Semoga Allah memberkati Ustaz2 yang mana ilmu ibu dapati. Amin

Ustaz2 yang dihormati dan dikasihi:- 1. Ust. Mustafa Umar (kelas Harfiah, buku 30 Perkara Penting Dalam Hidup, Sunatullah dan banyak tajuk2 pilihan yang banyak mengentuh hati) 2. Ust. Lokeman Hazli (buku Permata Pemberian yang Indah dan Menjaga Segala Hati yang Lalai, Munyatul Musolli, dan yang memberi ibu petunjuk jalan yang patut diambil untuk selamat) 2011-Hidayatus Salikin (Petunjuk Jalan Bagi Orang Yang Takut Kepada Allah Taala), 3. Ust. Nik Bakri (buku Haqiqat Tasawuf dan Wasiat Agama & Wasiat Iman) dan yang mengijazahkan Wirdun Latiff) 4. Ust. Halim Din (Buku Hadith 40) 5. Ust.Roslan Mohamad (tajuk2 pilihan & hadith) 6. Ust.Shahril Long (ayat2 pilihan dari Al-Quran dan guru yang paling ibu tabik) 7. Ust. Firdaus Sulaiman (Harfiah and ayat2 pilihan) 8. Ust.Kamal Shaari (Buku Rahasia Kematian, Alam Akhirat & Kiamat) 9. Ust.Zulkifli Ahmad (Buku Tanbihul Ghafilin-Peringatan Bagi yang Lupa) 10. Ust.Awang Mamat (2011-Buku Minhajul Abidin (Jalan Para Abid)) 11. Ustazah Kamariah yang membimbing tajwid Al-Quran & Ustaz Shukri Hj Ali yang membimbing taranum dan banyak ustaz2 dan ustazah2 yang lain. Allah rahmatilah kesemua mereka ini.

Wednesday, March 7, 2012

Orang2 yang Beruntung

Ustaz Shahril Long Masjid Saudara Baru 28 Feb 2012

Surah An-Nur ayat 51
- Yang kembali kepada Al-Quran dan Sunnah adalah orang2 yang beruntung didunia dan akhirat (refer to previous note from Ust on makna beruntung)

5 perkara pokok untuk jadi orang2 yang beruntung -

1. Orang2 yang pegang pada akidah - Hadith Imam Muslim , Sesunggohnya sebenar2 perkataan adalah dari Quran.

Surah Al-Israa' ayat 85 - Ilmu kita terbatas
Surah Al-Khafi ayat 109 - Ilmu Allah
Surang An-Nisaa ayat 59
Surah Al-Gujerat ayat 19

2. Menjadikan manusia yag memberi manafaat pada orang lain.
Hadith - sebaik2 manusia yang memberi manafaat pada orang lain.
Surah Saba' ayat 15 - negeri yang makmur dengan pemimpin yang baik. Negara yang adil, amal maarul nahi mungkar.

3. Ibadah yang benar - iklas kerana Allah, orang yang muhlis, yang diberi taufik
Surah Ali Imran ayat 141/179
Surah An-Anfal ayat 45/46

4, Bijak jaga masa
Surah An Nisa' ayat 103.
Hadith no. 12 dari hadith 40 - Kesempurnaan orang2 Islam tinggalkan perkara2 yang tidak memberi manafaat

5. Memiliki ahlak yang mulia
Hadith - Sesungohnya aku (Rasul) diutuskan kedunia sebagai contoh.
Surah Al Qalam ayat 4.

(4) Berbaik Sangka Kepada Allah - 4 Perkara Menghadai Masaalah

Ust Mustafa Umar Masjid Darul Ehsan 4 Mar 2012

In this series 4 topics -

1. Menghadap kepada Allah
2. Berserah diri
3. Menyamakan kehendak kita dengan kehendak Allah - ridho
4. Berbaik Sangka pada Allah.

THis topic - refer Surah Ali-Imran ayat 154

Kurang iman, akan bersangka buruk kepada Allah. Ayat ini turun setelah perang Uhud. 2 golongan terbentuk - yang kuat iman, tenang dan yang ragu2 dan tekanan takut kalah, takut mati. Dalam perang ini, rama mati sebab tidak ikut arahan Rasul supaya jangan turun dari bukit. Allah beri kantuk (rasa mengantuk untuk tidur) pada golongan yang kuat iman selepas perang dan takut supaya lepas tidor, mereka rehat dan lebih tenang. Satu lagi golongan, berduka cita dan nafsu and bersangka buruk pada Allah. Golongan ini ragu2 pada Allah kerana kalah dalam perang ini. Yang boleh menyelesaikan masaalah ialah yang bersangka baik pada Allah. Yakin 100% pada Allah dan Rasul. Firman Allah sounds like this, Aku akan mengikut persangkaan yang ada pada hamba Ku terhadap Ku. Simple term, you sangka baik dgn Allah, Allah beri kebaikan, you sangka buruk dapat buruk. Semua yang berlaku didalam hidup adalah qada' dan qadar yang telah ditulis sebelum penciptaan manusia lagi. Allah yang berkehendak adalah Allah yang Maha Bijaksana. Mustahil Allah tetapkan sesuatu tidak baik. Tak ada ilmu, tak kenal Allah maka itu yang datang perangsakaan buruk terhadap Allah & Rasul. Dalam alQuran banyak sunatullah yang Allah khabarkan atas hukum sebab akibat dan semua ada kebaikan didalam nya. Allah berkehendak dengan kebijaksaaanNYA sama dengan hidup kita. Bersangka baik 100% sebab semua berlaku ada hikmah!
Note ibu : senang cakap susah melakukan, hanya iman dan takwa dapat melakukan ini....usaha dan usaha sampai MATI...

(4) Jenis Ibadah - Meninggikan Nilai Ibadah

Ust Mustafa Umar Masjid AlHidayah 5 Mar 2012

Dalam siri meninggikan nilai ibadah ustaz akan bawa 6 topic -

1. Keadaan dalam ibadah (khusyuk)
2. Cara ibadah (sendiri/jemaah)
3. Hamba yang beribadah (semakin berilmu/beriman)
4. Jenis ibadah
5. Masa
6. Tempat

On this topic -Refer Surah Ahzab ayat 35 - 10 Jenis Ibadah in order of priority 2. is better than 1, 3 is better than 2 and 1, dan seterusnya
Ayat ini turun setelah Ummu Salamah bertanya Rasul mengapa dalam Al-Quran banyak ayat2 yang sebut lelaki aje, ayat ini menjawab soalan Ummu Salamah.

1. Orang yang berserah diri, lelaki dan perempuan (l & p) menjalankan perintah Allah dan jauhi larangan Allah.

2. Orang2 yang beriman, lelaki dan perempuan

3. Orang2 yang bersunggoh2 dalam ibadah, l & p

4. Orang2 yang jujur, l & p

5. Orang2 yang sabar, l & p tetap dalam ketaatan

6. Orang2 yang khusyuk - tenang, fikiran dikawal dan hati dikawal, l & p

7. Orang2 yang bersedekah, l & p

8. Orang2 yang berpuasa, lelaki dan perempuan

9. Orang2 yang jaga kemaluan, kehormataan, l & p

10. Orang2 yang berzikir
(ibu masih pesan anak2 ibu on this one, please jangan lupa zikir - ini ibadah yang paling tinggi nilai disisi Allah, slowly dan surely, apa yang Ustaz Lokeman ajar dalam tasawuf, muncul satu, satu, nilai ibadah yang paling tinggi disisi Allah, I am seeing it every now and then dari ustaz2 lain, subhanallah, rahsia2 menuntut ilmu mula tersingkap...Allahu akbar!)

Hadith - amalan yang paling afdah, Rasul jawab -
1. beriman pada Allah dan Rasul
2. jihad dijalan Allah
3. haji yang mabrur

Sama question different person asking, Rasul jawab -
A. Ibadah yang berat bagi seseorang itu lakukan, itu nilai ibadah yang tinggi
B. Yang banyak manafaat bagi orang melakukan dan yang luas manafaat kepada orang2 lain example membina masjid
C. Ibadah yang dibuat dengan faham dan tahu rahsia2 ibadah itu lebih nilai (ilmu)

Beza answers sebab Rasul jawab according to situation person yang bertanya.

In sum ibadah mesti dengan
1. Akidah yang kuat
2. Penyucian jiwa (note ibu - this you get only thru tasawuf, tarikat is jalan pintas)
3. Ibadah yang tepat

(4) Mencari Peluang Bersama Malaikat

Ust Mustafa Umar Masjid Klana Putra 6 Mar 2012


Ini adalaah topic keempat antara 30 perkara penting dalam hidup (tahun 2). Ibu will try to update the rest as soon as my busy days are over.

Surah Ali-Imran ayat 39 (KIV- I will put in the ayat Quran later)

Ustaz Mustafa seperti biasa akan kaitkan ayat quran to explain the topic today. Kata Ustaz, JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH DENGAN IBADAH, ALLAH AKAN HANTAR MALAIKAT, insyaallah. Ini mustahak! Ibu teringat another quotation "ehfazillah, yahfazka" meaning Jaga Allah, Allah akan jaga kita. Malaikat dicipta sebagai surohan Allah. Malaikat membawa RAHMAT untuk orang2 beriman. Malaikat membawa azab pada orang2 kafir. Di topic ini, ustaz kata memang setiap orang ada dua malaikat yang mencatit setiap tingkah laku, cakapan, hatta yang terdetik didalam hati kita, namun malaikat yang ditopic ini adalah yang selain dari yang dua ini....

Rujuk pada ayat diatas, setelah diberitahu oleh Mariam kepada Nabi Zakaria bahawa buah2an yang didapati (out of season fruit summer fruits dapat dalam winter, vis-versa) adalah dari Allah. Nabi Zakaria terus kemihrab dan solat. Ketika itu malaikat datang memberitahu Allah akan beri anak bernama Nabi Yahya.

Surah Ali-Imran ayat 122-125 - Perang Badar Allah berfirman bersabar dan takwa, Allah akan beri pertolongan melalui malaikat, peluang bersama malaikat.

Surah Bakarah ayat 53 - Nabi Isa sentiasa bersama malaikat (ruhul kudus)

Surah Al-Qadr ayat 5 - Malam lailatulqadar, malam yang istimewa. Turun malaikat berbondong-bondong (ramai dan bersesak2), dipimpin malaikat Jibrail dengan izin Allah untuk meraikan malam lailatulqadar.

Masa2 peluang bersama malaikat

1. Hadith dari Imam Malik, kitab Al Muafak. Solat jemaah, imam selesai baca fathiah, jemaah sambu dengan Amiin, malaikat membaca Amiin dilangit - jika sama Amiin malaikat dengan Amiin kita, semua dosa2 lalu diampunkan.

2. Hadith dari Imam Malik - Barangsiapa yang solat ditanah lapang dan tidak mencari2 masjid kerana takut waktu solat akan habis - ketika dia solat ditanah lapang itu, dikirinya, dikanannya malaikat berdiri, dan dibelakangnya malaikat setinggi bukit/gunong akan berdiri bersama yang solat.

3.Duduk berzikir ditempat solat selagi tidak batal. Malaikat akan berdoa untuk kita "Allah ampunkan dan rahmati dia"

4. Hadith Imam Bukhari - Untuk lelaki, pada hari Jumaat, malaikat tunggu dipintu masjid menulis siapa yang pertama masuk seperti orang yang sembelih unta, yang kedua, seperti yang sembelih lembu, ketiga seperti sembelih kambing, keempat seperti sembelih ayam, kelima seperti sembelih telur ayam, bila khatib naik mimbar, malaikat tutup buku catatan dan masuk kedalam masjid.

5. Dirumah yang ada patung berbentuk manusia atau binatang, jika bukan permainan kanak2, malaikat tak akan masuk rumah. walaupun patung yang tak sempurna e.g. kepala saja atau ikan.

6. Hadith Imam Muslim -DiArafah, malaikat hadir. Allah berbangga kepada malaikat dan Allah turun kelangit yang pertama

7. Malaikat bertukar shif diwaktu subuh dan asar dan melaporkan kepada Allah tentang kita.

8 Dari Ummu Salamah (isteri Rasul) di riwayatkan oleh Imam Bukhari - pergi ziarah orang mati, jangan kata2 buruk tentang simati, malaikat meng'amiin'kan kata2 buruk

9. Hadith Imam Daud - pergi menuntut ilmu, Allah akan hamparkan jalan menuju keshurga. Malaikat akan hamparkan sayap untuk majlis2 ilmu.

10. Hadith dari Ana - Cari orang2 berpuasa dan orang baik2 beri makan berbuka puasa, malaikat mendoakan untuk si pemberi makan.

11. Dimajlis ilmu yang dibaca ayat2 Allah. Akan turun ketenangan, rahmat dan malaikat bersesak2, rapat2 bersama2 dengan orang2 yang dimajlis ilmu.

12. Hadith dari Ibnu Maja -Banyak berselawat keatas nabi Muhammad s.a.w, malaikat berdoa untuk kita.