Semoga Allah memberkati Ustaz2 yang mana ilmu ibu dapati. Amin

Ustaz2 yang dihormati dan dikasihi:- 1. Ust. Mustafa Umar (kelas Harfiah, buku 30 Perkara Penting Dalam Hidup, Sunatullah dan banyak tajuk2 pilihan yang banyak mengentuh hati) 2. Ust. Lokeman Hazli (buku Permata Pemberian yang Indah dan Menjaga Segala Hati yang Lalai, Munyatul Musolli, dan yang memberi ibu petunjuk jalan yang patut diambil untuk selamat) 2011-Hidayatus Salikin (Petunjuk Jalan Bagi Orang Yang Takut Kepada Allah Taala), 3. Ust. Nik Bakri (buku Haqiqat Tasawuf dan Wasiat Agama & Wasiat Iman) dan yang mengijazahkan Wirdun Latiff) 4. Ust. Halim Din (Buku Hadith 40) 5. Ust.Roslan Mohamad (tajuk2 pilihan & hadith) 6. Ust.Shahril Long (ayat2 pilihan dari Al-Quran dan guru yang paling ibu tabik) 7. Ust. Firdaus Sulaiman (Harfiah and ayat2 pilihan) 8. Ust.Kamal Shaari (Buku Rahasia Kematian, Alam Akhirat & Kiamat) 9. Ust.Zulkifli Ahmad (Buku Tanbihul Ghafilin-Peringatan Bagi yang Lupa) 10. Ust.Awang Mamat (2011-Buku Minhajul Abidin (Jalan Para Abid)) 11. Ustazah Kamariah yang membimbing tajwid Al-Quran & Ustaz Shukri Hj Ali yang membimbing taranum dan banyak ustaz2 dan ustazah2 yang lain. Allah rahmatilah kesemua mereka ini.

Friday, May 14, 2010

Kepentingan Zikir dan Kelebihan

Ustaz Roslan Mohamad (Masjid Al-Ehsan SS5A 10 April 2010)

Imam Al-Ghazali - Zikir adalah senjata kukoh, penyambung nyawa, dan memanjangkan usia.

Surah Al-Ahzaab ayat 4
(Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya; )

Kata Ibn-Khathsir - 3 rahsia yang besar dalam zikir
1. Allah khususkan pada orang2 beriman
2. Allah rakamkan zikir hati orang2 beriman
3. Allah membuka rahsia bahawa umat Muhammad s.a.w yang berzikir memuji Allah adalah orang2 yang disayang.

Pada yang susah berzikir- hadith dari Saidina Aishah : Mana2 manusia yang berlalu sehariannya dengan tidak berzikir, menyebut nama Allah, dia akan berdukacita yang amat sangat dihari kiamat.

Dari Abi Tardar, Rasul bersabda : Wahai sahabat nak dengar satu berita, satu amalan yang bijak kalau kamu lakukan dan mulia dilakukan belih baik dari emas dan perak, kata Rasul, zikirullah, zikir pada Allah.

Hadith dari Abu Musa Alsaari : bersabda Rasul- perumpamaan orrang2 yag sentiasa berzikir dan orang2 yang tak berzikir, seperti hidup dan mati(mayat).

Kelebihan zikir
1. Zikir akan membunuh syaitan2 yang menggoda
Surah Aszuruf ayat 36

2. Zikir adalah menanam tanaman dalam syurga.

No comments:

Post a Comment