Semoga Allah memberkati Ustaz2 yang mana ilmu ibu dapati. Amin

Ustaz2 yang dihormati dan dikasihi:- 1. Ust. Mustafa Umar (kelas Harfiah, buku 30 Perkara Penting Dalam Hidup, Sunatullah dan banyak tajuk2 pilihan yang banyak mengentuh hati) 2. Ust. Lokeman Hazli (buku Permata Pemberian yang Indah dan Menjaga Segala Hati yang Lalai, Munyatul Musolli, dan yang memberi ibu petunjuk jalan yang patut diambil untuk selamat) 2011-Hidayatus Salikin (Petunjuk Jalan Bagi Orang Yang Takut Kepada Allah Taala), 3. Ust. Nik Bakri (buku Haqiqat Tasawuf dan Wasiat Agama & Wasiat Iman) dan yang mengijazahkan Wirdun Latiff) 4. Ust. Halim Din (Buku Hadith 40) 5. Ust.Roslan Mohamad (tajuk2 pilihan & hadith) 6. Ust.Shahril Long (ayat2 pilihan dari Al-Quran dan guru yang paling ibu tabik) 7. Ust. Firdaus Sulaiman (Harfiah and ayat2 pilihan) 8. Ust.Kamal Shaari (Buku Rahasia Kematian, Alam Akhirat & Kiamat) 9. Ust.Zulkifli Ahmad (Buku Tanbihul Ghafilin-Peringatan Bagi yang Lupa) 10. Ust.Awang Mamat (2011-Buku Minhajul Abidin (Jalan Para Abid)) 11. Ustazah Kamariah yang membimbing tajwid Al-Quran & Ustaz Shukri Hj Ali yang membimbing taranum dan banyak ustaz2 dan ustazah2 yang lain. Allah rahmatilah kesemua mereka ini.

Sunday, July 11, 2010

Surah Al-Kahfi untuk sembuh dari Kanser Perut!

Dari kitab Sairus-Salikin (Perjalanan Orang yang Salik kepada Allah) karangan Syaikh Abdus-Samad Al Falimbani r.a Juzuk Pertama
Bab on Adab2 Hari Jumaat, mukasurat 218

Ibu berguru dengan Allahyarham Datuk Ishak Baharom on this book in 2002 tapi tak sampai habis....sebab tak ingat. Anyway, petang ni, Allah buka hati untuk baca bab kelebihan hari Jumaat dan jumpa hadith berikut.....sangat penting untuk diamalkan mengikut sunnah Rasul s.a.w. Swift our minda, dari baca surah Yassin malam Jumaat, baca Surah Al-Kahfi instead. Baca Yassin waktu pagi dihari2 lain.

Petikan dari buku tersebut -

Sunnat pada hari Jumaat itu membanyakkan membaca Al-Quran dan sayugianya bahawasanya menentukan pada hari Jumaat itu membaca surah Al Kahfi kerana kelebihan membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat dan malamnya itu amat banyak. Dan setengah daripadanya sesungguhnya telah diriwayatkan akan hadis Nabi s.a.w. oleh Saidina Abddulah bin Abbas dan Saidina Abu Hurairah..
"Barangsiapa membaca surah Al Kahfi pada malam Jumaat atau pada harinya nescaya -

1. diberi akan dia nur daripada tempat ia membaca akan dia hingga kenegeri Mekah
2. diampunkan baginya dosa daripada satu Jumaat kepada Jumaat yang lain
3. dilebih daripadanya tiga hari dan mengucap shalawat yakni meminta ampun baginya oleh tujuhpuluh ribu malaikan hingga waktu Subuh
4. disembuhkan akan dia daripada segala penyakit dan
5. disembuhkan daripada penyakit 'dabilah' iaitu penyakit barah yang bengkak yang memecah didalam perut dan
6. disembuhkan daripada penyakit yang didalam lembung dan
7. daripada penyakit sopak dan
8. penyakit budak (penyakit besar) dan
9. dilepaskan daripada fitnah Dajjal"

Yang ibu buat ialah baca dari malam Jumaat (hari Khamis) dan jika tidak habis sambung pagi Jumaat sebelum pukul dua belas tengahari. Ini yang diajarkan oleh Ustaz Nik Bakri (tasawuf) tentang amalan2 yang dilalukan sekiranya tertinggal pada hari tersebut lakukan keesokan hari sebelum 12pm. Dalam buku diatas Jumaat dikira bermula dari lepas waktu asar pada hari Khamis, so spread your time to read the whole surah Al-Kahfi jika tak mampu nak buat dalam satu masa.
Mencegah adalah lebih baik dari berubat!

No comments:

Post a Comment