Semoga Allah memberkati Ustaz2 yang mana ilmu ibu dapati. Amin

Ustaz2 yang dihormati dan dikasihi:- 1. Ust. Mustafa Umar (kelas Harfiah, buku 30 Perkara Penting Dalam Hidup, Sunatullah dan banyak tajuk2 pilihan yang banyak mengentuh hati) 2. Ust. Lokeman Hazli (buku Permata Pemberian yang Indah dan Menjaga Segala Hati yang Lalai, Munyatul Musolli, dan yang memberi ibu petunjuk jalan yang patut diambil untuk selamat) 2011-Hidayatus Salikin (Petunjuk Jalan Bagi Orang Yang Takut Kepada Allah Taala), 3. Ust. Nik Bakri (buku Haqiqat Tasawuf dan Wasiat Agama & Wasiat Iman) dan yang mengijazahkan Wirdun Latiff) 4. Ust. Halim Din (Buku Hadith 40) 5. Ust.Roslan Mohamad (tajuk2 pilihan & hadith) 6. Ust.Shahril Long (ayat2 pilihan dari Al-Quran dan guru yang paling ibu tabik) 7. Ust. Firdaus Sulaiman (Harfiah and ayat2 pilihan) 8. Ust.Kamal Shaari (Buku Rahasia Kematian, Alam Akhirat & Kiamat) 9. Ust.Zulkifli Ahmad (Buku Tanbihul Ghafilin-Peringatan Bagi yang Lupa) 10. Ust.Awang Mamat (2011-Buku Minhajul Abidin (Jalan Para Abid)) 11. Ustazah Kamariah yang membimbing tajwid Al-Quran & Ustaz Shukri Hj Ali yang membimbing taranum dan banyak ustaz2 dan ustazah2 yang lain. Allah rahmatilah kesemua mereka ini.

Thursday, October 27, 2011

Doa Minta kebaikan didunia dan diakhirat

Ustaz Shahril Long Masjid Saudara Baru 25 Oct 2011


Surah Al-Bakarah ayat 201

"Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”.

Doa yang Rasul tak pernah tinggalkan.

Manusia terbagi pada 2 golongan - golongan pertama yang mohon pada Allah tentang dunia semata2. Sentiasa ikut hawa nafsu dan tak fikir tentang akhirat.

- golongan kedua yang mohon pada Allah dunia dan akhirat. Sentiasa fikir tentang agama. Surah Qosas ayat 77.
“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan “.

Apa itu kebaikan didunia?
1. Rezeki yang luas lagi halal - jawapan nya TAKWA (refer to topic TAKWA)

2. Isteri yang solehah. Hadith: Dunia ini perhiasan. Sebaik2 perhiasan ialah isteri yang solehah.

3. Anak2 yang soleh/solehah.
S.Anfal ayat 28 "Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar."
S.Furqan ayat 74 'Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. "

4. Ilmu yang memberi manafaat - ilmu dunia dan agama
S.Al-Bakarah ayat 269 " Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya."

5. Amal soleh. Surah al-Bakarah ayat 199
"Selain dari itu hendaklah kamu bertolak turun dari (Arafah) tempat bertolaknya orang ramai, dan beristighfarlah kamu kepada Allah (dengan memohon ampun), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Apa kebaikan akhirat
1. Selamat dari fitnah kubur.

2. Selamat dipadang mashyar. Surah Mutaffifin ayat 6
'Hari berdiri manusia untuk mengadap Tuhan sekalian alam?'

3. Selamat dari api neraka Allah.

4. Mendapat redho Allah
S.Fajr ayat 27/28, 29/30
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): “Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
[28]
“Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -
[29]
“Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -
[30]
“Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! “

5. Kekak abadi didalam surga. S. al-Kahfi ayat 107/108
'Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).
[108]
Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya.

Monday, October 24, 2011

Surah Toha - Imam Menk

Tahsir Surah Toha yang sangat menarik dari Imam Menk

Monday, October 10, 2011

Hati menjadi terang benderang

Dari buku Siri Ilmu Tasawuf - Tajul Urus oleh As-Syeikh Imam Tajuddin Abul Abbas Ahmad Ibnu Athaillah Al Sakandari.

Ada 4 perkara yang boleh menolong anda agar hati anda menjadi terang benderang -

1. Memperbanyakkan zikir Allah Taala

2. Melazimkan diri tidak bercakap

3. Sentiasa diam dan berada dalam khalwat

4. Sedikit makan dan minum

Tidak keluar nafas seseorang hamba Allah swt dalam erti kata Allah menzahirkan dan menjadikan anda sama ada dalam keadaan taat atau berkeadaan sakit atau pun susah kecuali semata mata Allah ingin menguji dan mencuba anda.

Saturday, October 8, 2011

Umur

Ustaz Mustafa Nov 4 2011

Surah At-Taubah ayat 18
[18]
Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan atau isi) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.

Umur ialah dari bahasa Arab Amara yang bererti berisi.
Isi hidup ialah ibadah (tujuan). Bermakna kalau hidup tak beribadah, tak ada umur!
Allah beri masa untuk hidup mestilah berisi - diisi dengan ibadah. Sebanyak mana diisi usia kita, itulah umur kita. Ayat diatas, memakmurkan bermakna isi masjid2. Tapi kalau kemasjid tak beribadah bukan mengisikan masjid. Bermakna untuk umur banyak mesti disi dengan ibadah. Hidup sebenar ialah mengurusan umur. Nak tahu umur berisi mesti ditest dengan ujian -yang bersabar dan bershukur adalah yang berumur. Jika tidak usia aje yang banyak! Yang bersiap sedia untuk mati ialah yang berumur. Nilai seseorang itu ialah pada amalan/ibadah yang dilakukan pada umur(isi).

Diri Manusia

Ust Mustafa Umar Masjid Al Hidayah 5 Nov 2011


Surah Al-Hijr ayat 28 & 29

[28]
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.
[29]
“Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.

Manusia ialah dari 2 unsur - unsur jasad dan unsur roh. Yang dinilai oleh Allah swt ialah roh kita. Roh yang terus berjalan selepas jasad kita dimatikan. Ibadah ialah dengan roh - ia itu hati yang iklas bukan dengan jasad - itulah yang dinilai oleh Allah. Malaikat sujud bila roh ditiup kedalam badan manusia. Ustaz ingatkan supaya jangan ditumpukan perhatian sangat pada badan kita dengan makanan2 yang enak dan banyak sedangkan roh diabaikan. Kita harus menjaga badan untuk membantu roh! Didalam ayat diatas Allah sebut "roh Ku" untuk meninggikan kedudokan nilai roh, maka malaikat sujud bersungkur.

Makanan Roh ialah -
1. Mengenal Allah
2. Menyakini Allah
3. Mencintai Allah
4. Merindukan Allah
5. Malu pada Allah.

Kebanyakan kita banyak mengikut NAFSU dan lupa pada ROH yang akan berjumpa ALLAH.