Semoga Allah memberkati Ustaz2 yang mana ilmu ibu dapati. Amin

Ustaz2 yang dihormati dan dikasihi:- 1. Ust. Mustafa Umar (kelas Harfiah, buku 30 Perkara Penting Dalam Hidup, Sunatullah dan banyak tajuk2 pilihan yang banyak mengentuh hati) 2. Ust. Lokeman Hazli (buku Permata Pemberian yang Indah dan Menjaga Segala Hati yang Lalai, Munyatul Musolli, dan yang memberi ibu petunjuk jalan yang patut diambil untuk selamat) 2011-Hidayatus Salikin (Petunjuk Jalan Bagi Orang Yang Takut Kepada Allah Taala), 3. Ust. Nik Bakri (buku Haqiqat Tasawuf dan Wasiat Agama & Wasiat Iman) dan yang mengijazahkan Wirdun Latiff) 4. Ust. Halim Din (Buku Hadith 40) 5. Ust.Roslan Mohamad (tajuk2 pilihan & hadith) 6. Ust.Shahril Long (ayat2 pilihan dari Al-Quran dan guru yang paling ibu tabik) 7. Ust. Firdaus Sulaiman (Harfiah and ayat2 pilihan) 8. Ust.Kamal Shaari (Buku Rahasia Kematian, Alam Akhirat & Kiamat) 9. Ust.Zulkifli Ahmad (Buku Tanbihul Ghafilin-Peringatan Bagi yang Lupa) 10. Ust.Awang Mamat (2011-Buku Minhajul Abidin (Jalan Para Abid)) 11. Ustazah Kamariah yang membimbing tajwid Al-Quran & Ustaz Shukri Hj Ali yang membimbing taranum dan banyak ustaz2 dan ustazah2 yang lain. Allah rahmatilah kesemua mereka ini.

Friday, May 21, 2010

Menahan Marah

Ustaz Wahidin (Masjid Al-Hidayah) 20 Mei 2010)

Dari buku Tanbihul Ghafilin - Peringatan Bagi Yang Lupa

Hadith - "Marah itu bara api maka siapa yang merasakan demikian, jika ia sedang berdiri maka hendaklah duduk, dan bila ia sedang duduk hendaklah bersandar (berbaring)

Yang jarang ustaz2 lain kata bab hadith diatas ialah, ketika marah letakkan pipi ketanah kerana asal mannusia dari tanah, maka tanah akan meredakan kemarahan.

Siapa yang tidak memiliki tiga sifat, tidak dapat merasakan manisnya iman -
1. Kesabaran untuk menolak kebodohan orang yang bodoh - dalam Al-Quran diajar kita 'maal salamah' say bye-bye pada golongan ini, jangan dilayan.

2. Dan wara' yang dapat mencegah dari yang haram - peka dengan yang subhat (was-was).

3. Dan akhlak untuk bergaul dengan manusia dan akhlak untuk masyarakat.(boleh bergaul dengan sesiapa tak kira kedudukan, kaya, miskin, etc.

to be continued.

Continue - 27 Mei 2010

Hadith - Sesiapa yang ingin menjadi yang terkuat hendaknya berserah diri pada Allah, dan sesiapa yang ingin menjadi mulia hendaknya bertakwa kepada Allah dan sesiapa yang ingin menjadi sekaya kaya manusia hendaknya lebih percaya kepada jaminan Allah daripada apa yang ada ditangannya.

Hadith dari Abu Darda'.

Sesiapa yang mengamalkan perkara dibawah akan mendapat derajat yang tinggi sebagai pahalanya.

1. Jangan makan kecuali yang halal.
2. Minta rezeki dari Allah setiap hari - solat Duha
3. Anggap dirimu dari golongan orang yang mati.
4. Serahkan diri kepada Allah jika dimaki, caci atau mengganggu.
5. Jaga kehormatan diri
6. Jika berbuat salah atau dosa segera minta ampun kepada Allah ta'ala.

No comments:

Post a Comment