Semoga Allah memberkati Ustaz2 yang mana ilmu ibu dapati. Amin

Ustaz2 yang dihormati dan dikasihi:- 1. Ust. Mustafa Umar (kelas Harfiah, buku 30 Perkara Penting Dalam Hidup, Sunatullah dan banyak tajuk2 pilihan yang banyak mengentuh hati) 2. Ust. Lokeman Hazli (buku Permata Pemberian yang Indah dan Menjaga Segala Hati yang Lalai, Munyatul Musolli, dan yang memberi ibu petunjuk jalan yang patut diambil untuk selamat) 2011-Hidayatus Salikin (Petunjuk Jalan Bagi Orang Yang Takut Kepada Allah Taala), 3. Ust. Nik Bakri (buku Haqiqat Tasawuf dan Wasiat Agama & Wasiat Iman) dan yang mengijazahkan Wirdun Latiff) 4. Ust. Halim Din (Buku Hadith 40) 5. Ust.Roslan Mohamad (tajuk2 pilihan & hadith) 6. Ust.Shahril Long (ayat2 pilihan dari Al-Quran dan guru yang paling ibu tabik) 7. Ust. Firdaus Sulaiman (Harfiah and ayat2 pilihan) 8. Ust.Kamal Shaari (Buku Rahasia Kematian, Alam Akhirat & Kiamat) 9. Ust.Zulkifli Ahmad (Buku Tanbihul Ghafilin-Peringatan Bagi yang Lupa) 10. Ust.Awang Mamat (2011-Buku Minhajul Abidin (Jalan Para Abid)) 11. Ustazah Kamariah yang membimbing tajwid Al-Quran & Ustaz Shukri Hj Ali yang membimbing taranum dan banyak ustaz2 dan ustazah2 yang lain. Allah rahmatilah kesemua mereka ini.

Tuesday, May 18, 2010

Kerja

Ustaz Zamani (Masjid Al-Ehsan SS5A 15 Mei 2010)

Surah Mujahadah ayat 11
(Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.)


Ustaz kata dalam context kita yang bekerja tak kiralah makan gaji atau kerja sendiri.
Ingat 4 perkara yang penting.

1. Iklas
2. Murokabah
3. Mujahadah
4. Muhasabah.

1. Iklas - niat kerja untuk dapat redho Allah. Pendapat dalam fekah dan ahli tasawuf (sufi) ada sedikit perbezaan tentang iklas. Ahli tasawuf lebih keras dalam bab ini, pada mereka jika niat bercampur ia tak diterima Allah. Contoh dalam solat jika dua raakaat dalam Zohor kita khusyuk dan 2 rakaat tak khusyuk - adakah diterima Allah?

Buat kerja kerana manusia - ini dikira syirik bukan riak. Kalau kerja untuk terima pujian itu baru riak. Hati kalau letak pada dunia itu syirik.

Nasihat ustaz jika susah dalam hidup, ditimpa macam2 ujian pergi cari masjid. 10 minit sebelum solat buat amalan2 sunat. Bila ada iklas, kesabaran akan datang

Muas bin Jabbar - Rasul pernah kirim dia jadi Mufti di Yaman. Suatu hari sahabat nampak dia menangis sebak, bila ditanya, dia kata dia ingat kata2 Rasul tentang syirik.

2. Murokabah - jaga hubungan dengan Allah. Kalau ada hubungan dengan Allah, kerja kita akan tak rasuah, curi tulang dan lain2.

3. Mujahadah - sunggoh2 buat kerja (jihad)

4. Muhasabah - check and balance. Jaga hak Allah dan jaga had sesama manusia.

No comments:

Post a Comment