Semoga Allah memberkati Ustaz2 yang mana ilmu ibu dapati. Amin

Ustaz2 yang dihormati dan dikasihi:- 1. Ust. Mustafa Umar (kelas Harfiah, buku 30 Perkara Penting Dalam Hidup, Sunatullah dan banyak tajuk2 pilihan yang banyak mengentuh hati) 2. Ust. Lokeman Hazli (buku Permata Pemberian yang Indah dan Menjaga Segala Hati yang Lalai, Munyatul Musolli, dan yang memberi ibu petunjuk jalan yang patut diambil untuk selamat) 2011-Hidayatus Salikin (Petunjuk Jalan Bagi Orang Yang Takut Kepada Allah Taala), 3. Ust. Nik Bakri (buku Haqiqat Tasawuf dan Wasiat Agama & Wasiat Iman) dan yang mengijazahkan Wirdun Latiff) 4. Ust. Halim Din (Buku Hadith 40) 5. Ust.Roslan Mohamad (tajuk2 pilihan & hadith) 6. Ust.Shahril Long (ayat2 pilihan dari Al-Quran dan guru yang paling ibu tabik) 7. Ust. Firdaus Sulaiman (Harfiah and ayat2 pilihan) 8. Ust.Kamal Shaari (Buku Rahasia Kematian, Alam Akhirat & Kiamat) 9. Ust.Zulkifli Ahmad (Buku Tanbihul Ghafilin-Peringatan Bagi yang Lupa) 10. Ust.Awang Mamat (2011-Buku Minhajul Abidin (Jalan Para Abid)) 11. Ustazah Kamariah yang membimbing tajwid Al-Quran & Ustaz Shukri Hj Ali yang membimbing taranum dan banyak ustaz2 dan ustazah2 yang lain. Allah rahmatilah kesemua mereka ini.

Friday, May 14, 2010

Mutiara Kata Hari Ini

Ustaz Abdullah Iraqi (Masjid Saudara Baru SS4B) 14 Mei 2010

"Buat satu PENGORBANAN tapi jangan kita Terkorban"

Ibu tergelak dengan kata2 ustaz kerana tanpa disedari "terkorban" dalam banyak aspect kehidupan yang kita tak sedari. Contoh kita kerja bagai nak gila cari duit untuk kehidupan yang selesa, bila dah selesa kita tetap kerja kerana ada yang lain yang kita perlu, dan seterusnya. Kata kita kerja sebab berkorban tapi yang terkorban siapa? Anak2, ibubapa, suami, isteri dan sebagainya. Yang paling utama kita lupa tujuan manusia dicipta Allah - ialah untuk IBADAH. Pergi kerja mencari rezeki untuk keluarga itu ibadah tapi jika ia mengatasi ibadah solat, mengabaikan keluarga contohnya disitu yang datang "terkorban"

Dan ustaz kata "Letakkan Agama mengatasi nafsu"

No comments:

Post a Comment