.
Surah Saba' ayat 15 - negeri yang makmur dengan pemimpin yang baik. Negara yang adil, amal maarul nahi mungkar.

3. Ibadah yang benar - iklas kerana Allah, orang yang muhlis, yang diberi taufik
Surah Ali Imran ayat 141/179
Surah An-Anfal ayat 45/46

4, Bijak jaga masa
Surah An Nisa' ayat 103.
Hadith no. 12 dari hadith 40 - Kesempurnaan orang2 Islam tinggalkan perkara2 yang tidak memberi manafaat

5. Memiliki ahlak yang mulia
Hadith - Sesungohnya aku (Rasul) diutuskan kedunia sebagai contoh.
Surah Al Qalam ayat 4.

(4) Berbaik Sangka Kepada Allah - 4 Perkara Menghadai Masaalah

Ust Mustafa Umar Masjid Darul Ehsan 4 Mar 2012

In this series 4 topics -

1. Menghadap kepada Allah
2. Berserah diri
3. Menyamakan kehendak kita dengan kehendak Allah - ridho
4. Berbaik Sangka pada Allah.

THis topic - refer Surah Ali-Imran ayat 154

Kurang iman, akan bersangka buruk kepada Allah. Ayat ini turun setelah perang Uhud. 2 golongan terbentuk - yang kuat iman, tenang dan yang ragu2 dan tekanan takut kalah, takut mati. Dalam perang ini, rama mati sebab tidak ikut arahan Rasul supaya jangan turun dari bukit. Allah beri kantuk (rasa mengantuk untuk tidur) pada golongan yang kuat iman selepas perang dan takut supaya lepas tidor, mereka rehat dan lebih tenang. Satu lagi golongan, berduka cita dan nafsu and bersangka buruk pada Allah. Golongan ini ragu2 pada Allah kerana kalah dalam perang ini. Yang boleh menyelesaikan masaalah ialah yang bersangka baik pada Allah. Yakin 100% pada Allah dan Rasul. Firman Allah sounds like this, Aku akan mengikut persangkaan yang ada pada hamba Ku terhadap Ku. Simple term, you sangka baik dgn Allah, Allah beri kebaikan, you sangka buruk dapat buruk. Semua yang berlaku didalam hidup adalah qada' dan qadar yang telah ditulis sebelum penciptaan manusia lagi. Allah yang berkehendak adalah Allah yang Maha Bijaksana. Mustahil Allah tetapkan sesuatu tidak baik. Tak ada ilmu, tak kenal Allah maka itu yang datang perangsakaan buruk terhadap Allah & Rasul. Dalam alQuran banyak sunatullah yang Allah khabarkan atas hukum sebab akibat dan semua ada kebaikan didalam nya. Allah berkehendak dengan kebijaksaaanNYA sama dengan hidup kita. Bersangka baik 100% sebab semua berlaku ada hikmah!
Note ibu : senang cakap susah melakukan, hanya iman dan takwa dapat melakukan ini....usaha dan usaha sampai MATI...

(4) Jenis Ibadah - Meninggikan Nilai Ibadah

Ust Mustafa Umar Masjid AlHidayah 5 Mar 2012

Dalam siri meninggikan nilai ibadah ustaz akan bawa 6 topic -

1. Keadaan dalam ibadah (khusyuk)
2. Cara ibadah (sendiri/jemaah)
3. Hamba yang beribadah (semakin berilmu/beriman)
4. Jenis ibadah
5. Masa
6. Tempat

On this topic -Refer Surah Ahzab ayat 35 - 10 Jenis Ibadah in order of priority 2. is better than 1, 3 is better than 2 and 1, dan seterusnya
Ayat ini turun setelah Ummu Salamah bertanya Rasul mengapa dalam Al-Quran banyak ayat2 yang sebut lelaki aje, ayat ini menjawab soalan Ummu Salamah.

1. Orang yang berserah diri, lelaki dan perempuan (l & p) menjalankan perintah Allah dan jauhi larangan Allah.

2. Orang2 yang beriman, lelaki dan perempuan

3. Orang2 yang bersunggoh2 dalam ibadah, l & p

4. Orang2 yang jujur, l & p

5. Orang2 yang sabar, l & p tetap dalam ketaatan

6. Orang2 yang khusyuk - tenang, fikiran dikawal dan hati dikawal, l & p

7. Orang2 yang bersedekah, l & p

8. Orang2 yang berpuasa, lelaki dan perempuan

9. Orang2 yang jaga kemaluan, kehormataan, l & p

10. Orang2 yang berzikir
(ibu masih pesan anak2 ibu on this one, please jangan lupa zikir - ini ibadah yang paling tinggi nilai disisi Allah, slowly dan surely, apa yang Ustaz Lokeman ajar dalam tasawuf, muncul satu, satu, nilai ibadah yang paling tinggi disisi Allah, I am seeing it every now and then dari ustaz2 lain, subhanallah, rahsia2 menuntut ilmu mula tersingkap...Allahu akbar!)

Hadith - amalan yang paling afdah, Rasul jawab -
1. beriman pada Allah dan Rasul
2. jihad dijalan Allah
3. haji yang mabrur

Sama question different person asking, Rasul jawab -
A. Ibadah yang berat bagi seseorang itu lakukan, itu nilai ibadah yang tinggi
B. Yang banyak manafaat bagi orang melakukan dan yang luas manafaat kepada orang2 lain example membina masjid
C. Ibadah yang dibuat dengan faham dan tahu rahsia2 ibadah itu lebih nilai (ilmu)

Beza answers sebab Rasul jawab according to situation person yang bertanya.

In sum ibadah mesti dengan
1. Akidah yang kuat
2. Penyucian jiwa (note ibu - this you get only thru tasawuf, tarikat is jalan pintas)
3. Ibadah yang tepat

(4) Mencari Peluang Bersama Malaikat

Ust Mustafa Umar Masjid Klana Putra 6 Mar 2012


Ini adalaah topic keempat antara 30 perkara penting dalam hidup (tahun 2). Ibu will try to update the rest as soon as my busy days are over.

Surah Ali-Imran ayat 39 (KIV- I will put in the ayat Quran later)

Ustaz Mustafa seperti biasa akan kaitkan ayat quran to explain the topic today. Kata Ustaz, JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH DENGAN IBADAH, ALLAH AKAN HANTAR MALAIKAT, insyaallah. Ini mustahak! Ibu teringat another quotation "ehfazillah, yahfazka" meaning Jaga Allah, Allah akan jaga kita. Malaikat dicipta sebagai surohan Allah. Malaikat membawa RAHMAT untuk orang2 beriman. Malaikat membawa azab pada orang2 kafir. Di topic ini, ustaz kata memang setiap orang ada dua malaikat yang mencatit setiap tingkah laku, cakapan, hatta yang terdetik didalam hati kita, namun malaikat yang ditopic ini adalah yang selain dari yang dua ini....

Rujuk pada ayat diatas, setelah diberitahu oleh Mariam kepada Nabi Zakaria bahawa buah2an yang didapati (out of season fruit summer fruits dapat dalam winter, vis-versa) adalah dari Allah. Nabi Zakaria terus kemihrab dan solat. Ketika itu malaikat datang memberitahu Allah akan beri anak bernama Nabi Yahya.

Surah Ali-Imran ayat 122-125 - Perang Badar Allah berfirman bersabar dan takwa, Allah akan beri pertolongan melalui malaikat, peluang bersama malaikat.

Surah Bakarah ayat 53 - Nabi Isa sentiasa bersama malaikat (ruhul kudus)

Surah Al-Qadr ayat 5 - Malam lailatulqadar, malam yang istimewa. Turun malaikat berbondong-bondong (ramai dan bersesak2), dipimpin malaikat Jibrail dengan izin Allah untuk meraikan malam lailatulqadar.

Masa2 peluang bersama malaikat

1. Hadith dari Imam Malik, kitab Al Muafak. Solat jemaah, imam selesai baca fathiah, jemaah sambu dengan Amiin, malaikat membaca Amiin dilangit - jika sama Amiin malaikat dengan Amiin kita, semua dosa2 lalu diampunkan.

2. Hadith dari Imam Malik - Barangsiapa yang solat ditanah lapang dan tidak mencari2 masjid kerana takut waktu solat akan habis - ketika dia solat ditanah lapang itu, dikirinya, dikanannya malaikat berdiri, dan dibelakangnya malaikat setinggi bukit/gunong akan berdiri bersama yang solat.

3.Duduk berzikir ditempat solat selagi tidak batal. Malaikat akan berdoa untuk kita "Allah ampunkan dan rahmati dia"

4. Hadith Imam Bukhari - Untuk lelaki, pada hari Jumaat, malaikat tunggu dipintu masjid menulis siapa yang pertama masuk seperti orang yang sembelih unta, yang kedua, seperti yang sembelih lembu, ketiga seperti sembelih kambing, keempat seperti sembelih ayam, kelima seperti sembelih telur ayam, bila khatib naik mimbar, malaikat tutup buku catatan dan masuk kedalam masjid.

5. Dirumah yang ada patung berbentuk manusia atau binatang, jika bukan permainan kanak2, malaikat tak akan masuk rumah. walaupun patung yang tak sempurna e.g. kepala saja atau ikan.

6. Hadith Imam Muslim -DiArafah, malaikat hadir. Allah berbangga kepada malaikat dan Allah turun kelangit yang pertama

7. Malaikat bertukar shif diwaktu subuh dan asar dan melaporkan kepada Allah tentang kita.

8 Dari Ummu Salamah (isteri Rasul) di riwayatkan oleh Imam Bukhari - pergi ziarah orang mati, jangan kata2 buruk tentang simati, malaikat meng'amiin'kan kata2 buruk

9. Hadith Imam Daud - pergi menuntut ilmu, Allah akan hamparkan jalan menuju keshurga. Malaikat akan hamparkan sayap untuk majlis2 ilmu.

10. Hadith dari Ana - Cari orang2 berpuasa dan orang baik2 beri makan berbuka puasa, malaikat mendoakan untuk si pemberi makan.

11. Dimajlis ilmu yang dibaca ayat2 Allah. Akan turun ketenangan, rahmat dan malaikat bersesak2, rapat2 bersama2 dengan orang2 yang dimajlis ilmu.

12. Hadith dari Ibnu Maja -Banyak berselawat keatas nabi Muhammad s.a.w, malaikat berdoa untuk kita.

Tuesday, November 29, 2011

Surah Al-Bakarah ayat 208

Ust Shahril Long Masjid Hidayah 28 Nov 2011

Surah Al-Bakarah ayat 208 -
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata."

Dalam kitab tahsir Prof Mahmood Yunus - Ikut semua syariat (segala yang turun dari Allah) Allah - jangan tinggalkan sebahagian.

Ustaz kemukakan 5 points yang terdapat kitab arab dalam tahsir ayat ini -

1. Hendaklah kita menerima dan mematuhi semua syariat selurohnya.
-economy islam - surah al-Hasyr ayat 7. POINT - Kekayaan negara hendaklah dinikmati rakyat bersama bukan berlegar dikroni2 saja.

Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).

Surah At-Tahrim ayat 6. - POINT - Perlihara diri dan ahli keluarga dari maksiat supaya tak masuk neraka.

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

Pendidikan Islam - Hadith - 1. Cinta pada Rasul. 2 Cinta pada keluarga & 3 Belajar Quran (bukan baca dan tajwid saja, faham dan amal)

Perundangan Islam - Surah Al-Jaashiyah at 18
Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).

Garis panduan pemerintahan Islam (Politic) - Surah al-Hajj ayat 41
POINT - Pemimpin mesti solat, zakat dan amal maaruf nahi mungkar
Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.

Surah Al-Bakarah ayat 85 - POINT ambil syariat as whole. contoh Bani israel yang ambil sebahagian syariat kitab taurat di masukan ke neraka dan dihina didunia.
Kemudian kamu ini (wahai Bani Israil), kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya; kamu pula saling bantu-membantu (dengan orang lain) untuk menentang mereka dengan melakukan dosa dan penganiayaan; padahal kalau mereka datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka; sedang perbuatan mengusir mereka diharamkan juga atas kamu. Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.

Surah Al-Anaam ayat 38 - POINT segala mahluk dibumi adalah milik ALLAH, akan dihisab

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).

2. Jangan ikut hawa nafsu. Hadith No. 41 dalam kitab Hadith 40.

3. Kita perlu menjaga kesatuan umat Islam, jangan berpecah belah - Tahsil Munir oleh Imam Wahbah Zuhli

Surah Ali-Imran ayat 103.
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

Surah An-Nisa ayat 59
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

4. Jalan ikut jejak langkah syaitan.
Surah Munafikuun ayat 10 - POINT - jangan kedekut untuk sedekah, sebab nanti diakhirat akan menyesal
Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ".

Surah al-Bakarah ayat 68 - POINT jangan cari alasan atas perintah Allah
Mereka berkata pula: "Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami bagaimana (sifat-sifat) lembu itu?" Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu; maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya".

5. Taufik (pertolongan) hanya dari Allah dan Allah janjikan pada orang2 mukhlis.

Saturday, November 26, 2011

Ilmu

Ustaz Shahril Long Masjid Saudara Baru 23 Nov 2011

Dari Saidina Ali - Barangsiapa yang nak berjaya didunia mesti memiliki ilmu pengetahuan, nak berjaya diakhirat mesti memiliki ilmu dan nak berjaya didunia dan diakhirat mesti ada ilmu.

Hadith dari Ibnu Maja dan juga dari Imam Tarmizi - pergi menuntut ilmu ganjaran pahala seperti berjihad.

Hadith - Barangsiapa yang Allah nak beri kebaikan akan diberi faham agama - Surah Al-Bakarah ayat 269 - Hikmah yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah pengetahuan yang mendalam dlam Al-Quran dan Hadith.
"Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya."

Penting memiliki ilmu agama

1. Untuk mengenali Allah - Surah Ali Imran ayat 18

"Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

2. Jadi hamba yang takut dan cinta hanya pada Allah

Surah Fathir ayat 28
"Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun."

Surah Taubah ayat 24
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

3. Dapat ketahui syariat Allah (apa2 yang turun dari Allah)
Surah Taubah ayat 125
"Adapun orang-orang yang ada penyakit (kufur) dalam hati mereka maka surah Al-Quran itu menambahkan kekotoran (kufur) kepada kekotoran (kufur) yang ada pada mereka; dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir."
Surah AlBakarah ayat 140
“Atau patutkah kamu mengatakan, bahawa Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub beserta anak-anaknya, mereka semua adalah orang-orang Yahudi atau Nasrani, (padahal ugama mereka telahpun ada sebelum adanya ugama Yahudi atau ugama Kristian itu)?” Katakanlah (wahai Muhammad): “Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah? Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?” Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan."

4. Perhatikan pilih kawan untuk cari ilmu
Surah Furqan ayat 28/29
“Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!
[29]
“Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku. Dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya)”.

5. Dengan ilmu dapat membesarkan akhirat

6. Dengan ilmu sanggup berkorban untuk jalan Allah
Surah Al-Kauthar
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).
[2]
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
[3]
Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).

7. Dengan ilmu mampu mentadbir dunia dengan sebaik baiknya.