Semoga Allah memberkati Ustaz2 yang mana ilmu ibu dapati. Amin

Ustaz2 yang dihormati dan dikasihi:- 1. Ust. Mustafa Umar (kelas Harfiah, buku 30 Perkara Penting Dalam Hidup, Sunatullah dan banyak tajuk2 pilihan yang banyak mengentuh hati) 2. Ust. Lokeman Hazli (buku Permata Pemberian yang Indah dan Menjaga Segala Hati yang Lalai, Munyatul Musolli, dan yang memberi ibu petunjuk jalan yang patut diambil untuk selamat) 2011-Hidayatus Salikin (Petunjuk Jalan Bagi Orang Yang Takut Kepada Allah Taala), 3. Ust. Nik Bakri (buku Haqiqat Tasawuf dan Wasiat Agama & Wasiat Iman) dan yang mengijazahkan Wirdun Latiff) 4. Ust. Halim Din (Buku Hadith 40) 5. Ust.Roslan Mohamad (tajuk2 pilihan & hadith) 6. Ust.Shahril Long (ayat2 pilihan dari Al-Quran dan guru yang paling ibu tabik) 7. Ust. Firdaus Sulaiman (Harfiah and ayat2 pilihan) 8. Ust.Kamal Shaari (Buku Rahasia Kematian, Alam Akhirat & Kiamat) 9. Ust.Zulkifli Ahmad (Buku Tanbihul Ghafilin-Peringatan Bagi yang Lupa) 10. Ust.Awang Mamat (2011-Buku Minhajul Abidin (Jalan Para Abid)) 11. Ustazah Kamariah yang membimbing tajwid Al-Quran & Ustaz Shukri Hj Ali yang membimbing taranum dan banyak ustaz2 dan ustazah2 yang lain. Allah rahmatilah kesemua mereka ini.

Tuesday, July 6, 2010

Jenjang Ma'rifah - (1) Uzlah

Ustaz Mustafa Umar (Masjid Al-Hidayah

Uzlah secara bahasa bermakna "penjauhan' Adapun yang dimaksud dalam kajian pensucian hati adalah penjauhan diri dari manusia dan kesibukan dunia untuk mengosongkan hati daripada selain Allah dan tumpuan 100% untuk bersama Allah dengan fikir dan zikir.

Surah Maryam ayat 48-49
(Dan aku akan membawa diri meninggalkan kamu semua serta apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; dan aku akan beribadat kepada Tuhanku dengan ikhlas; mudah-mudahan aku dengan ibadatku kepada Tuhanku itu tidak menjadi hampa (dan derhaka seperti kamu)".
[49]
Maka apabila ia berhijrah meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah yang lain dari Allah kami kurniakan kepadanya: Ishak (anaknya), dan Yaakub (cucunya); dan kedua-duanya Kami jadikan berpangkat Nabi.)

Dalam ayat diatas Nabi Ibrahim beruzlah (menjauh diri) dari kaum nya yang tidak mahu beriman pada Allah.

Empat(4) musuh utama dalam menjalani hidup ialah -
1. Syaitan, senjatanya yang paling utama adalah kenyang, maka cara menghadapinya ialah dengan berpuasa

2. Nafsu senjatanya yang paling utama adalah tidur, cara menghadapinya adalah dengan bangun malam

3. Hawa (keinginan) senjatanya yang paling utama adalah bercakap, cara menghadapinya adalah dengan diam.

4. Dunia senjatanya yang paling utama adalah kemegahan dan kecantikan yang menyibukkan, maka cara menghadapinya adalah dengan UZLAH.

Uzlah mesti dilakukan dengan badan dan hati dengan tujuan untuk beribadah kepada Allah sahja dan tidak dengan yang lain2 perkara.

Kelebihan uzlah adalah -
1. Terpelihara lidah daripada berkata sia2
2. Terpelihara mata daripada melihat yang boleh mengganggu jiwa
3. Terpelihara hati daripada riak
4. Zuhud
5. Terselamat daripada orang2 tercela
6. Fokus kepada ibadah, zikir, munajat dan doa
7. Bantu untuk mendapat kemanisan iman
8. Ketenangan badan, fikiran dan jiwa
9. Terpelihara diri dan agama dari sebarang malapetaka
10. Peluang untuk berfikir dengan lebih banyak, mujahadah, muhasabah.

No comments:

Post a Comment