Semoga Allah memberkati Ustaz2 yang mana ilmu ibu dapati. Amin

Ustaz2 yang dihormati dan dikasihi:- 1. Ust. Mustafa Umar (kelas Harfiah, buku 30 Perkara Penting Dalam Hidup, Sunatullah dan banyak tajuk2 pilihan yang banyak mengentuh hati) 2. Ust. Lokeman Hazli (buku Permata Pemberian yang Indah dan Menjaga Segala Hati yang Lalai, Munyatul Musolli, dan yang memberi ibu petunjuk jalan yang patut diambil untuk selamat) 2011-Hidayatus Salikin (Petunjuk Jalan Bagi Orang Yang Takut Kepada Allah Taala), 3. Ust. Nik Bakri (buku Haqiqat Tasawuf dan Wasiat Agama & Wasiat Iman) dan yang mengijazahkan Wirdun Latiff) 4. Ust. Halim Din (Buku Hadith 40) 5. Ust.Roslan Mohamad (tajuk2 pilihan & hadith) 6. Ust.Shahril Long (ayat2 pilihan dari Al-Quran dan guru yang paling ibu tabik) 7. Ust. Firdaus Sulaiman (Harfiah and ayat2 pilihan) 8. Ust.Kamal Shaari (Buku Rahasia Kematian, Alam Akhirat & Kiamat) 9. Ust.Zulkifli Ahmad (Buku Tanbihul Ghafilin-Peringatan Bagi yang Lupa) 10. Ust.Awang Mamat (2011-Buku Minhajul Abidin (Jalan Para Abid)) 11. Ustazah Kamariah yang membimbing tajwid Al-Quran & Ustaz Shukri Hj Ali yang membimbing taranum dan banyak ustaz2 dan ustazah2 yang lain. Allah rahmatilah kesemua mereka ini.

Monday, May 17, 2010

Jiwa disyurga

Ustaz Mustafa Umar (Masjid AL-Hidayah) 12 Aug 2009)

Surah Al-Zukhruf ayat 71
(Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta di pandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): "Kamu adalah tetap kekal di dalamnya".)

Pinggan2 yang lebar (seperti dulang) dengan makanan bergerak mengelilingi penghuni2 syurga. Kesenangan disyurga lebih banyak dari didunia tanpa had sebagai balasan penghuni2 syurga. Kesenangan yang dimaksudkan adalah jiwa, nafsu yang menginginkan kebaikan dan menolak keburukan.

Didalam syurga nafsu marah tidak ada kerana semua yang ada hanya kebaikan sahja. Penghuni2 syurga paling rendah akan dapat 1 istana didalamnya ada 70,000 pelayan dan setiap pelayan pegang 1 dulang dimana semua dulang berlainan isinya. Luas istana kalau dibuka pintunya dan jika semua manusia didunia masuk seiring pintunya masih luas sejauh mata memandang.

Allah gunakan bentuk jamak (plural) untuk "jiwa" dalam ayat ini kerana keinginan tak berkurang disyurga. Melihat zat Allah adalah nikmat yang paling lazat, sedap dan senang dimata. Didalam syurga tak ada kaitan dengan masa, yang disyurga kekal selama2nya

No comments:

Post a Comment