Semoga Allah memberkati Ustaz2 yang mana ilmu ibu dapati. Amin

Ustaz2 yang dihormati dan dikasihi:- 1. Ust. Mustafa Umar (kelas Harfiah, buku 30 Perkara Penting Dalam Hidup, Sunatullah dan banyak tajuk2 pilihan yang banyak mengentuh hati) 2. Ust. Lokeman Hazli (buku Permata Pemberian yang Indah dan Menjaga Segala Hati yang Lalai, Munyatul Musolli, dan yang memberi ibu petunjuk jalan yang patut diambil untuk selamat) 2011-Hidayatus Salikin (Petunjuk Jalan Bagi Orang Yang Takut Kepada Allah Taala), 3. Ust. Nik Bakri (buku Haqiqat Tasawuf dan Wasiat Agama & Wasiat Iman) dan yang mengijazahkan Wirdun Latiff) 4. Ust. Halim Din (Buku Hadith 40) 5. Ust.Roslan Mohamad (tajuk2 pilihan & hadith) 6. Ust.Shahril Long (ayat2 pilihan dari Al-Quran dan guru yang paling ibu tabik) 7. Ust. Firdaus Sulaiman (Harfiah and ayat2 pilihan) 8. Ust.Kamal Shaari (Buku Rahasia Kematian, Alam Akhirat & Kiamat) 9. Ust.Zulkifli Ahmad (Buku Tanbihul Ghafilin-Peringatan Bagi yang Lupa) 10. Ust.Awang Mamat (2011-Buku Minhajul Abidin (Jalan Para Abid)) 11. Ustazah Kamariah yang membimbing tajwid Al-Quran & Ustaz Shukri Hj Ali yang membimbing taranum dan banyak ustaz2 dan ustazah2 yang lain. Allah rahmatilah kesemua mereka ini.

Tuesday, May 31, 2011

Amalan terbaik

Ust Firdaus (Masjid ALHidayah)

Ustaz memberi hafiah dan tahsir ayat 163 dan 164 dari Surah An-Nisa. Kisah Nabi2 dan Rasul2 yang Allah utuskan kedunia. Ustaz membaca Hadith dari Abu Zar mengenai amalan2 afdal kalau tak silap dari Tahsir Ibnu Khatsir (I have to recheck on this).

1. Beriman pada Allah
2. Berjihad ke jalan Allah
3. Mukmin yang terbaik ialah yang mempunyai AHLAK yang baik, tak menyakiti orang lain dengan lidahnya dan tangannya. Dari Ust Lokeman, orang yang dijamin masuk shurga ialah yang mempunyai Ahlak yang baik dan selalu bersedekah.
4. Hijrah yang paling baik ialah tinggalkan yang burok dan jahat kepada baik
5. Solat yang paling baik ialah solat yang panjang sujudnya (dgn berdoa)
6. Puasa yang paling baik ialah puasa wajib yang dilakukan dengan baik
7. Membebaskan hamba sahya yang terbaik ialah yang mahal harganya dan hamba yang diperlukan oleh keluarganya
8. Jihad yang paling baik ialah yang maju kehadapan dan terbunuh
9. Sedekah yang paling baik ialah dari orang yang tak mempunyai banyak harta dan yang memberi sedekah dengan sembunyi
10. Ayat AlQuran yang paling agung ialah - Ayatul Khursi. Perumpamaan antara Khursi dan Arash Allah ialah seluas langit dan bumi. Berumpamaan Khursi ialah 1 rantai yang bersambung lalu putus dan satu biji rantai yang putus itu jatuh dipadang pasir and 1 rantai itulah umpama Khursi. Arash lagi besar dari Khursi. Luasnya ciptaan Allah tak boleh dibayangkan dengan akal fikiran kita.

Abu Zar bertanya Nabi Muhamad s.a.w berapa Nabi yang Allah ciptakan. Jawapannya 124000 nabi2 semua sebelum Nabi Muhamad. 313 diangkat menjadi Rasul. Ululazmi ialah 5, Nabi Ibrahim, Noh, Musa, Isa dan Nabi Muhamad s.a.w. yang terakhir Hanya 4 nabi dari keturunan Arab iaitu Nabi Hud, Shoib, Solleh dan Nabi Muhamad s.a.w.
to be continued......

21 June.....hadiths diatas sangatlah panjang ada 12 perkara dari suruf Nabi Musa yang akan ibu write in a separate note. Below continue,

LIMA CATEGORY AMALAN YANG DIBALAS ALLAH SWT -


1. Amalan yang dibuat satu dibalas Allah satu - orang yang buat jahat

2. Amalan yang Allah sempurnakan - yang diniatkankan tapi tak sempat ditunaikan

3. Amalan yang dibuat 1 dibalas Allah 10 - setiap kebaikan yang diniatkan dan mampu ditunaikan.

4. Amalan yang dibuat 1 dibalas Allah 700 - sedekah kerana Allah dan jihad dijalan Allah

5. Amalan yang dibuat 1 hanya Allah yang tentukan balasannya - puasa

Wednesday, May 4, 2011

Tenang Ketika Musibah

Ustaz Mustafa Masjid Kelana Putra 4 Mei 2011

Surah At-Tagabun ayat 11

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Ayat ini adalah pemberitahuan yang setiap musibah adalah atas kehendak Allah. Maka yang Maha Sempurna lebih mengetahui apa yang terbaik untuk setiap manusia. Ada musibah yang bersebab dan ada yang sebaliknya, semua dengan izin Allah. Erti izin ialah wujudkan kehendak untuk jadi kenyataan. Kehendak Allah sudah wujud 50 ribu tahun sebelum wujud langit dan bumi, ini disebut Qada' dan Qadar. Berlaku atau tidak semua ditetapkan Allah. Hanya dengan DOA akan menghapuskan apa yang telah ditetapkan qada' dan qadar yang tak baik. Kuasa mutlak adalah hak Allah.

Bila ditimpa musibah tunjukkan sikap beriman. Allah mengetahui apa yang diberi pada manusia sebab Allah Maha Sempurna. Setiap kehendak Allah ada tujuan, cuma kita yang tak tahu hikmah disebalik. Sikap YAKIN mesti mesti wujud. Beriman ertinya membenarkan suatu kebenaran. Kebenaran yang paling tinggi ialah ALLAH. Dari itu redho dengan setiap musibah dan Redho itu adalah hidayah dari Allah. Untuk dapat hidayah MESTI beriman pada ALLAH. Anak2 ibu faham betul2 domino effect ini tentang takwa dan iman - its one big chain yang menjadikan kita the true khalifah dimuka bumi ini. Perlunya, ilmu akal dihati yang akan ibu tuliskan selepas ini.....

Talkin, Solat Jemaah

Ustaz Kamal Ashari Masjid Al-Hidayah 5 Mei 2011

Hari ini kami sambung lagi pengajian dari buku Imam Qurthubi dari buku Rahsia Kematian, Alam Akhirat & Kiamat bab menalkin mayit dengan khalimah 'La Illaha Illallah'

Disebut oleh ramai ulama dalam buku ini, kita harus mengajar orang yang nazak dengan khalimah "la Illaha Illallah" hanya sekali dan jangan bercakap hal yang lain2 selepas itu kerana sibuknya orang yang nazak itu dengan sakaratul maut. Jika bercakap hendak lah diulang sekali lagi supaya akhir percakapan dari mulut orang itu hanya khalimah yang agong ini. Di sebut juga khalimah ini pada orang yang dalam koma kerana orang koma sebenarnya dapat mendengar. Selain itu, disuroh kita membaca surah Al-Iklas banyak2 yang nak mati itu. Yang menunggu disuroh menceritakan surga dan jangan dirunsingkan serta membebankan yang nazak - in other words, jangan cakap hal dunia lagi, ustaz kata baca Surah Al-Waqiah dan Ar-Rahman.

Dari buku ini - Amalan hatilah yang diperhitungkan dan yang bisa membawa keselamatan.

Huru hara sakaratul maut ada 3 -
1. Malaikat mencabut maut datang dengan rupa yang sangat hodoh yang pandangan malaikat maut itu lebih dahsyat sakitnya dari seribu pukulan pedang. Jika amalan tak baik didunia

2. Setan yang banyak datang mengerumuni dengan wajah merupai orang2 yang kita kenali

3. Ditayangkan dosa2 yang tak minta ampun sebelum mati.

Ustaz sentuh tentang solat jemaah bagi orang lelaki dimasjid. Perempuan lebih afdal dirumah - ini ustaz ulang berkali-kali dengan apa alasan pun - lebih kusyuk, lebih tenang etc ...perempuan tetap lebih afdah sembahyang dirumah. On solat jemaah, kita selalu dengar tentang kelebihan solat jemaah adalah 25 ada yang sebut 27 darjat lebih dari sembahyang sendiri. Ada yang kata 25 atau 27 pahala. Sebenarnya darjat bukan pahala dan darjat itu dikira bagaimana....Ustaz terlupa nama kitab yang menyebut tentang darjat ini dari Imam Ibnu Hajar dan hadith khudsi -

Darjat Pertama ialah orang yang datang berjemaah yang dengar azan dan menjawab azan, diikuti dengan selawat Nabi serta dibaca doa wasilah, hadith Rasul mengatakan wajib orang ini mendapat shafaat dari Rasul.

Darjat Kedua ialah orang yang berjalan kaki kemasjid untuk berjemaah hadith Qudsi menyatakan malaikat2 akan bertelagah untuk mencatat kebaikan orang ini dalam 3 keadaan - (1) mereka yang selepas solat suboh duduk ditempatnya sambil berzikir hingga waktu dhuha. (2) orang yang berjalan kemasjid (3) orang yang mengekalkan wudhu walaupun dalam keadaan uzur.

ustaz akan sambung darjat seterusnya lain waktu.