Semoga Allah memberkati Ustaz2 yang mana ilmu ibu dapati. Amin

Ustaz2 yang dihormati dan dikasihi:- 1. Ust. Mustafa Umar (kelas Harfiah, buku 30 Perkara Penting Dalam Hidup, Sunatullah dan banyak tajuk2 pilihan yang banyak mengentuh hati) 2. Ust. Lokeman Hazli (buku Permata Pemberian yang Indah dan Menjaga Segala Hati yang Lalai, Munyatul Musolli, dan yang memberi ibu petunjuk jalan yang patut diambil untuk selamat) 2011-Hidayatus Salikin (Petunjuk Jalan Bagi Orang Yang Takut Kepada Allah Taala), 3. Ust. Nik Bakri (buku Haqiqat Tasawuf dan Wasiat Agama & Wasiat Iman) dan yang mengijazahkan Wirdun Latiff) 4. Ust. Halim Din (Buku Hadith 40) 5. Ust.Roslan Mohamad (tajuk2 pilihan & hadith) 6. Ust.Shahril Long (ayat2 pilihan dari Al-Quran dan guru yang paling ibu tabik) 7. Ust. Firdaus Sulaiman (Harfiah and ayat2 pilihan) 8. Ust.Kamal Shaari (Buku Rahasia Kematian, Alam Akhirat & Kiamat) 9. Ust.Zulkifli Ahmad (Buku Tanbihul Ghafilin-Peringatan Bagi yang Lupa) 10. Ust.Awang Mamat (2011-Buku Minhajul Abidin (Jalan Para Abid)) 11. Ustazah Kamariah yang membimbing tajwid Al-Quran & Ustaz Shukri Hj Ali yang membimbing taranum dan banyak ustaz2 dan ustazah2 yang lain. Allah rahmatilah kesemua mereka ini.

Wednesday, May 4, 2011

Talkin, Solat Jemaah

Ustaz Kamal Ashari Masjid Al-Hidayah 5 Mei 2011

Hari ini kami sambung lagi pengajian dari buku Imam Qurthubi dari buku Rahsia Kematian, Alam Akhirat & Kiamat bab menalkin mayit dengan khalimah 'La Illaha Illallah'

Disebut oleh ramai ulama dalam buku ini, kita harus mengajar orang yang nazak dengan khalimah "la Illaha Illallah" hanya sekali dan jangan bercakap hal yang lain2 selepas itu kerana sibuknya orang yang nazak itu dengan sakaratul maut. Jika bercakap hendak lah diulang sekali lagi supaya akhir percakapan dari mulut orang itu hanya khalimah yang agong ini. Di sebut juga khalimah ini pada orang yang dalam koma kerana orang koma sebenarnya dapat mendengar. Selain itu, disuroh kita membaca surah Al-Iklas banyak2 yang nak mati itu. Yang menunggu disuroh menceritakan surga dan jangan dirunsingkan serta membebankan yang nazak - in other words, jangan cakap hal dunia lagi, ustaz kata baca Surah Al-Waqiah dan Ar-Rahman.

Dari buku ini - Amalan hatilah yang diperhitungkan dan yang bisa membawa keselamatan.

Huru hara sakaratul maut ada 3 -
1. Malaikat mencabut maut datang dengan rupa yang sangat hodoh yang pandangan malaikat maut itu lebih dahsyat sakitnya dari seribu pukulan pedang. Jika amalan tak baik didunia

2. Setan yang banyak datang mengerumuni dengan wajah merupai orang2 yang kita kenali

3. Ditayangkan dosa2 yang tak minta ampun sebelum mati.

Ustaz sentuh tentang solat jemaah bagi orang lelaki dimasjid. Perempuan lebih afdal dirumah - ini ustaz ulang berkali-kali dengan apa alasan pun - lebih kusyuk, lebih tenang etc ...perempuan tetap lebih afdah sembahyang dirumah. On solat jemaah, kita selalu dengar tentang kelebihan solat jemaah adalah 25 ada yang sebut 27 darjat lebih dari sembahyang sendiri. Ada yang kata 25 atau 27 pahala. Sebenarnya darjat bukan pahala dan darjat itu dikira bagaimana....Ustaz terlupa nama kitab yang menyebut tentang darjat ini dari Imam Ibnu Hajar dan hadith khudsi -

Darjat Pertama ialah orang yang datang berjemaah yang dengar azan dan menjawab azan, diikuti dengan selawat Nabi serta dibaca doa wasilah, hadith Rasul mengatakan wajib orang ini mendapat shafaat dari Rasul.

Darjat Kedua ialah orang yang berjalan kaki kemasjid untuk berjemaah hadith Qudsi menyatakan malaikat2 akan bertelagah untuk mencatat kebaikan orang ini dalam 3 keadaan - (1) mereka yang selepas solat suboh duduk ditempatnya sambil berzikir hingga waktu dhuha. (2) orang yang berjalan kemasjid (3) orang yang mengekalkan wudhu walaupun dalam keadaan uzur.

ustaz akan sambung darjat seterusnya lain waktu.

No comments:

Post a Comment