Semoga Allah memberkati Ustaz2 yang mana ilmu ibu dapati. Amin

Ustaz2 yang dihormati dan dikasihi:- 1. Ust. Mustafa Umar (kelas Harfiah, buku 30 Perkara Penting Dalam Hidup, Sunatullah dan banyak tajuk2 pilihan yang banyak mengentuh hati) 2. Ust. Lokeman Hazli (buku Permata Pemberian yang Indah dan Menjaga Segala Hati yang Lalai, Munyatul Musolli, dan yang memberi ibu petunjuk jalan yang patut diambil untuk selamat) 2011-Hidayatus Salikin (Petunjuk Jalan Bagi Orang Yang Takut Kepada Allah Taala), 3. Ust. Nik Bakri (buku Haqiqat Tasawuf dan Wasiat Agama & Wasiat Iman) dan yang mengijazahkan Wirdun Latiff) 4. Ust. Halim Din (Buku Hadith 40) 5. Ust.Roslan Mohamad (tajuk2 pilihan & hadith) 6. Ust.Shahril Long (ayat2 pilihan dari Al-Quran dan guru yang paling ibu tabik) 7. Ust. Firdaus Sulaiman (Harfiah and ayat2 pilihan) 8. Ust.Kamal Shaari (Buku Rahasia Kematian, Alam Akhirat & Kiamat) 9. Ust.Zulkifli Ahmad (Buku Tanbihul Ghafilin-Peringatan Bagi yang Lupa) 10. Ust.Awang Mamat (2011-Buku Minhajul Abidin (Jalan Para Abid)) 11. Ustazah Kamariah yang membimbing tajwid Al-Quran & Ustaz Shukri Hj Ali yang membimbing taranum dan banyak ustaz2 dan ustazah2 yang lain. Allah rahmatilah kesemua mereka ini.

Wednesday, March 7, 2012

(4) Mencari Peluang Bersama Malaikat

Ust Mustafa Umar Masjid Klana Putra 6 Mar 2012


Ini adalaah topic keempat antara 30 perkara penting dalam hidup (tahun 2). Ibu will try to update the rest as soon as my busy days are over.

Surah Ali-Imran ayat 39 (KIV- I will put in the ayat Quran later)

Ustaz Mustafa seperti biasa akan kaitkan ayat quran to explain the topic today. Kata Ustaz, JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH DENGAN IBADAH, ALLAH AKAN HANTAR MALAIKAT, insyaallah. Ini mustahak! Ibu teringat another quotation "ehfazillah, yahfazka" meaning Jaga Allah, Allah akan jaga kita. Malaikat dicipta sebagai surohan Allah. Malaikat membawa RAHMAT untuk orang2 beriman. Malaikat membawa azab pada orang2 kafir. Di topic ini, ustaz kata memang setiap orang ada dua malaikat yang mencatit setiap tingkah laku, cakapan, hatta yang terdetik didalam hati kita, namun malaikat yang ditopic ini adalah yang selain dari yang dua ini....

Rujuk pada ayat diatas, setelah diberitahu oleh Mariam kepada Nabi Zakaria bahawa buah2an yang didapati (out of season fruit summer fruits dapat dalam winter, vis-versa) adalah dari Allah. Nabi Zakaria terus kemihrab dan solat. Ketika itu malaikat datang memberitahu Allah akan beri anak bernama Nabi Yahya.

Surah Ali-Imran ayat 122-125 - Perang Badar Allah berfirman bersabar dan takwa, Allah akan beri pertolongan melalui malaikat, peluang bersama malaikat.

Surah Bakarah ayat 53 - Nabi Isa sentiasa bersama malaikat (ruhul kudus)

Surah Al-Qadr ayat 5 - Malam lailatulqadar, malam yang istimewa. Turun malaikat berbondong-bondong (ramai dan bersesak2), dipimpin malaikat Jibrail dengan izin Allah untuk meraikan malam lailatulqadar.

Masa2 peluang bersama malaikat

1. Hadith dari Imam Malik, kitab Al Muafak. Solat jemaah, imam selesai baca fathiah, jemaah sambu dengan Amiin, malaikat membaca Amiin dilangit - jika sama Amiin malaikat dengan Amiin kita, semua dosa2 lalu diampunkan.

2. Hadith dari Imam Malik - Barangsiapa yang solat ditanah lapang dan tidak mencari2 masjid kerana takut waktu solat akan habis - ketika dia solat ditanah lapang itu, dikirinya, dikanannya malaikat berdiri, dan dibelakangnya malaikat setinggi bukit/gunong akan berdiri bersama yang solat.

3.Duduk berzikir ditempat solat selagi tidak batal. Malaikat akan berdoa untuk kita "Allah ampunkan dan rahmati dia"

4. Hadith Imam Bukhari - Untuk lelaki, pada hari Jumaat, malaikat tunggu dipintu masjid menulis siapa yang pertama masuk seperti orang yang sembelih unta, yang kedua, seperti yang sembelih lembu, ketiga seperti sembelih kambing, keempat seperti sembelih ayam, kelima seperti sembelih telur ayam, bila khatib naik mimbar, malaikat tutup buku catatan dan masuk kedalam masjid.

5. Dirumah yang ada patung berbentuk manusia atau binatang, jika bukan permainan kanak2, malaikat tak akan masuk rumah. walaupun patung yang tak sempurna e.g. kepala saja atau ikan.

6. Hadith Imam Muslim -DiArafah, malaikat hadir. Allah berbangga kepada malaikat dan Allah turun kelangit yang pertama

7. Malaikat bertukar shif diwaktu subuh dan asar dan melaporkan kepada Allah tentang kita.

8 Dari Ummu Salamah (isteri Rasul) di riwayatkan oleh Imam Bukhari - pergi ziarah orang mati, jangan kata2 buruk tentang simati, malaikat meng'amiin'kan kata2 buruk

9. Hadith Imam Daud - pergi menuntut ilmu, Allah akan hamparkan jalan menuju keshurga. Malaikat akan hamparkan sayap untuk majlis2 ilmu.

10. Hadith dari Ana - Cari orang2 berpuasa dan orang baik2 beri makan berbuka puasa, malaikat mendoakan untuk si pemberi makan.

11. Dimajlis ilmu yang dibaca ayat2 Allah. Akan turun ketenangan, rahmat dan malaikat bersesak2, rapat2 bersama2 dengan orang2 yang dimajlis ilmu.

12. Hadith dari Ibnu Maja -Banyak berselawat keatas nabi Muhammad s.a.w, malaikat berdoa untuk kita.

No comments:

Post a Comment