Semoga Allah memberkati Ustaz2 yang mana ilmu ibu dapati. Amin

Ustaz2 yang dihormati dan dikasihi:- 1. Ust. Mustafa Umar (kelas Harfiah, buku 30 Perkara Penting Dalam Hidup, Sunatullah dan banyak tajuk2 pilihan yang banyak mengentuh hati) 2. Ust. Lokeman Hazli (buku Permata Pemberian yang Indah dan Menjaga Segala Hati yang Lalai, Munyatul Musolli, dan yang memberi ibu petunjuk jalan yang patut diambil untuk selamat) 2011-Hidayatus Salikin (Petunjuk Jalan Bagi Orang Yang Takut Kepada Allah Taala), 3. Ust. Nik Bakri (buku Haqiqat Tasawuf dan Wasiat Agama & Wasiat Iman) dan yang mengijazahkan Wirdun Latiff) 4. Ust. Halim Din (Buku Hadith 40) 5. Ust.Roslan Mohamad (tajuk2 pilihan & hadith) 6. Ust.Shahril Long (ayat2 pilihan dari Al-Quran dan guru yang paling ibu tabik) 7. Ust. Firdaus Sulaiman (Harfiah and ayat2 pilihan) 8. Ust.Kamal Shaari (Buku Rahasia Kematian, Alam Akhirat & Kiamat) 9. Ust.Zulkifli Ahmad (Buku Tanbihul Ghafilin-Peringatan Bagi yang Lupa) 10. Ust.Awang Mamat (2011-Buku Minhajul Abidin (Jalan Para Abid)) 11. Ustazah Kamariah yang membimbing tajwid Al-Quran & Ustaz Shukri Hj Ali yang membimbing taranum dan banyak ustaz2 dan ustazah2 yang lain. Allah rahmatilah kesemua mereka ini.

Thursday, August 5, 2010

Mati - bersedia dan Taubat

Ustaz Kamal Ashaari (Masjid Alhidayah) 5 Aug '10

Dari buku Rahasia Kematian, Alam Akhirat & Kiamat oleh Imam Al-Qurthubi.

Setiap kali ibu keluar dari kelas Ust Kamal perasaan takut mencengkam hati kerana takutnya ibu pada perkara2
1. Allah terima tak solat2 ibu?
2. Allah terima tak puasa ibu selama ini?
3. Allah terima tak zakat, sedekah, haji, ibu selama ini
4. tak cukupnya bekalan yang nak dibawa untuk Allah jika mati sekejap nanti. Allah kasihanlah ibu ini....itulah yang diharapkan pada umur yang baki ini.....

Mukasurat 10 - Ada 2 hal yang pasti akan melenyapkan kenikmatan dunia dariku. Yakni, ingat kematian, dan ingat ketika berada dihadapan Allah Ta'ala

Barangsiapa yang sering ingat kematian, ia akan dimuliakan dengan 3 hal. Yakni, lekas bertaubat, hati yang qona'ah (menerima apa adanya) dan semangat dalam beribadah.

Dalam ceramah Ustaz Mustapha semalam, dalam bab 30 perkara penting dalam hidup - Manusia yang bertaubat akan mendapat kejayaan. Kejayaan itu ialah mendapat 4 gembiraan didunia dan akhirat.
Surah At-Tahrim ayat 8
(Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan (1)menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan (2)memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari (3)Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; (4) cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".)

Nota -Cahaya yang disebelah kanan ditahsirkan sebagai tiket untuk memberi syafa'at untuk ahli keluarga

Dalam hadith yang lain. Gembira Allah bila hambanya bertaubat seumpaya seorang yang mengembara dipadang pasir yang hilang untanya yang membawa bekalan (makanan) dan bila unta itu muncul semula dengan bekalan dan kembali pada pengembara itu gembiranya Allah.