Semoga Allah memberkati Ustaz2 yang mana ilmu ibu dapati. Amin

Ustaz2 yang dihormati dan dikasihi:- 1. Ust. Mustafa Umar (kelas Harfiah, buku 30 Perkara Penting Dalam Hidup, Sunatullah dan banyak tajuk2 pilihan yang banyak mengentuh hati) 2. Ust. Lokeman Hazli (buku Permata Pemberian yang Indah dan Menjaga Segala Hati yang Lalai, Munyatul Musolli, dan yang memberi ibu petunjuk jalan yang patut diambil untuk selamat) 2011-Hidayatus Salikin (Petunjuk Jalan Bagi Orang Yang Takut Kepada Allah Taala), 3. Ust. Nik Bakri (buku Haqiqat Tasawuf dan Wasiat Agama & Wasiat Iman) dan yang mengijazahkan Wirdun Latiff) 4. Ust. Halim Din (Buku Hadith 40) 5. Ust.Roslan Mohamad (tajuk2 pilihan & hadith) 6. Ust.Shahril Long (ayat2 pilihan dari Al-Quran dan guru yang paling ibu tabik) 7. Ust. Firdaus Sulaiman (Harfiah and ayat2 pilihan) 8. Ust.Kamal Shaari (Buku Rahasia Kematian, Alam Akhirat & Kiamat) 9. Ust.Zulkifli Ahmad (Buku Tanbihul Ghafilin-Peringatan Bagi yang Lupa) 10. Ust.Awang Mamat (2011-Buku Minhajul Abidin (Jalan Para Abid)) 11. Ustazah Kamariah yang membimbing tajwid Al-Quran & Ustaz Shukri Hj Ali yang membimbing taranum dan banyak ustaz2 dan ustazah2 yang lain. Allah rahmatilah kesemua mereka ini.

Wednesday, June 23, 2010

Hadith dan amalan mudah

Ustaz Roslan Mohamad (Masjid Al-Ehsan 24 Aug 05)

1. Sentiasa berwuduk, kunci shurga.
Hadith dari Imam Muslim - mana2 orang Islam yang sentiasa berwuduk dan kerjakan sembahyang sunat, Rasul bersabda, orang begini Allah akan terima dia dengan senang dan dia akan jadi ahli shurga.

2. Sentiasa beri ketenangan dalam hati - zikir "Yaa Latiff, Yaa Khobirr
Hadith riwayat Saidina Aisyah

3. Sembahyang sunat - dimashyar kita bergantung pada amalan2 yang mutlak. Tidak ada pertolongan orang lain. Sembahyang2 sunat yang dituntut akan menolong kita dalam pertimbangan mizan.

Baca Surah An-Nasr 3 kali dan selawat 7 kali untuk permudahkan kerja.

[1]
Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), -
[2]
Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, -
[3]
Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat

No comments:

Post a Comment