
> Rujukan Hadis 1:
> Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
> ” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang
> tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya.
> Pemimpin yand adil;
> pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT ;
> seseorang yang hatinya terpaut pada masjid;
> 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT;
> lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat
> tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah;
> seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakantangan kanannya
> tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya;
> dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir
> air matanya kerana Allah SWT.” Hadis Riwayat Muslim
>
> Rujukan Hadis 2:
>
> MENINGGAL DENGAN BERPELUH DI DAHI.
>
> Buraidah ibnul Hushaib radhiyallahu ‘anhu ketika berada di Khurasan
> menjenguk saudaranya yang sedang sakit. Didapatkannya saudaranya ini
> menjelang ajalnya dalam keadaan berkeringat di dahinya. Ia pun berkata,
> “Allahu Akbar! Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa
> sallam
> bersabda:
>
> مَوْتُ الْمُؤْمِنِ بِعَرَقِ الْجَبِيْنِ
>
> “Meninggalnya seorang mukmin dengan keringat di dahi.” (HR. Ahmad,
> An-Nasa`i, dll. Sanad An-Nasa`i shahih di atas syarat Al-Bukhari) Rujukan
> Hadis 3:
>
>
> MENINGGAL DI JALAN ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA.
>
> Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu menyampaikan sabda Rasulullah Shallallahu
> ‘alaihi wa sallam:
>
> مَا تَعُدُّوْنَ الشَّهِيْدَ فِيْكُمْ؟ قَالُوْا: يَا رَسُوْلَ اللهِ، مَنْ
> قُتِلَ فِي سَبِيْلِ اللهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ. قَالَ: إِنَّ شُهَدَاءَ أُمَّتِي
> إِذًا لَقَلِيْلٌ. قَالُوْا: فَمَنْ هُمْ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ: مَنْ
> قُتِلَ فِي سَبِيْلِ اللهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ, وَمَنْ مَاتَ فِي سَبِيْلِ اللهِ
> فَهُوَ شَهِيْدٌ، وَمَنْ مَاتَ فيِ الطَّاعُوْنَ فَهُوَ شَهِيْدٌ، وَمَنْ
> مَاتَ
> فِي الْبَطْنِ فَهُوَ شَهِيْدٌ، وَالْغَرِيْقُ شَهِيْدٌ
>
> “Siapa yang terhitung syahid menurut anggapan kalian?” Mereka menjawab,
> “Wahai Rasulullah, siapa yang terbunuh di jalan Allah maka ia syahid.”
> Beliau menanggapi, “Kalau begitu, syuhada dari kalangan umatku hanya
> sedikit.” “Bila demikian, siapakah mereka yang dikatakan mati syahid,
> wahai
> Rasulullah?” tanya para sahabat. Beliau menjawab, “Siapa yang terbunuh di
> jalan Allah maka ia syahid, siapa yang meninggal di jalan Allah maka ia
> syahid, siapa yang meninggal kerana penyakit tha’un2 maka ia syahid, siapa
> yang meninggal kerana penyakit perut maka ia syahid, dan siapa yang
> tenggelam ia syahid.” (HR. Muslim)
>
>
> Rujukan Hadis 4:
>
> MENINGGAL KERANA PENYAKIT DI PERUT, KERANA TENGGELAM, DAN DITIMPA
> RUNTUHAN.
>
> berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
>
> الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ: الْمَطْعُوْنُ وَالْمَبْطُوْنُ وَالْغَرِقُ وَصاَحِبُ
> الْهَدْمِ وَالشَّهِيْدُ فِي سَبِيْلِ اللهِ
>
> “Syuhada itu ada lima , yaitu orang yang meninggal kerana penyakit tha’un,
> orang yang meninggal kerana penyakit perut, orang yang mati tenggelam,
> orang
> yang meninggal kerana tertimpa reruntuhan, dan orang yang gugur di jalan
> Allah.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim dari hadits Abu Hurairah radhiyallahu
> ‘anhu)
> -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
> KISAH BENAR!!!(BUKTI GAMBAR DISERTAKAN..)
> Assalamualaikum Semua Warga BP,
>
> Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal
> kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah . Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran,
> lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.
>
> Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu.
> Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa
> balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir.
>
> Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat.
> Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah).
> Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar.
> Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah
> masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan dia seperti masih hidup.
> Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur.
> Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya.
> Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketika
> menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.
>
> Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia
> yang terpilih untuk mati syahid.
>
> Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak
> diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh.
> Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.
>
> Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan
> berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama.
> Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau
> beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah
> tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.
>
> Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya
> meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa
> amat kerdil dan tiada nilai.
>
> Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.
>
> PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.
>
> ** gambar2 diambil ketika jenazah sampai di masjid sri petaling.
>
> wassalam
>
> adenan
Salam
ReplyDeleteTerima kasih kerana memuatkan kisah anak saya. Jika dapat mendatangkan manfaat boleh baca hal berkaitan dengan arwah huzaifah yang saya tulis dan akan tulis dalam blog saya .http://mhuzazi.blogspot.com ....dalam kata-kata hati.tq