Semoga Allah memberkati Ustaz2 yang mana ilmu ibu dapati. Amin

Ustaz2 yang dihormati dan dikasihi:- 1. Ust. Mustafa Umar (kelas Harfiah, buku 30 Perkara Penting Dalam Hidup, Sunatullah dan banyak tajuk2 pilihan yang banyak mengentuh hati) 2. Ust. Lokeman Hazli (buku Permata Pemberian yang Indah dan Menjaga Segala Hati yang Lalai, Munyatul Musolli, dan yang memberi ibu petunjuk jalan yang patut diambil untuk selamat) 2011-Hidayatus Salikin (Petunjuk Jalan Bagi Orang Yang Takut Kepada Allah Taala), 3. Ust. Nik Bakri (buku Haqiqat Tasawuf dan Wasiat Agama & Wasiat Iman) dan yang mengijazahkan Wirdun Latiff) 4. Ust. Halim Din (Buku Hadith 40) 5. Ust.Roslan Mohamad (tajuk2 pilihan & hadith) 6. Ust.Shahril Long (ayat2 pilihan dari Al-Quran dan guru yang paling ibu tabik) 7. Ust. Firdaus Sulaiman (Harfiah and ayat2 pilihan) 8. Ust.Kamal Shaari (Buku Rahasia Kematian, Alam Akhirat & Kiamat) 9. Ust.Zulkifli Ahmad (Buku Tanbihul Ghafilin-Peringatan Bagi yang Lupa) 10. Ust.Awang Mamat (2011-Buku Minhajul Abidin (Jalan Para Abid)) 11. Ustazah Kamariah yang membimbing tajwid Al-Quran & Ustaz Shukri Hj Ali yang membimbing taranum dan banyak ustaz2 dan ustazah2 yang lain. Allah rahmatilah kesemua mereka ini.

Wednesday, March 7, 2012

(4) Berbaik Sangka Kepada Allah - 4 Perkara Menghadai Masaalah

Ust Mustafa Umar Masjid Darul Ehsan 4 Mar 2012

In this series 4 topics -

1. Menghadap kepada Allah
2. Berserah diri
3. Menyamakan kehendak kita dengan kehendak Allah - ridho
4. Berbaik Sangka pada Allah.

THis topic - refer Surah Ali-Imran ayat 154

Kurang iman, akan bersangka buruk kepada Allah. Ayat ini turun setelah perang Uhud. 2 golongan terbentuk - yang kuat iman, tenang dan yang ragu2 dan tekanan takut kalah, takut mati. Dalam perang ini, rama mati sebab tidak ikut arahan Rasul supaya jangan turun dari bukit. Allah beri kantuk (rasa mengantuk untuk tidur) pada golongan yang kuat iman selepas perang dan takut supaya lepas tidor, mereka rehat dan lebih tenang. Satu lagi golongan, berduka cita dan nafsu and bersangka buruk pada Allah. Golongan ini ragu2 pada Allah kerana kalah dalam perang ini. Yang boleh menyelesaikan masaalah ialah yang bersangka baik pada Allah. Yakin 100% pada Allah dan Rasul. Firman Allah sounds like this, Aku akan mengikut persangkaan yang ada pada hamba Ku terhadap Ku. Simple term, you sangka baik dgn Allah, Allah beri kebaikan, you sangka buruk dapat buruk. Semua yang berlaku didalam hidup adalah qada' dan qadar yang telah ditulis sebelum penciptaan manusia lagi. Allah yang berkehendak adalah Allah yang Maha Bijaksana. Mustahil Allah tetapkan sesuatu tidak baik. Tak ada ilmu, tak kenal Allah maka itu yang datang perangsakaan buruk terhadap Allah & Rasul. Dalam alQuran banyak sunatullah yang Allah khabarkan atas hukum sebab akibat dan semua ada kebaikan didalam nya. Allah berkehendak dengan kebijaksaaanNYA sama dengan hidup kita. Bersangka baik 100% sebab semua berlaku ada hikmah!
Note ibu : senang cakap susah melakukan, hanya iman dan takwa dapat melakukan ini....usaha dan usaha sampai MATI...

No comments:

Post a Comment