Semoga Allah memberkati Ustaz2 yang mana ilmu ibu dapati. Amin

Ustaz2 yang dihormati dan dikasihi:- 1. Ust. Mustafa Umar (kelas Harfiah, buku 30 Perkara Penting Dalam Hidup, Sunatullah dan banyak tajuk2 pilihan yang banyak mengentuh hati) 2. Ust. Lokeman Hazli (buku Permata Pemberian yang Indah dan Menjaga Segala Hati yang Lalai, Munyatul Musolli, dan yang memberi ibu petunjuk jalan yang patut diambil untuk selamat) 2011-Hidayatus Salikin (Petunjuk Jalan Bagi Orang Yang Takut Kepada Allah Taala), 3. Ust. Nik Bakri (buku Haqiqat Tasawuf dan Wasiat Agama & Wasiat Iman) dan yang mengijazahkan Wirdun Latiff) 4. Ust. Halim Din (Buku Hadith 40) 5. Ust.Roslan Mohamad (tajuk2 pilihan & hadith) 6. Ust.Shahril Long (ayat2 pilihan dari Al-Quran dan guru yang paling ibu tabik) 7. Ust. Firdaus Sulaiman (Harfiah and ayat2 pilihan) 8. Ust.Kamal Shaari (Buku Rahasia Kematian, Alam Akhirat & Kiamat) 9. Ust.Zulkifli Ahmad (Buku Tanbihul Ghafilin-Peringatan Bagi yang Lupa) 10. Ust.Awang Mamat (2011-Buku Minhajul Abidin (Jalan Para Abid)) 11. Ustazah Kamariah yang membimbing tajwid Al-Quran & Ustaz Shukri Hj Ali yang membimbing taranum dan banyak ustaz2 dan ustazah2 yang lain. Allah rahmatilah kesemua mereka ini.

Wednesday, May 12, 2010

Jenjang Ma'rifah (Tangga Mengenal Allah) - (2) Taubat

Ustaz Mustafa Omar (Masjid Hidayah - 5 April 2010

Tangga Mengenal Allah

1. Uzlah - lepaskan pengaruh duniawi
2. Taubat - kembali kepada Allah
3. Zikir - mengisi perjalanan menuju Allah - suluk
4. Kusyuk

(Refer to Text Ustaz on each topic above dalam folder - ibu will scan in where possible)

TAUBAT - dosa2 diampunkan dan dimasukkan kesurga dan dikumpulkan bersama Nabi2 dan diberi chahaya.
Surah Al-Tahrim ayat 8
(Wahai orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan "taubat nasuha" Mudah-mudahan Tuhan kamu akan hapuskan kesalahan2 kamu dan memasukkan kamu kedalam syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai.....Cahaya iman dan amal solih mereka memancar dihadapan mereka dan disebelah kanan mereka semasa mereka berjalan........)
Dalam ayat ini Allah hanya menyeru pada orang2 beriman kerana orang2 beriman sahja mahu diseru dan yang bersedia untuk kejalan Allah. Seruan bukan hanya pda orang2 yang berdosa tapi pada yang tak berdosa supaya kembali(beriman) kepada Allah. Orang yang bertaubat dia akan semakin dekat pada Allah. Ini yang dikehendaki oleh Rasul. Kembali yang sunggoh2 kepada Allah. Untuk kembali, perlu ILMU melalui AlQuran dan Hadith.

Dari Ustaz Lokeman Hazli.
3 perkara mesti dilakukan untuk jumpa jalan menemui Allah.

1. Khalwat
2. Suluk, zikir
3. Mujahadah - (Memerangi Hawa Nafsu)

Kata "mujahadah" berasal dari kata "al-jihad" iaitu mengeluarkan segala kesungguhan, kekuatan dan kesanggupan pada jalan yang diyakini oleh manusia bahawa jalan itulah yang hak dan benar. Namun demikian, kata al-jihad itu telah sering dipakai dalam erti perang sabil, memerangi musuh-musuh, dan membela diri dari serangan dan gangguan mereka
Namun dalam dunia tasauf, kata jihad diertikan dengan memerangi hawa nafsu. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. bahawa memerangi hawa nafsu itu lebih berat dan lebih besar daripada memerangi orang-orang kafir. Bahkan Rasulullah s.a.w. setelah kembali dari satu peperangan besar bersabda kepada sahabat-sahabatnya:

"Kita ini kembali dari peperangan yang paling kecil, menuju
peperangan yang lebih besar"

Setelah Rasulullah s.a.w. ditanya sahabat, beliau menjawab bahawa peperangan yang lebih besar itu ialah memerangi hawa nafsu. Dalam hadith yang lain pula, Rasulullah s.a.w menggambarkan bagaimana besarnya bahaya hawa nafsu:

"Bukanlah orang yang gagah berani itu lantaran dia cepat melompati
musuhnya didalam pertempuran, tetapi orang yang berani ialah
orang yang boleh menahan dirinya dari kemarahan".
(Hadith riwayat Abu Daud)

No comments:

Post a Comment