Semoga Allah memberkati Ustaz2 yang mana ilmu ibu dapati. Amin

Ustaz2 yang dihormati dan dikasihi:- 1. Ust. Mustafa Umar (kelas Harfiah, buku 30 Perkara Penting Dalam Hidup, Sunatullah dan banyak tajuk2 pilihan yang banyak mengentuh hati) 2. Ust. Lokeman Hazli (buku Permata Pemberian yang Indah dan Menjaga Segala Hati yang Lalai, Munyatul Musolli, dan yang memberi ibu petunjuk jalan yang patut diambil untuk selamat) 2011-Hidayatus Salikin (Petunjuk Jalan Bagi Orang Yang Takut Kepada Allah Taala), 3. Ust. Nik Bakri (buku Haqiqat Tasawuf dan Wasiat Agama & Wasiat Iman) dan yang mengijazahkan Wirdun Latiff) 4. Ust. Halim Din (Buku Hadith 40) 5. Ust.Roslan Mohamad (tajuk2 pilihan & hadith) 6. Ust.Shahril Long (ayat2 pilihan dari Al-Quran dan guru yang paling ibu tabik) 7. Ust. Firdaus Sulaiman (Harfiah and ayat2 pilihan) 8. Ust.Kamal Shaari (Buku Rahasia Kematian, Alam Akhirat & Kiamat) 9. Ust.Zulkifli Ahmad (Buku Tanbihul Ghafilin-Peringatan Bagi yang Lupa) 10. Ust.Awang Mamat (2011-Buku Minhajul Abidin (Jalan Para Abid)) 11. Ustazah Kamariah yang membimbing tajwid Al-Quran & Ustaz Shukri Hj Ali yang membimbing taranum dan banyak ustaz2 dan ustazah2 yang lain. Allah rahmatilah kesemua mereka ini.

Thursday, November 11, 2010

Mati - tanda2 ada Rahmat dari Allah

Ust. Kamal Ashaari (Masjid Al-Hidayah) 4 Nov 10

Dari buku Rahasia Kematian - Imam Al-Qurthubi
Mukasurat 19.

"Perhatikan 3 hal pada orang yang AKAN meninggal dunia. Jika keningnya basah, sepasang matanya berpeluh dan hidungnya mengembang, maka itu adalah rahmat dari Allah yang turun kepadanya. Jika ia terpejam seperti anak perawan yang dicekik, kulitnya berwarna padam (hitam) dan sepasang sudut mulutnya berbuih, maka itu adalah azab dari Allah Ta'ala yang turun kepadanya."

Kata ustaz, jika kita berada disitu dan nampak tanda2 rahmat Allah, angkat tangan berdoalah supaya Allah matikan kita begitu. Jika nampak tanda2 azam, doa pada Allah minta diberi ampun pada yang sedang nazak itu.

"Jika keringat yang keluar dikening seorang mukmin saat akan meninggal dunia itu kerana ia sedang merasa malu kepada Tuhannya" - sebab Allah nampak shurga padanya sedangkan diri merasa tak layak.
Seperti dicekik -sebab Allah tunjukkan tempatnya dineraka
Kulit Hitam - disebabkan bahang dari api neraka
Air liur berbuih - tak boleh ditelan sebab terlalu takut.

Tanda2 bukan tiga2 sekali dapat dilihat - hanya 1 atau kadang2 2 - semua bergantung pada tingkat ketakwaan dan amal masing2.

Tanda2 nazak (paling lama hidup 1 minggu lagi)
1. anggota
a. hidung jatuh
b. kening jatuh
c. telinga jatuh (satu jari tak boleh muat dibelakang telinga)
d. kaki ketika baring akan mejunjur kedepan-jatuh

2. perangai
a. berubah terus dari yang biasa
b. sedang sakit, dia akan baik
c. najis - air kencing akan berbuih banyak & lama dan tahi hitam macam bayi baru lahir

3. Kulit - tak anjal, bila tekan dia akan termasuk.


Dari Ustaz lain - jika hendak dimatikan Allah pada hari Jumaat, lakukan semua amalan2 sunat hari Jumaat dengan istiqomah dan berdoa. Waullahua'lam

2 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Berikut ialah beberapa kajian dan bahan bukti yang akan memberi kita faham dengan jelas tentang gerakan senyap Kaum Muda dan Wahabbi Salafi yang sedang mengancam aqidah umat islam di negara ini.

    SILA KLIK http://www.docstoc.com
    UNTUK CARIAN TAJUK-TAJUK BERIKUT
    • Bangsa Melayu Mengikut Ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah
    • Tok Ayah Zid Kedai Lalat
    • Kuasa Tiang Kepada Cita-Cita
    • 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
    • Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
    • Jom Kenali Dr Maza & Co
    • Ahlul Bait Yang Dicerca

    SILA KLIK http://www.4shared.com
    UNTUK CARIAN TAJUK-TAJUK BERIKUT
    • Rasulullah Budak Kampung
    • Maulid Tandingi Krismas
    • Sifat 20 Tidak Wajib (Nik Aziz)
    • Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 1)
    • Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 2)
    • Asma’ Wa Sifat (Hadi Awang)
    • Sifat 20 – Dr Mohd Asri al-Wahabbi
    • Sifat 20 – Rasul Dahri al-Wahabbi
    • Sifat 20 – Fathul Bari al-Wahabbi

    Taklif pengkaji telah pun selesai, maka terserahlah kepada budi bicara pembaca sekalian untuk menerima ataupun sebaliknya. Bagi mereka yang mendapat hidayah, maka bertindaklah mengikut kadar upaya tangan (kuasa/undi), lidah (dakwah/hebahan) atau hati (doa) bagi mempertahankan aqidah hakiki Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang bersendikan mazhab tauhid Imam Abu Hasan Ali bin Ismail al-Asy'ari ra dan Imam Abu Mansur al-Maturidi ra; mazhab feqah Imam Abu Hanifah ra, Imam Malik bin Anas ra, Imam Muhammad as-Syafie ra atau Imam Ahmad bin Hanbal ra; mazhab tasauf Imam Ghazali qsa dan Imam Junaid al-Baghdadi qsa.


    FAKEH KHALIFAH SAKA
    fakeh@hush.com

    ReplyDelete
  2. Mualaikumsalam Fakeh. Terima kasih beri peringatan.

    ReplyDelete