Semoga Allah memberkati Ustaz2 yang mana ilmu ibu dapati. Amin

Ustaz2 yang dihormati dan dikasihi:- 1. Ust. Mustafa Umar (kelas Harfiah, buku 30 Perkara Penting Dalam Hidup, Sunatullah dan banyak tajuk2 pilihan yang banyak mengentuh hati) 2. Ust. Lokeman Hazli (buku Permata Pemberian yang Indah dan Menjaga Segala Hati yang Lalai, Munyatul Musolli, dan yang memberi ibu petunjuk jalan yang patut diambil untuk selamat) 2011-Hidayatus Salikin (Petunjuk Jalan Bagi Orang Yang Takut Kepada Allah Taala), 3. Ust. Nik Bakri (buku Haqiqat Tasawuf dan Wasiat Agama & Wasiat Iman) dan yang mengijazahkan Wirdun Latiff) 4. Ust. Halim Din (Buku Hadith 40) 5. Ust.Roslan Mohamad (tajuk2 pilihan & hadith) 6. Ust.Shahril Long (ayat2 pilihan dari Al-Quran dan guru yang paling ibu tabik) 7. Ust. Firdaus Sulaiman (Harfiah and ayat2 pilihan) 8. Ust.Kamal Shaari (Buku Rahasia Kematian, Alam Akhirat & Kiamat) 9. Ust.Zulkifli Ahmad (Buku Tanbihul Ghafilin-Peringatan Bagi yang Lupa) 10. Ust.Awang Mamat (2011-Buku Minhajul Abidin (Jalan Para Abid)) 11. Ustazah Kamariah yang membimbing tajwid Al-Quran & Ustaz Shukri Hj Ali yang membimbing taranum dan banyak ustaz2 dan ustazah2 yang lain. Allah rahmatilah kesemua mereka ini.

Tuesday, June 15, 2010

Selawat

Ustaz Mustapha Saidin (Masjid Al-Ehsan Jun 1, 02)

'Wahai orang2 beriman selawatlah pada Rasul s.a.w dan ucapkan salam'

Tujuan dan maksud selawat
1. Mematuhi perintah Allah supaya selawat pada Rasul s.a.w
2. Menunaikan maksud sepotong ayat dalam Surah Al-Kasas ayat 77
("Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".)
3. Mengenang jasa dan budi Rasul s.a.w.
4. Mengamal hadith2 Rasul s.a.w

Hukum Berselawat

1. Wajib - tiap2 sholat dalam tahyat dibaca
2. Wajib selawat bila mendengar nama2 Rasul disebut - dosa besar jika tidak

Faedah Berselawat
1. Berganda2 rahmat dilimpah
2. Ditempatkan dekat dengan Rasul s.a.w diakhirat
3. Dapat syafa'at -
(a) Bebas dari dahsyat padang mashyar
(b) Masuk shurga tanpa dihisab
(c) Nabi menolong pada yang berselawat sekiranya timbangan nya lebih keneraka untuk masuk kesyurga
(d) Ketika berselawat, malaikat mendoakan kita
(e) Dapat menyelesaikan masaalah dengan tenang jika berselawat.

BANYAK2 BERSELAWAT!

No comments:

Post a Comment