Semoga Allah memberkati Ustaz2 yang mana ilmu ibu dapati. Amin

Ustaz2 yang dihormati dan dikasihi:- 1. Ust. Mustafa Umar (kelas Harfiah, buku 30 Perkara Penting Dalam Hidup, Sunatullah dan banyak tajuk2 pilihan yang banyak mengentuh hati) 2. Ust. Lokeman Hazli (buku Permata Pemberian yang Indah dan Menjaga Segala Hati yang Lalai, Munyatul Musolli, dan yang memberi ibu petunjuk jalan yang patut diambil untuk selamat) 2011-Hidayatus Salikin (Petunjuk Jalan Bagi Orang Yang Takut Kepada Allah Taala), 3. Ust. Nik Bakri (buku Haqiqat Tasawuf dan Wasiat Agama & Wasiat Iman) dan yang mengijazahkan Wirdun Latiff) 4. Ust. Halim Din (Buku Hadith 40) 5. Ust.Roslan Mohamad (tajuk2 pilihan & hadith) 6. Ust.Shahril Long (ayat2 pilihan dari Al-Quran dan guru yang paling ibu tabik) 7. Ust. Firdaus Sulaiman (Harfiah and ayat2 pilihan) 8. Ust.Kamal Shaari (Buku Rahasia Kematian, Alam Akhirat & Kiamat) 9. Ust.Zulkifli Ahmad (Buku Tanbihul Ghafilin-Peringatan Bagi yang Lupa) 10. Ust.Awang Mamat (2011-Buku Minhajul Abidin (Jalan Para Abid)) 11. Ustazah Kamariah yang membimbing tajwid Al-Quran & Ustaz Shukri Hj Ali yang membimbing taranum dan banyak ustaz2 dan ustazah2 yang lain. Allah rahmatilah kesemua mereka ini.

Thursday, March 3, 2011

Ringan dimulut, disukai Allah dan berat timbangannya

4 March 2011

Pagi ini seperti biasa setiap pagi Jumaat, ibu disekolah Ayuni untuk mengajar 7 murid Tahun 1 yang tak lancar membaca dan diantara 2 sessi ibu ada 45 min break dan selalunya ibu kemasjid Darul Ehsan, Subang mendengar ceramah.

Pagi ini, Ustaz Syed Norhisyam membaca buku 300 hadiths karangan Ustaz Zahazan.

Hadith ketiga dari buku ini, iaitu kewajipan sampaikanlah ilmu. "Sampaikan lah walaupun satu ayat" kata Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam.


Hadith terakhir dari buku ini yang diriwayatkan Bukhari & Muslim - Dua kalimah yang ringan dimulut, yang disukai Allah dan berat timbangannya ia lah
'SUBHANAULLAHi WABIHAMDIH'
'SUBHANAULLAHIL AZIM'

عن ابي هريرة رضي الله عنه قال النبي صلي الله عليه وسلم كلمتان حبيبتان الي الرحمن خفيفتان علي اللسان ثقيلتان في الميزان سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم

Anak2 ibu tolong istiqomah dlm setiap amalan

No comments:

Post a Comment