Semoga Allah memberkati Ustaz2 yang mana ilmu ibu dapati. Amin

Ustaz2 yang dihormati dan dikasihi:- 1. Ust. Mustafa Umar (kelas Harfiah, buku 30 Perkara Penting Dalam Hidup, Sunatullah dan banyak tajuk2 pilihan yang banyak mengentuh hati) 2. Ust. Lokeman Hazli (buku Permata Pemberian yang Indah dan Menjaga Segala Hati yang Lalai, Munyatul Musolli, dan yang memberi ibu petunjuk jalan yang patut diambil untuk selamat) 2011-Hidayatus Salikin (Petunjuk Jalan Bagi Orang Yang Takut Kepada Allah Taala), 3. Ust. Nik Bakri (buku Haqiqat Tasawuf dan Wasiat Agama & Wasiat Iman) dan yang mengijazahkan Wirdun Latiff) 4. Ust. Halim Din (Buku Hadith 40) 5. Ust.Roslan Mohamad (tajuk2 pilihan & hadith) 6. Ust.Shahril Long (ayat2 pilihan dari Al-Quran dan guru yang paling ibu tabik) 7. Ust. Firdaus Sulaiman (Harfiah and ayat2 pilihan) 8. Ust.Kamal Shaari (Buku Rahasia Kematian, Alam Akhirat & Kiamat) 9. Ust.Zulkifli Ahmad (Buku Tanbihul Ghafilin-Peringatan Bagi yang Lupa) 10. Ust.Awang Mamat (2011-Buku Minhajul Abidin (Jalan Para Abid)) 11. Ustazah Kamariah yang membimbing tajwid Al-Quran & Ustaz Shukri Hj Ali yang membimbing taranum dan banyak ustaz2 dan ustazah2 yang lain. Allah rahmatilah kesemua mereka ini.

Wednesday, May 12, 2010

Tentang Hati

Ustaz Shahril Long (Masjid Saudara Baru SS5B - 25 Jan 2010)

S.Al-Shu'ara Ayat 88&89
(Hari yang padanya harta benda dan anak pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apa pun, Kecuali orang yang datang menghadap Allah dengan HATI yang selamat sejahtera daripada syirik dan penyakit nifaq.

S. Al-Bakarah ayat 10
(Didalam hati meraka (munafik) terdapat penyakit syak dan hasad dengki lalu Allah menambahkan lagi penyakit mereka dan mereka pula akan beroleh azab yang pedih disebabkan mereka berdusta dan mendustakan kebenaran)

A. Ciri2 hati yang sakit
1. Benci ketaatan pada Allah dan Rasul (Surah An-Nisa' ayat 67)
2. Suka buat maksiat (Surah Ankabut ayat 45)
3. Tidak suka tempat2 ibadah dan majlis ilmu
60 rahmat Allah pada orang2 yang tawaf di Baitullah
40 rahmat yang solat sunat, baca Quran, zikir diBaitullah
20 rahmat yang melihat Kaabah.
4. Benci ulamak dan orang2 soleh

B. Factor Hati Sakit
1. Ikut hawa nafsu (Surah Al-Mukminin ayat 71)
2. Lalai -ghuhlah
3. Cinta dunia dan takut mati
4. Subhat - haram tetap haram

C. Penawar Hati
1. Kurangkan makan - merawat hati
2. Munajat diwaktu sahor (surah Al-Imran ayat 17)
Qonitiin - tak cari alasan untuk ta'at
Munfikin - belanja kejalan Allah
Mustakfirin - orang yang istighfar diwaktu sahor.
3. Duduk dalam majlis2 ilmu
4. Bangun solat malam - Allah beri kemulian pada mukmin yang kiamullai-hadith Allah beri keperkasaan, seseorang mukmin yang tak bergantung pada manusia
5. Baca Quran-sekurang2 Surah Al-Iklas, Al-Mulk hadith hassan, Al-Kahfi malam Jumaat

No comments:

Post a Comment