Semoga Allah memberkati Ustaz2 yang mana ilmu ibu dapati. Amin

Ustaz2 yang dihormati dan dikasihi:- 1. Ust. Mustafa Umar (kelas Harfiah, buku 30 Perkara Penting Dalam Hidup, Sunatullah dan banyak tajuk2 pilihan yang banyak mengentuh hati) 2. Ust. Lokeman Hazli (buku Permata Pemberian yang Indah dan Menjaga Segala Hati yang Lalai, Munyatul Musolli, dan yang memberi ibu petunjuk jalan yang patut diambil untuk selamat) 2011-Hidayatus Salikin (Petunjuk Jalan Bagi Orang Yang Takut Kepada Allah Taala), 3. Ust. Nik Bakri (buku Haqiqat Tasawuf dan Wasiat Agama & Wasiat Iman) dan yang mengijazahkan Wirdun Latiff) 4. Ust. Halim Din (Buku Hadith 40) 5. Ust.Roslan Mohamad (tajuk2 pilihan & hadith) 6. Ust.Shahril Long (ayat2 pilihan dari Al-Quran dan guru yang paling ibu tabik) 7. Ust. Firdaus Sulaiman (Harfiah and ayat2 pilihan) 8. Ust.Kamal Shaari (Buku Rahasia Kematian, Alam Akhirat & Kiamat) 9. Ust.Zulkifli Ahmad (Buku Tanbihul Ghafilin-Peringatan Bagi yang Lupa) 10. Ust.Awang Mamat (2011-Buku Minhajul Abidin (Jalan Para Abid)) 11. Ustazah Kamariah yang membimbing tajwid Al-Quran & Ustaz Shukri Hj Ali yang membimbing taranum dan banyak ustaz2 dan ustazah2 yang lain. Allah rahmatilah kesemua mereka ini.

Wednesday, May 12, 2010

Mengenal Pintu2 Syaitan dalam Manusia

Ustaz Firdaus Sulaiman (Masjid Kelana Putera, 5 Mei 2010)

Surah An-Nisa' ayat 76.
(Orang yang beriman berperang pada jalan Allah dan yang kafir pula berperang pada jalan taghut(syaitan). Oleh itu, perangilah pengikut2 syaitan itu. Sesungguhnya tipu daya syaitan itu terhadap orang yang beriman adalah lemah.)

Ada 7 pintu2 syaitan yang mesti dikenali supaya kita dapat melawan dan jauhi -

1. MARAH - elakkan perasaan marah kerana pintu syaitan utama adalah marah.
- banyakkan ta'aus dan istiazah.
- doa (Allahumma firli zunubi waaz hibghozoh kolbi birohmatikaya harhamarohimin- to paste in Arab)

2. HASAD DENGKI
Hanya dua dengki yang dibolehkan dalam Islam. Dipanggil "ghibthoh" ie.
- dengki pada orang yang diberi ilmu Allah dan beramal dengannya
- dengki pada orang yang diberi nikmat kekayaan dan diinfakkan kejalan Allah.

3. TAMAK HALOBA
Terlalu hendak sesuatu hinga buta dan pekak hati. Ikut nafsu.

4. TERLAMPAU KENYANG
Walaupun dengan makanan yang halal dan baik kerana kenyang membuat kita malas.
Dengan terlampau kenyang 6 sifat tak baik akan timbul ;
- Hilang rasa takut pada Allah
- Allah hilangkan rasa kasih sayang dan rahmat pada mahluk lain
- Berat melakukan ketaatan pada Allah
- Kurang berkesan pada kata2 hikmah didalam hati orang yang kenyang
- Penceramah yang kenyang akan kurang kesannya pada pendengar
- Pelbagai penyakit akan datang

5. CINTA HIASAN
Tak kira dari segi apa pun rumah, diri, dan lain2 - pembaziran

6. TERBURU2 dan TERGESA2
perbuatan ini adalah dari syaitan
Surah Al-Isra' ayat 11
(.......manusia itu bertabiat terburu2)

7. HARTA KEKAYAAN
Ia nya akan melalaikan dan nafsu

8. KEDEKUT DAN TAKUT MISKIN
Nafsu.

No comments:

Post a Comment