Semoga Allah memberkati Ustaz2 yang mana ilmu ibu dapati. Amin

Ustaz2 yang dihormati dan dikasihi:- 1. Ust. Mustafa Umar (kelas Harfiah, buku 30 Perkara Penting Dalam Hidup, Sunatullah dan banyak tajuk2 pilihan yang banyak mengentuh hati) 2. Ust. Lokeman Hazli (buku Permata Pemberian yang Indah dan Menjaga Segala Hati yang Lalai, Munyatul Musolli, dan yang memberi ibu petunjuk jalan yang patut diambil untuk selamat) 2011-Hidayatus Salikin (Petunjuk Jalan Bagi Orang Yang Takut Kepada Allah Taala), 3. Ust. Nik Bakri (buku Haqiqat Tasawuf dan Wasiat Agama & Wasiat Iman) dan yang mengijazahkan Wirdun Latiff) 4. Ust. Halim Din (Buku Hadith 40) 5. Ust.Roslan Mohamad (tajuk2 pilihan & hadith) 6. Ust.Shahril Long (ayat2 pilihan dari Al-Quran dan guru yang paling ibu tabik) 7. Ust. Firdaus Sulaiman (Harfiah and ayat2 pilihan) 8. Ust.Kamal Shaari (Buku Rahasia Kematian, Alam Akhirat & Kiamat) 9. Ust.Zulkifli Ahmad (Buku Tanbihul Ghafilin-Peringatan Bagi yang Lupa) 10. Ust.Awang Mamat (2011-Buku Minhajul Abidin (Jalan Para Abid)) 11. Ustazah Kamariah yang membimbing tajwid Al-Quran & Ustaz Shukri Hj Ali yang membimbing taranum dan banyak ustaz2 dan ustazah2 yang lain. Allah rahmatilah kesemua mereka ini.

Monday, May 17, 2010

Jihad

Ustaz Firdaus Sulaiman (Masjid Al-Hidayah 18 Mei 2010)

Surah An Nisa' ayat 95 & 96
(Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar;
[96]
Iaitu beberapa darjat kelebihan daripadaNya, dan keampunan serta rahmat belas kasihan. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. )

Makna uzur ialah terhalang.

Hadith Rasul yang ditulis of Imam Faqqurazi -
Allah berfirman "Wahai malaikat tulislah kebaikan apa yang dilakukan masa sihatnya"

Firman Allah diatas ditujukan pada orang yang terhalang untuk berbuat kebajikan kerana uzur (sakit)

Dalam Hadith yang lain dari Bukhari (dari Ust. Shafiee yang mengajar B.Arah)
'Apabila hamba telah sakit atau bermusafir telah ditulis baginya pahala nya sama seperti dikerjakan waktu sihat atau musafir'

Dalam tahsir ayat di atas, jika masa sihat seseorang itu membuat ibadah tahjud, sedekah dan lain2 dengan istiqomah, semua kebaikan yang pernah dilakukan akan diperintah oleh Allah pada malaikat untuk ditulis masa orang itu sedang uzur. Selagi orang itu berniat membuat kebajikan dalam uzurnya

Dalam hadith yang lain "Niat yang baik2 (orang2 yang beriman) lebih baik dari amalana nya"

Nasihat ustaz - Pasang niat untuk mati syahid(berjihad) walaupun keadan tak mengizinkan. Niat mesti buat. (walaupun perempuan dan tak pergi perang)

Dalam ayat diatas (An-Nisa') Allah ulang 3 kali kelebihannya pahala orang yang berjihad kejalan Allah atas orang2 yang duduk2 saja.

Hadith shoih Bukhari & Muslim.
"Disyurga ada 7 tingkat (atau darjat) dan masing2 tingkat ada 100 tingkatan untuk orang2 yang berjihad. Yang membezakan adalah niat & keikhlasan. Satu tingkat ke tingkat yang lain adalah umpama langit dan bumi. Bayangkanlah!

Hadith yang lain
"Dalam jihad setiap anak panah yang dilepaskan adalah menaikkan satu darjat. Satu darjat ketingkatan darjat yang lain perlu merentas 100 tahun"

Bottomline - masa sihat pulun betul2 semua amal dan ibadah supaya bila kita sakit atau tua dan uzur, Allah akan tulis segala kebaikan yang pernah dilakukan dimasa sihat.

Dalam ayat diatas Allah janjikan 3 perkara jika berjihad -
1. Darjat dari Allah
2. Diberi keampunan Allah - hanya dosa2 berkaitan dengan Allah sahja. E.g. jika berhutang dan selepas itu mati shahid, roh akan tergantung tak lepas sebabkan hutang.
3. Diberi Rahmat - kesyurga dan dapat redho Allah.

No comments:

Post a Comment