Semoga Allah memberkati Ustaz2 yang mana ilmu ibu dapati. Amin

Ustaz2 yang dihormati dan dikasihi:- 1. Ust. Mustafa Umar (kelas Harfiah, buku 30 Perkara Penting Dalam Hidup, Sunatullah dan banyak tajuk2 pilihan yang banyak mengentuh hati) 2. Ust. Lokeman Hazli (buku Permata Pemberian yang Indah dan Menjaga Segala Hati yang Lalai, Munyatul Musolli, dan yang memberi ibu petunjuk jalan yang patut diambil untuk selamat) 2011-Hidayatus Salikin (Petunjuk Jalan Bagi Orang Yang Takut Kepada Allah Taala), 3. Ust. Nik Bakri (buku Haqiqat Tasawuf dan Wasiat Agama & Wasiat Iman) dan yang mengijazahkan Wirdun Latiff) 4. Ust. Halim Din (Buku Hadith 40) 5. Ust.Roslan Mohamad (tajuk2 pilihan & hadith) 6. Ust.Shahril Long (ayat2 pilihan dari Al-Quran dan guru yang paling ibu tabik) 7. Ust. Firdaus Sulaiman (Harfiah and ayat2 pilihan) 8. Ust.Kamal Shaari (Buku Rahasia Kematian, Alam Akhirat & Kiamat) 9. Ust.Zulkifli Ahmad (Buku Tanbihul Ghafilin-Peringatan Bagi yang Lupa) 10. Ust.Awang Mamat (2011-Buku Minhajul Abidin (Jalan Para Abid)) 11. Ustazah Kamariah yang membimbing tajwid Al-Quran & Ustaz Shukri Hj Ali yang membimbing taranum dan banyak ustaz2 dan ustazah2 yang lain. Allah rahmatilah kesemua mereka ini.

Wednesday, June 2, 2010

Empat Pekara yang disukai Saidina Ali

Ustaz Kamaruddin Zakaria (Masjid Al-Ehsan 17 April 2002)

Saidina Ali suka 4 perkara:-

1. Baca Al-Quran dan terus tamat (khatam)

2. Bagi Salam pada orang dahulu kerana dapat 3 perkara penting - Selamat dan 3 rahmat.

3. Apa yang aku makan itu yang aku beri pada orang

4. Ketika orang lain tidur, aku bangun beribadah kerana doa ditengah malam pasti akan dimakbulkan Allah.
Munajat - dalam sujud dan dalam menadah tangan doa yang sama.

Dari Abu Zhar - 3 perkara yang disukai.
1. Aku suka sakit - kalau aku sakit aku sabar, selagi sakit Allah mengangkat darjat, redho dengan kesakitan.
2. Aku suka lapar - lapar beri keinsafan
3. Aku suka mati - aku boleh bertemu Allah lebih awal.

No comments:

Post a Comment